cabaran disahut

*Mok,dua dari kiri*

Aku berjalan pulang ke rumah Mok dengan persoalan di kepala.Mok sudah ke masjid.Aku tak sabar menunggu Mok pulang dari masjid.Aroma hidangan tengahari dari tengah rumah menambah ketidaksabaran menunggu Mok.”Sebentar ye Joe ” pujuk Mak Cik Serot yang menyedari aku dalam gelisah.

Lama betul aku menunggu hinggakan kerang rebus yang dijadikan alas perut sudah licin aku bedal walaupun terkial-kial aku nak kopek.Mak Cik Serot pun sudah selesai solat.Mok masih belum pulang.Nasi yang berasap-asap tadi dah sejuk namun belum mematikan selera aku.

cabaran awal

Aku yang memang panas baran,makin ‘terbakar’ bila dengar kata-kata Mahee tu.Melompat dari pangkin .Mengejar Mahee dari belakang.Namun dia dah jauh ke depan – yelah,kakinya dah biasa mengatur langkah di pelantar usang tu.Sebelum aku melompat tadi,Mok ada membebel pasal perangai Mahee.

Mungkin inilah sebabnya aku macam ada rasa malas nak datang ke sini.Sempat jugak aku terfikir,hidup aku penuh dengan tekanan……….ahhh! Di mana ada masalah di situ ada peluang ! Bentak hati ku.Apa jua yang datang akan aku harungi jua !

bermula kisah

Dalam 5 minit berjalan di atas pelantar kayu yang serba usang,aku pun sampai di pelantar kaki lima rumah orang tua tersebut.Rumah kecil serba uzur.Rumah kepunyaan Mok Shah[Mok tu singkatan pada Mohamad].Beliau adalah sepupu kepada abah aku.

Kedatangan aku disambut mesra Mak Cik Serot[isteri Mok].Aku duduk atas pangkin di luar rumah.Selesa ditiup angin laut.Mok memulakan perbualan dengan rasa serba salah.” Mmm…ni Mok nak tanya kamu tapi macam…….”

“Tanya je lah,Mok” balas aku memotong cakap beliau.Aku dapat rasakan pertanyaan itu berkaitan dengan abah aku.

“Apa cerita abah kamu ? ” Mok menyambung pertanyaannya sambil merenung aku.Menantikan sebuah kepastian dari mulut aku.

rumah besar itu

*Ini pemandangan ruang sebelah dalam rumah besar tersebut setelah dilakukan baikpulih.Penjuru atas tu gambar aruah abah aku ketika remaja bersama aruah Haji Wahab.Gambar aku yang beraksi dengan senjata pusaka terpaksa dilindungi :) .Tempayan yang penuh misteri – tempat menyimpan beras*

Kalau rumah di darat ada kaki limanya,rumah di perkampungan air ini pun ada kaki limanya – dikelilingi dengan pelantar papan.Kini aku berdiri di atas pelantar kaki lima berhadapan dengan pintu masuk yang tertutup rapat.Rumah ini peninggalan Yang Usup Cicak -moyang aku[atuk lelaki kepada abah aku]

entah kenapa

Entah ! Aku pun tak tahu apa sebabnya,tiba-tiba aku terasa malas mahu menjejakkan kaki ke Telok Majlis.Walhal jaraknya dari Kampung Laut bukanlah jauh mana pun.Naik bot layang tak sampai 10 minit . Semalaman aku memikirkan hal ini.

Bukak tingkap kamar,aku bertenggek di bendulnya memerhatikan suasana malam.Sepi ! Berhadapan dengan pelabuhan kecil Kampung Laut terdapat sebuah jeti kecil.Dari situ ada mobil[kereta] atau lebih tepat lagi van untuk perjalanan darat ke bandar Jambi – begitulah yang diceritakan oleh Benuk siang tadi.

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes