kalau ada rezeki lebih
andai kata sudah memiliki lesen scuba diving tu dan ada rezeki lebih ada baiknya peralatan/kelengkapan untuk diving ni dibeli.memang setiap dive centre ada menyediakannya untuk disewa.masalah timbul bila tiada saiz yang sesuai.antara peralatan yang memerlukan saiz yang betul -betul sesuai dengan diver itu adalah mask.
mask ni kalau tak kena dengan saiz seseorang memanglah mengundang banyak masalah terutama bagi yang baru mencuba scuba diving ni.kebiasaanya yang aku tengok,bila mask kurang ngam dengan muka seseorang tu,maka terjadilah suasana panic/cemas bila air mula bertakung dalam mask tu.memang semasa latihan menyelam,ada ditunjukkan cara membuang air yang bertakung dalam mask tu.tetapi masalah ini memang membuat perasaan seseorang itu terganggu!
ni lah yang dipanggil mask,ada bermacam bentuk dan warna serta jenama.sekarang ni sudah canggih,mask pun ada valve yang berfungsi untuk memudahkan diver membuang air yang bertakung dalam mask tu-cuma perlu hembuskan nafas melalui hidung.
tips memilih mask,secara mudah pilihlah mask yang betul -betul melekap di bahagian dahi hingga ke bawah hidung(lubang hidung).jangan dedahkan pada cahaya matahari,seelok-eloknya simpan di tempat suhu bilik dan jangan bermurah hati memberi pinjam kepada teman-teman!……barang ni bukan murah beb!…..tak percaya? tengok sini(lebih kepada peralatan technical diving)
mask terakhir yang aku guna pun ada valve-mudah dan selesa semasa di dasar laut.selain mask,aku turut membeli peralatan seperti short wetsuit,snorkel,BCD,regulator,fin untuk kegunaan peribadi supaya selesa semasa diving.sepanjang melibatkan diri dalam dunia scuba diving ni,dah dua kali membeli peralatan asas seperti disebut di atas, disebabkan peralatan ni kalau dah 4-5 tahun adalah lebih elok ditukar(beli baru) demi keselamatan diri….tapi duit tu dah tentu terancam keselamatannya….hahaha
ni lah gambar terakhir aku sebelum aku bersara buat sementara waktu…..dah hampir 7 tahun rupanya aku bersara….sebab apa bersara? bencana tsunami yang melanda dulu turut membantutkan semangat aku dan teman-teman lain…..ngeri beb!!! apatah lagi aku turut mengalaminya sendiri(baru tempias tsunami je)
mudah- mudahan selepas ini aku boleh diving bersama teman-teman dari dunia smart blogging…dan aku sedang menghitung hari ke arah itu!!! orang kata dunia lelaki ni bermula ketika berumur 40 tahun …..kihkihkih….dan pepatah ada menyebut “menyelam sambil minum air“……kahkahkah……bestnya!!! aku memang dah rindu yang teramat sangat dengan penghuni-penghuni di dasar sana.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 




Selamat berscuba.. Semoga berjaya mencapai matlamat
zool´s last blog ..Ayam rangka yang best
terima kasih kerana singgah blog ni,zool….mudah-mudahan begitulah hendaknya.
Huhu..mahal giler mask tuh ek..ak ingtkn murah jerk..smpai RM3000 pun ad..haish..tringin gak nk scuba diving.tapi tkut ngan jerung..hahaha
jmay,mask yang kamu tengok tu mungkin mask untuk technical diving…apa pun zaman sekarang ni beruntung sebab pilihan dalam online begitu banyak….kamu boleh diving di dive point yang tiada jerung….terima kasih di atas kesudian singgah di sini:)
hobi yang menarik kerana boleh mengenal dan menghargai bumi ciptaanNya dengan lebih baik.
basicly, starting kos untuk hobi ni berapa riyal eh? mcm mahal je
aku setuju dengan pendapat kamu,wan…kerakusan manusia sekarang turut menjahanamkan khazanah di bawah laut ….apa sudah jadi dengan pulau sipadan sekarang?
kos permulaan tidaklah begitu mahal(ada caranya!!)…satu perkara lagi,hobi boleh mendatangkan duit kalau kena gayanya:)
keren bozz ….
maju terus rezekimurah.com …
eko suwirno´s last blog ..Jadwal Liga Champion Perempat Final
biasa-biasa aja,mas….gwe pun ngharap gitu agar bisa terus maju….dan sukses untuk lu jugak
kalau ada rezeki lebih | REZEKI MURAH…
[...]kalau ada rezeki lebih,ada baiknya peralatan asas untuk scuba diving ni dibeli untuk kegunaan peribadi contohnya mask.[...]…