menyahut cabaran mijie
Dah penat duduk,aku berbaring pulak.Sambil berbaring mata aku melihat kesan kemusnahan yang dilakukan oleh sangilapi sikit waktu dulu[kehkehkeh].Bila tengok tapak lampu yang tak berlampu ni,aku teringat akan contest yang diajurkan oleh Mijie.
Apa yang berlaku sebelum Mijie amek gambar tersebut ? Adakah berlaku perkara misteri sehingga lampu tu tergolek atas simen ? Adakah Mijie terlihat kelibat sesuatu lalu dengan pantas dia pun tangkap gambar tersebut namun gambar yang berjaya dirakam bertukar menjadi sebijik lampu ?
Atau,orang rumah Mijie sudah tersalah lampu beli akhirnya Mijie menerangkan pada isterinya agar melihat lampu yang asal terlebih dulu sebelum membeli lampu yang baru.
Sebenarnya aku rasa,kisah yang berlaku begini.Mijie disuruh oleh isterinya agar membeli lampu yang baru,disebabkan persoalan Mijie tentang lampu gagal dijawab oleh isterinya maka Mijie pun suruh isterinya hantar MMS.Dengan itu Mijie tau ciri-ciri lampu yang perlu dibeli.
Apapun berhati-hati memasang lampu supaya kisah pengantin baru yang terkorban gara-gara renjatan karan tidak berulang !
Posted with WordPress for BlackBerry.
bagaimana menarik rezeki
Aku sangka pembelian ebook kod adsense merupakan pembelian ebook terakhir untuk tahun 2010.Namun jangkaan aku agak meleset.Apa yang terjadi sebenarnya ? Aku tergerak nak masuk satu blog ni,antara blog kesukaan aku yang dah lama tak masuk sebab kesuntukan masa.
Bila terpandang banner di sudut tepi blognya,aku tersenyum.Ada produk terbaru ! Memang dah lama penulis ni tak keluarkan ebook selepas ebooknya yang pertama.Ebook pertamanya bertajuk Magnet Rezeki Penulis blog ni seorang yang gemar mengamalkan sains metafizik dalam kehidupannya.Aku sendiri gemarkan sains metafizik ni !
hilangnya sebuah entry
Aku ada ceritakan sebuah entry blog ni ghaib entah ke mana.Entry tu bertajuk putus asa atau fokus.Walaupun sudah dibuat backup kemudian restore dilakukan ternyata entry dan komen-komen pada 25/12/2010.Gagal diselamatkan.Terima kasih pada Mijie kerana membantu aku menyelesaikan persoalan ini.
cq 40 yang uzur
Laptop aku dah begitu uzur.Keadaannya ibarat seorang warga emas.CQ 40 ni dah tak macam dulu,yang mana boleh beroperasi selama 18 jam secara berterusan.Kini kalau lebih dari 3 jam dipaksa bekerja akan meraung-raunglah ia,minta direhatkan !
Gambar diambil menggunakan kuasa kamera 5mp.Flash aku on.Aku setting pada autofocus dan aku pilih night mode.Mungkin kalau orang yang ada seni dan bakat,gambar yang terhasil pasti lebih menarik !
Sambil berbaring aku terfikirkan satu perkara,makhluk hitam comel aku ni perlukan teman.Ermmm,mau sambar apa ye untuk gantikan CQ 40 tu?Dalam kepala aku terbayang “HitamBerry MainBuku”.Okeylah,aku nak buat LOA demi mencapai hajat aku tu ! Mudah-mudahan ada rezeki buat aku.
Posted with WordPress for BlackBerry.
Subscribe: 







