Posts Tagged ‘scuba diving’

kisah selepas bersara

Entry ini akan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Tehr,sebaik selesai urusan mengambil lesen scuba diving di Borneo Diver yang berpangkalan di Labuan,aku mengambil keputusan merayap-rayap di bumi Kenyalang terlebih dahulu memandangkan aku belum pernah menjejakkan kaki di sini.Aku sekadar menyinggah di bandar tertentu sahaja.

selamat tinggal

Bila semakin hampir waktu itu,aku semakin sayu.Dua bulan sebelum berhenti,baru aku khabarkan pada Abug dan Dewa Dapur-dua orang teman baik aku.Selama dua tahun tinggal sekabin dengan Abug,bermacam-macam peristiwa ditempuhi bersama.Suka-duka,tawa-nangis antara rencah perkenalan kami berdua.Masing-masing punya alasan tersendiri menjadi kelasi kapal.

angan-angan

Lepas tombol pintu aku pulas,membiarkan daun pintu terkuak sikit.Aku terus berbaring sambil melihat DD yang teragak-agak nak masuk ke kabin.DD masuk,terus duduk bersila di lantai,dengan wajah yang takut-takut dan menagih simpati,dia menyuarakan tujuannya mencari aku. “Cerita serba ringkas,cukuplah” aku memotong cakap DD yang sedang mengatur bicara-sedikit tergagap.”Nanti kapal masuk Port Dickson,aku bagi kad,kau keluarkan jumlah [...]

hobi baru

Suatu hari selepas habis duty,aku ke kafe.Ambil tarmos yang sudah diisi dengan kopi panas[tarmos yang dipinjam dari Kapten Y].Senang tak perlu nak berulang alik bila tekak kering.Hari itu entah apa mimpi,Dewa Dapur membekalkan aku 3 set roti bakar.Aku amat pasti,DD ada sesuatu yang ingin dirundingkan dengan aku. Aku menghirup kopi sambil teringatkan perbualan aku dengan [...]

sepi itu berlalu

saat ku idamkan Entah kenapa sejak akhir-akhir ini,aku sering teringat akan perbualan aku dengan seseorang itu. “Perihal cinta ni membuatkan kita menderita ” “Perihal kasih ni mebuatkan kita tersisih  ” ” Perihal sayang membuatkan kita melayang[fikiran dan jiwa] ” ” Ibaratnya jangan takutkan api tapi jangan sentuh api ” “Lalui ia,rasai ia tapi jangan sampai [...]

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes