how to swim
saje je cakap omputih…pendek-pendek boleh le….selalu aku cakap omputih ni dengan kucing-kucing aku je….kalau aku cakap dengan orang memang kena gelak sebab pelat terlampau…teringat dulu-dulu,zaman aku budak-budak….nak merasa macam mana berenang ni kena tunggu hujan dulu sebab kalau hari tak hujan aku turun dalam parit memang kantoi lah dengan orang tua aku….seluar basah macam mana nak jawab? badan bau parit macam mana nak jelaskan…..setiap kali hujan turun aku memang tak lepaskan peluang untuk berenang-kononnya tau berenang lah!
memanglah kat sekolah ada kelas renang setiap hujung minggu….tapi yuran tu mana nak korek?sedangkan pergi sekolah pun memang tak pernah diberi duit belanja,ini kan pula nak mintak yuran untuk kelas renang! namun hajat untuk berenang tak pernah luntur dalam jiwa aku.hanya menunggu peluang-hari hujan! berdasarkan perbualan dengan kawan-kawan yang mengikuti kelas renang ni….antara barang yang perlu ada kalau nak belajar berenang ni,pelampung dan ‘cermin mata’……dalam hati aku,budak ni nak menipu aku lah tu….ada nak berenang pakai ‘cermin mata’….
setelah berbincang dengan kawan-kawan yang lebih tua,pelampung tu aku gantikan dengan batang buluh yang sudah dikerat pendek lalu diikat serumpun….sekarang hanya tunggu hujan turun……maka setiap kali hujan turun aku pun giat berlatih berenang ni….hasil kegigihan aku berlatih akhirnya aku berjaya jugak berenang ! macam-macam gaya renang aku buat,renang anjing,renang baring,renang tarzan,selam sambil berenang.
bila dah bersunat (ketika mau naik tingkatan satu) aku dah berhenti berenang di parit tu….yelah lelaki dah bersunat adalah lelaki dewasa! mana boleh nak main parit lagi…..parit tu memang banyak kenangan! sekarang ni bila sesekali menemankan anak sedara yang berusia 7 tahun ke kolam renang pasti aku teringatkan parit itu….ketika aku seusianya,aku hanya mampu belajar berenang di parit….namun aku bersyukur dalam mengharungi kehidupan ini aku selalu dimurahkan rezeki.
dengan kemajuan IT sekarang ni,segenap lapisan umur boleh menimba ilmu renang hanya duduk di depan PC sahaja….bukan itu sahaja…..ebook pun ada!
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



salamz.
seronoknya mengenang kembali zaman kanak2. kalau kat tempat aku aktiviti berenang di parit lebih dikenali sebagai berkubang
wan,terima kasih singgah kat blog ni…zaman kanak-kanak adalah zaman terindah!!! setiap dari kita mempunyai kenangannya yang tersendiri:)
aku memang tak reti berenang… walau pantai hanya di belakang rumah..
nuaeman´s last blog ..Makin lama makin bulat?
renang,berkuda dan memanah digalakkan agar mahir….tak tau boleh belajar, cikgu mat:)….tapi cakap terus teranglah,pantai yang berombak kuat ni …..aku pun goyang……serammm beb!!!
Untung mereka yang pandai berenang…Saya pula tak tau berenang tapi boleh menyelam. Maksud saya menyelam hingga ke dasar kemudian terus tak timbul-timbul di permukaan…”Untung kalian timbul, untung saya tenggelam timbul!”
Tetamu si pencari rezeki´s last blog ..Masjid Tua di Kedah
berenang sebenarnya tak susah….cuma jangan panik bila dah dalam air….cuba apungkan badan dan lakukan pergerakan kaki dan tangan sambil mengawal pernafasan.
…..memang best !
begitu juga bila menyelam jangan takut untuk melakukan pergerakan tangan dan kaki …..dan rasailah pengalaman menjadi duyung
Saya nak belajar berenang!! Tak pandai berenang.
kalau ada kesungguhan insyaallah boleh kuasai skill renang tu,HR
Salam, bro ni bukak kelas renang ke?ada kenal tak kelas renang yg cikgunya pompuan?
Qistina´s last blog ..Jangan lupa taw!
saya bukan bukak kelas renang tapi cuba menjual ebook macam mana nak renang,Q
kamu duduk di mana ?,jalan penyelesaiannya mudah je,pergi mana-mana kolam renang tanyakan pada petugas di situ,ada tak tenaga pengajar renang perempuan
saya amat pasti sekarang ni dah ramai tenaga pengajar perempuan
sebelum tu,rajin-rajin belek video macam mana nak berenang[ini akan membantu mempercepatkan pemahaman dan seterusnya menguasai kemahiran renang].
owh…saya asal kelantan…tapi study kat puncak alam,kuala selangor…
wokeh bro!thanks a lot….
pernah sekali join camping ada yang activity lake crossing….
mula-mula memang asyik nak tenggelam je sebab tak reti kawal breathing…lama-lama baru boleh terapung tapi still pakai jacket kslmtn tu….kalau boleh nak belajar berenang….rasanya itu ilmu wajib ada pada setiap individu….berenang memang best!!
Qistina´s last blog ..Jangan lupa taw!
kalau dah melibatkan kegiatan macam tu memang kena tahu berenanglah,Q
puncak alam dekat dengan shah alam tak? kalau dekat,kat stadium batu 3 tu[kalau tak silap saya] ada menawarkan kursus renang kalau student mungkin ada potongan
dalam sejam jugak la…..stadium batu 3?nanti sy try tanya kawan2 orang sini….tq again
=)
ok,sama-sama
….selamat berenang !
saya pon tringin nak blajar berenang… tp kena tggu keje dulu.. sekarang still blajar.. tak mampu…
Ryoki´s last blog ..Mari Berbicara Tentang Cinta
tak pe,dah kerja nanti belajarlah – tidak dinafikan kelas renang agak mahal
* sementara itu jangan lakukan kegiatan yang melibatkan air
*
dalam ke kolam tu.
takut lemas aku.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua
untuk kelas renang ada kedalaman yang dikhaskan untuk para pelajarnya
pernah pergi mandi
dikolam.siapa ada orang nak ajar.
tapi kena bayar la.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua
masa kecil takut
turun mandi air.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua
kat maner nak lesen berenang nie..
cuba pergi mana-mana kolam renang pasti ada kelas renang ni