haruman bau

Dalam bilik penginapan tu,ada 10 buah katil bertingkat yang disusun saling dalam dua barisan[satu barisan ada 5 katil].Katil aku berada di sebelah tingkap kaca[paling hujung].Jarak katil aku antara katil Punai agak jauh[sengaja dijauhkan],menyebabkan katil Punai agak berhimpit dengan katil jiran sebelahnya-Dayo budak pelayan kafe yang berasal dari Filipina.

Dalam bilik itu cuma aku seorang yang tidur di tingkat atas katil bertingkat.Penghuni lain semuanya tidur tingkat sebelah bawah.Jarak katil aku antara katil Punai dalam 3/4 kaki.Malam tu tanpa mandi,Punai cuba melelapkan mata.Dalam setengah jam suasana sunyi tanpa bicara.Masing-masing sedang melayan perasaan.Aku tengah syok layan kenangan tidur di kabin kapal.Punai mungkin sedang ketakutan…………kahkahkah.

gangguan

Hari itu,selepas tamat waktu kerja[6 petang],ada jamuan kecil yang dibuat oleh tukang masak utama – Shayid yang berasal dari India.Sudah berkhidmat di situ selama hampir 6 tahun,pengalaman memasak 20 tahun.Pekerja paling berumur di situ.Orangnya kelakar,mesra dan pembersih.

Semua pekerja hadir di kafe untuk jamuan harijadi tu.Termasuk Hajah dan suaminya.Selepas bergotong royong menyiapkan makanan untuk jamuan,kami sekali lagi bergotong royong menghabiskan makanan yang terhidang-nasi ayam.Malangnya tak berapa ramai yang sanggup bergotong royong membersihkan kawasan sekitar dan pinggan mangkuk – memang mangkuk ayun !…..kahkahkah

jawatan aku

Sehari sebelum tamat tempoh kebenaran tinggal di Brunei,aku keluar ke Miri ditemani oleh Hajah Bafiah dan suaminya.Selepas ini,aku tak perlu cop seminggu sekali.Hajah Bafiah sudi menjadi penjamin aku sebelum urusan permit kerja selesai[sebenarnya aku tak buat pun permit kerja hanya menggunakan cop jaminan]

Cop jaminan dari bakal majikan membolehkan seorang pekerja itu tinggal selama 2 minggu[dengan syarat tertentu].Aku sudah terangkan pada Hajah Bafiah tentang hasrat aku bekerja cuma sekitar 4 bulan,oleh itu tidak perlulah menggunakan permit kerja.

terjalin semula

“Nai ! ” pekik aku dari atas beranda.Sungguh tak ku duga,di bumi yang kaya dengan minyak ni aku boleh bertemu dengan Nai semula.Nai tercegat,terpaku di mana dia berdiri.Mungkin dia sendiri kurang percaya,apa yang dilihatnya.Persoalan yang mungkin bermain di fikirannya,kenapa aku berada di Brunei.

Aku berlari turun ke bawah.Sedikit merempuh pekerja yang sedang memenuhi di muka pintu.Mereka sedikit kebingungan melihat tingkah laku aku apatah lagi kali pertama melihat aku. Mulut masing-masig bagai terkunci,cuma mata yang berbicara sambil tangan berjabat erat.

riwayat september

Sebulan telah berlalu,September berganti Oktober.Entry kali ini mengisahkan sedutan sepanjang September.Bulan di mana,trafik blog mengalami penurunan bilangan pengunjung sebab demam raya melanda.Blog aku pun tidak terkecuali-mood blogging pun entah ke mana lesapnya.

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes