peluang pekerjaan

gambar: http://tofu4heidi.vox.com/

Selepas singgah di rumah Haji Parno[rumah yang disediakan untuk kakitangan masjid] untuk letak beg aku,Haji Parno membawa aku bersiar-siar di sekitar pekan Kuala Belait.Rupa-rupanya dari terminal feri ke pekan tersebut jaraknya tidak jauh mana pun.Jarak dari pekan ke masjid pun tidaklah jauh.Cukup dengan berjalan kaki,begitu jugak dengan jarak dari rumah Haji Parno ke pekan.Semuanya dekat-dekat je.

Kawasan pekan Kuala Belait ketika itu pada pandangan aku lebih kurang macam Labuan.Kami berdua singgah di kedai mamak[satu-satunya kedai mamak dalam pekan Kuala Belait].Aku sekadar pekena roti kosong bersama kopi panas sebab aku memang tak biasa makan tengahari.

berkelana ke brunei

Aku memasuki sempadan Brunei melalui Kuala Belait.Aku tak ingat nama tempat penghujung Miri tu,yang pasti dari situ aku naik feri menuju ke Kuala Belait.Segala perjalanan yang aku lalui sebelum ini,bukanlah aku tahu sangat.Aku sekadar bertanyakan pada orang untuk sebarang kepastian untuk perjalanan yang bakal ditempuhi.

Semasa dalam feri,aku sempat berkenalan dengan jemaah Al Arqam.Mereka sudi menumpangkan aku hingga ke masjid Kuala Belait.Kenapa aku menuju ke masjid Kuala Belait? Alasannya adalah ingin mencari sesiapa yang bekerja di masjid itu yang berasal dari Johor.

penjelajahan bermula

Dari Miri,aku ambil bas ke Bintulu.Naik bas ekspress.Bintulu sambung ke Sibu.Masih menggunakan bas sebagai pengangkutan.Aku meneruskan perjalanan ke Kuching.Itulah sahaja bandar-bandar yang aku singgah semasa di Kuching.Perjalanan detail memang aku tak ingat.

Di setiap bandar yang aku singgah aku bermalam di masjid.Bukan dalam masjid tapi di luar masjid-tempat letak kereta berbumbung.Baru aku teringat ketika ini penghujung tahun,iaitu menghampiri 25/12-sambutan Hari Natal dan ketika jugak negara digemparkan dengan tragedi Highland Tower.

kisah selepas bersara

Entry ini akan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Tehr,sebaik selesai urusan mengambil lesen scuba diving di Borneo Diver yang berpangkalan di Labuan,aku mengambil keputusan merayap-rayap di bumi Kenyalang terlebih dahulu memandangkan aku belum pernah menjejakkan kaki di sini.Aku sekadar menyinggah di bandar tertentu sahaja.

selamat tinggal

Bila semakin hampir waktu itu,aku semakin sayu.Dua bulan sebelum berhenti,baru aku khabarkan pada Abug dan Dewa Dapur-dua orang teman baik aku.Selama dua tahun tinggal sekabin dengan Abug,bermacam-macam peristiwa ditempuhi bersama.Suka-duka,tawa-nangis antara rencah perkenalan kami berdua.Masing-masing punya alasan tersendiri menjadi kelasi kapal.

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes