suatu tanda tanya

Aku tengah buat entry baru.Tiba-tiba satu sms dari ardzham masuk,sms tu bertanyakan kenapa blog aku hanya keluar page putih sahaja.Aku pelik ! Kenapa pulak ? Dari dashboard aku cuba masuk,ternyata memang macam ardzham katakan-page putih semata-mata !

Chatting dengan NetKl[hosting blog aku].NetKl membantu dengan buat backup,blog aku kembali seperti asal cuma ada entry yang hilang.Satu entry sebelum ini gagal diselamatkan iaitu entry “putus asa atau fokus”.

Macam-macam hal lah pulak ! Nasib baik tiada benda jadi korban hempasan !

Posted with WordPress for BlackBerry.

kod adsense

Inilah ebook terakhir yang aku beli untuk tahun 2010.Ebook pasal adsense.Aku beli sebab sifu Ijad kata berbaloi untuk memilikinya ! Anda bila lagi? Jangan tunggu lama-lama sebab penjualan akan dihentikan bila-bila masa !

Nak tau lebih lanjut pasal review ebook ni,korang boleh masuk blog Ijad.Jom terjah !

Posted with WordPress for BlackBerry.

pelanggan misteri

Pagi itu,sebelum buka kedai,aku dan semua pekerja bersarapan bersama-sama.Wajah masing-masing tergambar keletihan gara-gara peristiwa semalam.Aku sendiri sudah berkira-kira mahu menyambung tidur selepas bersarapan.Sambil menyuap juadah sarapan pagi,aku khabarkan satu berita.

Aku akan pulang ke Telok Majlis dalam waktu terdekat dan sempat juga aku mengulangi beberapa pesanan penting.Aku yakin,tanggungjawab yang diamanahkan akan dipikul sebaik mungkin.

Selesai makan pagi,kami semua menuju ke kedai.Bila hampir tiba di kedai,aku nampak seseorang sedang menunggu di depan pintu kedai.Lagaknya seperti dalam kegelisahan.Sekejap mundar-mandir,sekejap mencangkung kemudian kembali mundar mandir di depan pintu kedai.

Mata aku yang mengantuk kembali segar bila melihatkan gelagat manusia tersebut.Ketika kedua-dua pintu kedai dibuka,dia bergegas masuk sambil tertinjau-tinjau ke sana ke sini.Bila ditanya apa yang mahu dibeli,tidak pula mahu dijawap.Sebaliknya dia berulang alik masuk kedua-dua kedai.

Akhirnya dia seolah-olah tersenyum puas bila terpandangkan longgokan perabot yang aku asingkan sebelum ini[perabot antik].Walaupun aku begitu ingin sekali bertanyakan sesuatu pada dia,entah kenapa mulut aku begitu berat sekali untuk mengungkapkannya!

Semua orang di kedai lega kerana kerusi goyang dan perabot antik tersebut sudah terjual.Sehingga hari ini,aku masih tertanya-tanya siapa dia yang sebenar?Sebabnya?Menurut Rio,itulah orang yang muncul dalam mimpinya sejak peritiwa dia sesat di lautan tempohari.

Apa yang pasti itulah pelanggan yang cukup misteri sepanjang aku berniaga barangan terpakai !

Posted with WordPress for BlackBerry.

sambungan

Ada baiknya aku sambung semula kisah kerusi goyang dan si hantu raya.

Malam itu setelah makan malam,aku dan mereka yang bersetuju tidur di kedai mula mengambil tempat masing-masing-tempat untuk tidur.Malam tu agak berhimpit-himpit jugak semasa nak tidur.Apa yang berlaku malam tu?  Sebelum menutup kedai,aku arahkan Benuk agar membawa masuk meja bulat ke dalam kedai yang kami tidur,manakala kerusi goyang ditinggalkan di kedai sebelah.

Tujuan aku untuk membuktikan kehadiran hantu raya tersebut berdasarkan kejadian sebelum ini[bunyi perabot dialihkan semata-mata si hantu raya ingin mencari meja bulat tersebut].Malam semakin larut,yang ditunggu masih belum muncul,yang menunggu semakin mengantuk termasuk aku.

si tukang doa sangilapi

Sepanjang kehidupan aku,selain ibu yang tak putus-putus mendoakan aku terdapat satu kelompok makhluk yang sudi mendoakan aku.

Mereka yang aku maksudkan seperti dalam gambar.Siapa lagi kalau bukan kucing-kucing.Makhluk kesayangan nabi.

Mereka sedang menunggu aku untuk sesi makan malam.Sebenarnya mereka adalah kucing-kucing jiran aku.

Posted with WordPress for BlackBerry.

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes