gangguan

Hari itu,selepas tamat waktu kerja[6 petang],ada jamuan kecil yang dibuat oleh tukang masak utama – Shayid yang berasal dari India.Sudah berkhidmat di situ selama hampir 6 tahun,pengalaman memasak 20 tahun.Pekerja paling berumur di situ.Orangnya kelakar,mesra dan pembersih.

Semua pekerja hadir di kafe untuk jamuan harijadi tu.Termasuk Hajah dan suaminya.Selepas bergotong royong menyiapkan makanan untuk jamuan,kami sekali lagi bergotong royong menghabiskan makanan yang terhidang-nasi ayam.Malangnya tak berapa ramai yang sanggup bergotong royong membersihkan kawasan sekitar dan pinggan mangkuk – memang mangkuk ayun !…..kahkahkah

jawatan aku

Sehari sebelum tamat tempoh kebenaran tinggal di Brunei,aku keluar ke Miri ditemani oleh Hajah Bafiah dan suaminya.Selepas ini,aku tak perlu cop seminggu sekali.Hajah Bafiah sudi menjadi penjamin aku sebelum urusan permit kerja selesai[sebenarnya aku tak buat pun permit kerja hanya menggunakan cop jaminan]

Cop jaminan dari bakal majikan membolehkan seorang pekerja itu tinggal selama 2 minggu[dengan syarat tertentu].Aku sudah terangkan pada Hajah Bafiah tentang hasrat aku bekerja cuma sekitar 4 bulan,oleh itu tidak perlulah menggunakan permit kerja.

terjalin semula

“Nai ! ” pekik aku dari atas beranda.Sungguh tak ku duga,di bumi yang kaya dengan minyak ni aku boleh bertemu dengan Nai semula.Nai tercegat,terpaku di mana dia berdiri.Mungkin dia sendiri kurang percaya,apa yang dilihatnya.Persoalan yang mungkin bermain di fikirannya,kenapa aku berada di Brunei.

Aku berlari turun ke bawah.Sedikit merempuh pekerja yang sedang memenuhi di muka pintu.Mereka sedikit kebingungan melihat tingkah laku aku apatah lagi kali pertama melihat aku. Mulut masing-masig bagai terkunci,cuma mata yang berbicara sambil tangan berjabat erat.

riwayat september

Sebulan telah berlalu,September berganti Oktober.Entry kali ini mengisahkan sedutan sepanjang September.Bulan di mana,trafik blog mengalami penurunan bilangan pengunjung sebab demam raya melanda.Blog aku pun tidak terkecuali-mood blogging pun entah ke mana lesapnya.

dunia memang kecik

Selepas 3 hari bertamu di rumah Haji Parno,aku mengambil keputusan untuk tinggal di balai masjid Kuala Belait.Jadi tetamu ni seelok-eloknya biarlah setakat 3 hari je,kalau lebih dari 3 hari dibimbangi membebankan tuan rumah.Kalau ikut kepala aku,memang aku tak suka menginap di rumah orang.

Petang hari pertama aku tinggal di balai masjid,aku didatangi oleh seseorang.Wakil kepada Hajah Sharifah Bafiah[pengusaha catering].Wakil tersebut mengarahkan aku supaya beg pakaian dibawa bersama.Maka aku pun dibawa ke hostel pekerja,di sana Haji Parno sudah menunggu bersama Hajah Bafiah beserta suaminya.

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes