misteri makhluk hitam terbongkar

Secara ringkas,inilah jawapan untuk entry sebelum ini

Posted with WordPress for BlackBerry.

makhluk hitam

Masa aku untuk berblogging nampaknya semakin terhad.Bila ada kesempatan,streamyx pulak buat ragam ! Bila berhadapan dengan hal sedemikian aku cepat naik angin- maka berlakulah ‘puting beliung’ dalam bilik aku berblogging ni.Akhirnya laptop aku jugak yang jadi mangsa. Aku campakkan laptop yang setia berkhidmat dengan aku selama ini :(

Mujurlah aku campakkan laptop tu atas tilam :) Jadi kecederaannya tidak begitu parah tapi memerlukan dua hari untuk dibaikpulih ! Hari Isnin 13/12/2010 baru laptop aku pulih seperti sedia kala.

rezeki untuk pengomen

Jumlah komen dariĀ  7 September hingga 29 November.

Ermmm…..apa aku nak bagi kali ini untuk pengomen bertuah blog ni ? Sehingga sekarang aku masih tiada idea.Nampaknya top 3 masih blogger yang sama jugak menguasai carta teratas :) .

Apa yang pasti terdapat dua pengomen baru yang rajin meninggalkan komen di blog ini.Mereka ialah DnoBiz dan Ladfe Amir :) .Untuk dua orang pengomen ni pun aku kebuntuan nak beri apa ?

blogwalking pantas dan mudah

Ketika aku buat entry ini,aku baru lepas belek-belek jumlah trafik yang datang ke blog aku ni.Ternyata trafik memang menjunam !…….kahkahkah.Antara sebabnya :-

1) streamyx aku masih bergerak macam siput ! Oleh itu aku naik malas nak blogwalking.

2)waktu aku online semakin terhad menyebabkan aku tak dapat blogwalking seperti biasa.

Namun hati sedikit berbunga bila terbaca entry ini,blur sebelum ini ada melancarkan sebuah software untuk blogwalking kini melancarkan satu lagi tool untuk blogwalking.

awal muharram

Tahun baru muncul lagi,pada aku ketibaan awal Muharram membawa seribu kenangan.Ada duka,ada suka.Suka bila pertama kali aku diperakui sebagai anak murid pada seorang guru[1995].Duka bila guru aku yang pertama itu meninggal[1997].

Bila Tok Jujak meninggal aku terasa begitu kosong.Hasrat menetap di Telok Majlis terus terbantut.Nasihat dari Tok Sulai atau Tok Ta tidak aku hirau.Tanpa berfikir panjang aku menyelinap masuk ke Malaysia semula.Tiba di Malaysia aku jadi tak tentu arah.Sehingga aku tersalah memilih guru mujur aku tersedar cepat.

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes