open water

admin | mau diving | February, 24 2010 | 10 Comments

aku sambung cerita pasal lesen diving ni,untuk yang kali pertama ingin menyelam/diving di dasar laut perlukan lesen open water(basic) terlebih dahulu.lesen peringkat ni membenarkan seseorang itu menyelam di kedalaman 10 meter sahaja.kalau berhajat menyelam di tempat tempat yang lebih mencabar atau kedalaman yang lebih dari 10 meter kenalah upgrade lesen tu.

aku cuma mau ceritakan pasal open water(basic) sahaja buat masa ini.sebenar diving ni terbahagi kepada dua category.yang pertama technical diving dan kedua recreation diving.category yang kedua adalah untuk riadah atau sekadar suka suka je nak menyelam bukan atas tujuan kerja(technical diving)

di mana mau dapatkan jurulatih yang bertauliah untuk membimbing seseorang yang berhajat mendapatkan lesen menyelam/diving ni?anda boleh cari di dive centre atau dive shop,sebelum itu biarlah aku terangkan serba sedikit perbezaan yang bakal anda tempuh bila mendapatkan jurulatih bertauliah ini.

sebelum itu,tanyakan pada diri anda samada anda mampu berenang di kolam renang dan di laut lepas/pantai atau sememangnya anda tiada kemahiran untuk berenang  walau di kolam renang.JANGAN RISAU tentang masalah ini!!! kalau dalam dunia blogging ada cara smart blogging yang diperkenalkan oleh encik rohaizad…..diving juga ada cara yang sebegitu….hahahahah

bagi yang tiada keyakinan dengan tahap kemahiran renangnya,aku nasihatkan agar elakkan dari mengambil lesen menyelam di pulau-pulau peranginan sebab bila masuk bab pratikal anda akan terus dilatih di laut lepas/pantai .sebaik baiknya ambillah jurulatih yang akan melatih anda di kolam renang terlebih dahulu bagi membina keyakinan diri.

maksud aku di sini kalau pun seseorang itu tak tau berenang,dia masih boleh mengambil lesen menyelam ni-ada caranya!!! semasa pembelajaran teori,anda akan belajar segala macam yang berkaitan dengan dunia diving ni,peralatan yang digunakan,ciri ciri keselamatan yang perlu diamalkan semasa diving,bahasa bahasa isyarat yang digunakan semasa diving dan sebagainya  lah.hari ni aku nak memperkenalkan peralatan yang digunakan semasa diving.

pakaian menyelam atau wetsuit ada 2  jenis.sebelah kanan jenis long,sebelah kiri jenis short. entry selanjutnya akan disambung bila aku ada kelapangan masa.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

10 Comments

  • At 2010.02.24 23:33, zymert said:

    yup bro kalau nak p diving aku nak SMART macam aku blajaq SMART blogging dari bro ijad…
    zymert´s last blog ..Blogging Tiket Ke Antarabangsa! My ComLuv Profile

    • At 2010.02.25 05:26, admin said:

      haha…..hang kan biasa menyelam sambil-sambil tembak ikan tapi memang ada beza skin dive dan scuba diving ni.hang cuma perlu biasakan bernafas dengan alat pernafasan tu je dan kawalan apungan badan semasa dalam air…..alah beb,kan kita pernah buat benda tu semasa dalam kandungan dulu!

      • At 2010.11.08 08:59, Samdaddycool said:

        Memang teringin sangat nak diving ni… nanti ada rezeki dan keizinan, nak cuba juga
        Samdaddycool´s last blog ..Nasi Lemak 50 sen Nora Danish Cuti-cuti Cinta ada patut ka My ComLuv Profile

        • At 2010.11.08 14:29, admin said:

          cuaca bumi sekarang dah tak menentu,sam – berhati-hati ! :)

        • At 2010.12.12 22:12, Ali ridha said:

          ombak bagaimana jika kita
          menyelam.
          Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua My ComLuv Profile

          • At 2010.12.16 20:56, admin said:

            kalau cuaca agak buruk elakkanlah diving :)

          • At 2010.12.12 22:12, Ali ridha said:

            badan ada rasa kebas
            tak lama dalam laut.
            Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua My ComLuv Profile

            • At 2010.12.12 22:12, Ali ridha said:

              manusia dua alam lah
              kalau aku cuba ke dalam laut.
              Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua My ComLuv Profile

              • At 2010.12.12 22:14, Ali ridha said:

                lesen tu seumur hidup ke.
                Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua My ComLuv Profile

                • At 2010.12.16 20:55, admin said:

                  sekali seumur hidup tapi perlu aktif diving menggelakkan kena re-test :)

                (Required)
                (Required, will not be published)

                CommentLuv Enabled
                © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                Design by: Yoshz Themes