rumah terbuka
slip bankin untuk dila13
Syawal dah nak ‘basi’,aku baru nak buat rumah terbuka tapi rumah terbuka atau open house ni dibuat mengikut cara aku – konsep aku…..kehkehkeh.Jemputannya pun tak berapa ramai setakat seorang je.Tapi punyalah berjanggut nak tunggu ketibaan tetamu ini.Dari sebelum Zohor aku tunggu sampai nak masuk Asar,baru Samdaddycool ni muncul dengan selamba.
Sampai je Sam,aku tak de nak pelawa dia masuk dalam rumah sebaliknya aku yang masuk dalam keretanya.Menuju ke bandar Muar.Sebelum tu aku singgah di bank untuk menunaikan janji aku pada pengomen yang berjaya mengumpul komen terbanyak-Dila13.
Subscribe: 







