rancangan bersara
Aku bakal jadi pesara di usia muda.Aku rancang dalam jangkamasa setahun lagi,aku akan bersara dari menjadi kelasi kapal.Tetapi pesaraan aku ni bukanlah bermakna aku akan menerima pencen bulanan pun.Kalau tiada perubahan rancangan,sebaik sahaja bersara,aku akan ke negara jiran – Indonesia.
Petang itu sebaik habis waktu pejabat,aku dan Kapten Y keluar minum.Sebelum keluar dari pejabat,aku serahkan beg kertas bersama 2 bekas lauk yang dimasak oleh Nai pada kerani pejabat.Walaupun aku begitu teringin menikmatinya namun adalah lebih baik jangan dimakan air tangan Nai itu.Kalau terkenang-kenang,aku jugak yang susah nanti.
Subscribe: 






