milik siapakah 9999 itu

rezekiblogger9999

Aku tak sempat nak tangkap ss tepat pada angka 9999 tu.Apapun biar gambar di atas menjelaskannya.Jadi siapa yang bertuah itu ? Rezeki siapa ? Tuah ayam pada tajinya,tuah blogger ? Aku pun tak tahu tuah blogger pada apa.Nantilah aku tanyakan pada Karam Singh Walia  sebab dia bijak dalam hal begini.

Bagi yang ternanti-nanti akan pengumuman ini,aku harap hilanglah sudah gundah gulana yang bermain di jiwa.Pada yang bertuah tu,harap bersabar dan tunggu je pengumumannya dalam entry akan datang.Masanya sukar ditetapkan memandangkan aku sekarang sedang sibuk setup dua  niche blog sambil jengah-jengah satu niche blog aku yang dah lama terabai tu.

komen tak berbalas

misteri sebuah entry

Komen tak berbalas,itulah tajuk entry aku kali ini.Lagi sekali aku ulang,komen tak berbalas bukan cinta tak berbalas ye ![kahkahkah].Bagi yang sedar akan kewujudan sebuah entry blog aku sebelum-sebelum ini pasti sudah faham akan tindakan aku kali ini.Ya ! Aku tidak akan membalas komen sehingga saat itu muncul ! Kalau aku balas komen nanti lain pulak ceritanya.Siapalah punya rezeki kali ini ya ?

Oh ya ! Sebelum aku terlupa,mungkin ada yang dah tahu,bagi yang belum tahu,aku kasi tahu.Sekarang Megat dot net sudah menggunakan domain yang berbeza sempena tahun 2011 ni.Jom kita kasi Cili sama Megat.Mudah-mudahan dengan terbinanya blog baru ini,rezeki Megat semakin bertambah!

pesanan keramat

Bosan menunggu kepulangan Tok Jujak dari “sesi makan angin” ,aku menghayun langkah ke rumah Mok.Kebetulan perut aku lapar mintak diisi.Sambil berjalan fikiran aku melayang memikirkan ke mana orang tua tu “makan angin”.Mok duduk di pangkin luar,duduk bersama Tok Sulai dan Tok Ta.

Setelah bersalaman dengan mereka,aku terus ke dapur.Makcik Serot sedang sibuk memasak.Bukak tudung saji,mujur masih ada baki-baki tempe dan tahu goreng.Sambil mengunyah aku memikirkan apa yang sedang diperbualkan oleh mereka bertiga di pangkin luar tu.

fasa kehidupan aku

Tanpa membuang  aku masa,aku terus ke sambungan cerita kisah kehidupan aku.Tahun 1997 aku balik ke Malaysia.Aku ibarat seorang pelajar yang terkandas dalam pengajian gara-gara kematian Tok Jujak.Pemergian beliau memang satu kehilangan besar buat aku.

Seperti mana perkenalan pertama aku dengan beliau,di mana aku melalui peristiwa di luar pemikiran logik akal.Di hari-hari terakhir hayatnya,aku sempat menyaksikan satu lagi peristiwa sedemikian rupa.Pagi tu,seperti biasa aku akan menemankan Tok Jujak di rumahnya.Keadaan beliau agak uzur.Pergerakannya semakin terhad,solat yang dilakukannya  pun sambil duduk.

jumlah komen rezekimurah.com

Pertama kali rezekimurah.com buat entry berbentuk menjawab tag.Tadi aku masuk blog sifu aku[mengajar aku menjana pendapatan melalui niche blog].Siapa lagi kalau bukan sifu Ijad.

Secara ringkas itulah jumlah komen yang terkumpul sepanjang penubuhan blog aku ni iaitu dari 7/2/2010 hingga 3/1/2011pada pukul 10.53 malam.

Agaknya siapalah pengomen bertuah pada angka 9999 nanti ye !

Posted with WordPress for BlackBerry.

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes