Posts Tagged ‘kelasi kapal’

selamat tinggal

Bila semakin hampir waktu itu,aku semakin sayu.Dua bulan sebelum berhenti,baru aku khabarkan pada Abug dan Dewa Dapur-dua orang teman baik aku.Selama dua tahun tinggal sekabin dengan Abug,bermacam-macam peristiwa ditempuhi bersama.Suka-duka,tawa-nangis antara rencah perkenalan kami berdua.Masing-masing punya alasan tersendiri menjadi kelasi kapal.

kenangan syawal

Syawal semakin pudar,mood berblogging belum muncul-muncul tapi kalau dilayan makin teballah kemalasan tersebut.Syawal pada aku kali ini sama seperti lebaran sebelum-sebelum ini – tawar dan kurang berseri.Dari aku zaman kanak-kanak,zaman remaja sehingga kini,seingat aku,tak pernah aku tertunggu-tunggu akan ketibaan Syawal ini untuk meraikannya. Ketika zaman kanak-kanak,aku sekadar memerhati dari jauh akan kemeriahan hari raya.Tiada istilah [...]

penukaran kapten

Rupa-rupanya selama aku bercuti 3 hari di darat tempohari,satu isu besar sedang hangat diperkatakan.M.V.JJJJ bakal bertukar kapten buat sementara waktu.Penukaran kapten bagi kelasi kapal adalah satu igauan ngeri.Lagi satu mimpi buruk buat kelasi,sekiranya tukang masak bertukar/bercuti walau dalam jangkamasa yang pendek. Bagi kelasi yang sudah lama berada di atas M.V.JJJJ,mereka sedar hanya 2 orang calon [...]

rancangan bersara

Aku bakal jadi pesara di usia muda.Aku rancang dalam jangkamasa setahun lagi,aku akan bersara dari menjadi kelasi kapal.Tetapi pesaraan aku ni bukanlah bermakna aku akan menerima pencen bulanan pun.Kalau tiada perubahan rancangan,sebaik sahaja bersara,aku akan ke negara jiran – Indonesia. Petang itu sebaik habis waktu pejabat,aku dan Kapten Y keluar minum.Sebelum keluar dari pejabat,aku serahkan [...]

mimpi menjadi kenyataan

Akhirnya mimpi Abug menjadi kenyataan.Abug yang bermimpi akan becana kebakaran yang menimpa M.V.JJJJ,aku ceritakan di sini setakat mana yang aku sempat saksikan akan kejadian pada hari itu.Hayati kisah ini,kisah kelasi kapal menyabung nyawa mencari rezeki di tengah lautan. Hari itu,tarikh aku tak ingat sebab pada aku ia bukan perkara penting sangat.Bukan ia akan disoal di [...]

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes