Posts Tagged ‘tukang kasut’

kenangan syawal

Syawal semakin pudar,mood berblogging belum muncul-muncul tapi kalau dilayan makin teballah kemalasan tersebut.Syawal pada aku kali ini sama seperti lebaran sebelum-sebelum ini – tawar dan kurang berseri.Dari aku zaman kanak-kanak,zaman remaja sehingga kini,seingat aku,tak pernah aku tertunggu-tunggu akan ketibaan Syawal ini untuk meraikannya. Ketika zaman kanak-kanak,aku sekadar memerhati dari jauh akan kemeriahan hari raya.Tiada istilah [...]

resah

Dari kabin Kapten Y,aku terus ke kafe – basahkan tekak.Berfikir-fikir tentang isi kandung setiap warkah sambil menghirup minuman kegemaran aku.Dewa Dapur bersama seorang pembantunya sedang sibukĀ  di ‘pejabat’nya,mungkin ada jamuan istimewa malam ini,aku sekadar meneka. Berbaring di atas katil,sambil mata memerhati setiap perkataan yang terpampang di sampul surat.Aku kenal setiap tulisan tu,siapa penulisnya.Bertulis jawi sudah [...]

kepingan warkah

Aku terus ke kabin,cari semula warkah yang pernah Nai berikan tempohari,yang belum dibaca sehingga habis.Baca dengan perlahan-lahan,tatap baris demi baris.Uncle Hud mohon jasa baik Joe agar kembali ke kedai barangan kulit,bukan sebagai pekerja tetapi sebagai pemilik.Berkongsi niaga bersama Uncle Muzi. Sejak Auntie Pah sakit.Uncle Hud sudah lama melupakan urusan di kedai.Calon yang sesuai di mata [...]

rancangan bersara

Aku bakal jadi pesara di usia muda.Aku rancang dalam jangkamasa setahun lagi,aku akan bersara dari menjadi kelasi kapal.Tetapi pesaraan aku ni bukanlah bermakna aku akan menerima pencen bulanan pun.Kalau tiada perubahan rancangan,sebaik sahaja bersara,aku akan ke negara jiran – Indonesia. Petang itu sebaik habis waktu pejabat,aku dan Kapten Y keluar minum.Sebelum keluar dari pejabat,aku serahkan [...]

bronko vs jerung

Baru je aku nak lelap.Kedengaran pintu kabin diketuk dengan perlahan tapi berulang-ulang.Dengan hati yang panas,aku menuju ke pintu,pulas tombol.Di luar,tercegat 4 orang pemuda.” Maaf,bang tapi kami ada hal nak cakap sikit dengan abang ” kata salah seorang dari mereka. “Beb,aku ni ada masa kurang dari 12 jam untuk berehat ” jelas aku sebelum kata-kata aku [...]

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes