Posts Tagged ‘kasut’

akhirnya

Ya,akhirnya apa yang aku idam-idamkan selama ini tercapai jua.Syukur! Uncle Boncai – seorang tukang kasut yang paling lama dalam Muar akhirnya ‘tersungkur’ dalam persaingan.Tapaknya itu memang cukup istimewa ! Dalam Muar dialah satu-satu tukang kasut yang boleh berniaga tanpa ada pesaing yang duduk berdekatannya. Jika ada tukang kasut cuba memulakan perniagaan berdekatan dengan dia pasti [...]

tekad

nyanyian serambi Bila masuk bulan ke empat aku berniaga di kaki lima kedai kopi itu,aku sudah boleh menarik nafas lega – sebabnya? Apa yang mahukan sudah tercapai.Mencapai lingkungan pendapatan yang aku inginkan.Berbaloilah sebagai tukang kasut yang baru memulakan perniagaannya.Syukur ! Setiap kali balik dari berniaga,aku kena bawa balik sejumlah kasut yang perlu disiapkan yang mana [...]

tradisi tukang kasut

bukan kerna nama Sudah menjadi amalan para tukang kasut yang mencari rezeki di kaki lima ini,sekira ada antara tukang kasut sudah tidak mampu atau sudah tidak sanggup bersaing lagi maka mereka akan “menjual” tapak mereka pada tukang kasut yang lain.Hairan ? Ini perkara biasa di kalangan tukang kasut terutama yang berniaga di kaki lima. Yupp,memang [...]

sejarah drcobbler

adam dan hawa Ketika aku keluar mencari rokok kegemaran aku,kebetulan aku melewati barisan kedai yang mana sewaktu dulu[1989],aku pernah menjadi ‘penunggu’ di kaki lima kedai itu – mencari rezeki sebagai tukang kasut.Kedai yang aku maksudkan adalah sebuah kedai kopi Cina yang popular di bandar Muar ketika itu. “Arab lu pusing satu kali lagi ” pinta [...]

tetamu

lot 14 – suatu pagi sekitar jam 11. Aku sedang sibuk menyiapkan kerja.Sibuk yang teramat.Bang Muzi memang tersenyum semasa mengira kutipan harian tapi sering mengeluh semasa membantu aku menyiapkan kerja baikpulih.Bang Muzi dah lama tidak membuat kerja-kerja baikpulih kasut.Maka ada sedikit terkial-kial.Dia lebih menumpukan kerja-kerja kulit yang lainĀ  sebelum menjadi rakan kongsi Bang Hud. Sedang [...]

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes