bakso dan tongkang

Entah Joe,entah Jon.Aku cuba memastikan nama yang dipanggil tu.Pastinya lelaki itu memang memanggil aku.Rupa-rupanya lelaki itu adalah pembantu kepada kapten feri yang aku naik tadi.Beliau menerangkan kepada aku bahawa bakso yang aku makan tu dibuat dari campuran daging tikus !

Sedikit terkejut,aku teringatkan kucing-kucing yang pernah aku bela di kampung – diaorang pun tak makan tikus tapi aku sebagai tuan kucing pulak yang makan tikus !  Chissss !

banyak halangan

Perjalanan pertama ke Indonesia memang aku jangka tak lama.Lebih kepada pendedahan perjalanan dan lokasi yang ingin dituju – untuk mendapatkan gambaran kasar sahaja.Penghujung bulan April 1994,aku buat pertama kalinya menjejakkan kaki di tanah seberang.

Perjalanan ke Jambi paling senang melalui pengangkutan udara tapi aku kurang gemar cara begini.Aku lebih suka pilih laluan laut diselang-seli dengan jalan darat.Pedoman aku ketika itu hanyalah sekeping peta bukan macam sekarang ada kemudahan yang pelbagai.Aku turut bertanyakan kepada sesiapa untuk mendapatkan gambaran perjalanan yang bakal aku harungi.Tak lupa juga pesanan aruah abah yang pernah dititipkan seketika dulu.

kembara ke indonesia

Tempoh yang aku sasarkan selama 4 bulan menghampiri ke penghujungnya.Aku perlu meneruskan apa yang perlu dibuat.Sebenarnya aku nyaris-nyaris terbabas ke Filipina namun bila dipertimbangkan semula.Aku membatalkan hasrat tersebut.Sepanjang aku bekerja di sini,aku terfikirkan sesuatu,yang mana bakal aku laksanakan bila sampai waktunya.

Kalau dulu aku sampai di Labuan secara percuma kini perjalanan menuju ke Kuala Lumpur aku perlu mengeluarkan kos pengangkutan.Aku ambil tiket penerbangan dari Kuching ke Subang[lapangan terbang yang lama].Naik kapalterbang MAS,kopaklah dalam 400 ratus ringgit.

kelibat

Kemudian aku terdengar,tapi kurang pasti bunyi tersebut.Punai masih melekek-lekek tawanya.Tanpa dia sedar ada suara lain sedang mengiringi tawanya itu.Sebenarnya sebelum Punai melepaskan kentutnya,aku dah terbau sesuatu yang pelik – sukar aku nak  gambarkan bau tersebut.

Tiba-tiba mata Punai macam terbeliak.Merenung aku.Apa hal pulak ? Kalau Punai nak bergurau dengan aku lagi memang makan teranjang lah lepas ni.Baru aku bercadang nak turun dari tingkat atas katil,setelah pertanyaan aku,Punai buat bodoh tak nak jawab.Punai menunjukkan sesuatu ke arah aku.Aku hairan.Kemudian baru aku terfikir tentang tingkap cermin sebelah katil .

rokok punya hal

Entah kenapa walaupun mata dah layu,kepala aku masih ligat memikirkan sesuatu – isu cukai rokok.Aku memang tak amek kisah pasal isu-isu semasa ni tapi bila bersangkut paut dengan rokok ni-terpaksa aku ambil tahu :)

Tadi aku semak antara keyword yang berkaitan dengan blog aku ni[carta nuffnang].Ternyata ada carian pasal rokok-Djarum Super.Aku membayangkan pengunjung yang menaip keyword Djarum Super ni,mungkinkah dia,seseorang yang sedang mencari blog yang boleh dilantik sebagai duta Djarum Super ………kahkahkah.

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes