open water 2
sebelum ni aku ada cerita serba sedikit pasal open water.bagi yang kurang berkeyakinan untuk menjalani latihan di pantai/laut,anda dinasihatkan mendapatkan jurulatih yang mengadakan latihan menyelam di kolam renang(khas untuk latihan menyelam).cuba sesuaikan diri,mahirkan diri selok belok pergerakan tubuh dalam air terutama cara mengapung tubuh,cara bernafas menggunakan regulator dengan betul dan tenang.sebenarnya kemahiran yang penting ketika diving adalah cara bagaimana mengapungkan tubuh.maksudnya tak mau lah sekejap turun ke bawah sekejap naik ke atas
contohnya di sini ketika belajar mengunggang basikal.kena pandai seimbangkan badan baru boleh bergerak dalam garisan lurus,tak de lah sekejap ke kanan sekejap ke kiri…..diving macam tu jugak kena pandai mengapungkan tubuh secara stabil(tak turun,tak naik) dalam keadaan mendatar.BAHAYA sekiranya kemahiran ini tak dapat dikuasai dengan baik,ia berkaitan dengan tekanan cecair dalam badan.jom tengok latihan di kolam renang ni.
gambar(http://www.richcoastdiving.com/)
teka! yang mana jurulatihnya dan yang mana pelatihnya?siapa yang paling gabra/cemas dalam gambar ini? gambar tersebut menunjukkan jurulatih sedang menerangkan bagaimana sekiranya regulator terlepas dari mulut dan bagaimana kedudukan tangan untuk mengambilnya semula dengan betul.
gambar(http://www.coconuttreediver.com/)
ini pula gambar latihan menyelam di dasar laut,bagi yang berminat dengan scuba diving ni,pilihan di tangan anda.samada mau menjalani latihan di dasar laut atau di kolam renang.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 


Assalamalaikum,
Dulu-dulu ada bercita-cita nak ambil lesen diving….tapi tak kesampaian. Tak apalah makcik ceburi bidang lain pulak.
Salam ceria selalu.
zainura66´s last blog ..BAKAU PUTIH (Bruguiera cylindrica.)
Rasanya dah telambat dah..tapi tak apalah, sekurang-kurangnya makcik dah berpengalaman melihat flora dan fauna semasa snorkling di Pulau …. (tak ingat) dekat Pulau Kapas..sungguh menakjubkan serta pernah juga melihat flora dan fauna semasa mendaki Gunung Kinabalu dulu …wow…itulah keindahan ciptaan Allah SWT yang boleh kita nikmati di atas dunia ini.
Salam ceria selalu.
kalau dulu tak kesampaian,sekarang ni cuba sehingga kesampaian….bidang ni tak mengenal usia,yang penting sihat tubuh badan….ramai di luar sana,usia yang dah melebihi 50 tahun masih ingin mencuba bidang ini,tanpa mengira jantina….jom tengok flora dan fauna di dasar sana!
Bila bro kita boleh gi menyelam sambil minum air??
samdaddycool´s last blog ..Selendang Shawl pelangi 2 tone
kena tunggu gua jadi jutawan dulu,sam
tapi ikut gua kena jadi orang bujang la…hahaha