fins
bagi memberi sedikit ruang pada otak aku berehat……maka aku selang selikan dengan entry sebegini…..entry pasal diving….yupp,aku adalah tukang kasut yang suka diving !….lebih tepat lagi scuba diving….kalau nak berblogging perlu ada blog !….kalau nak diving ni pun perlu alatnya…..sekejap….baru aku perasan akan satu hal….setiap apa yang aku buat macam ada sesuatu persamaan dengan dunia blogging…..
blog ? berblogging perlu ada blog ! kalau diving ni perlu ada LOG BOOK !….tengok perkataan B.L.O.G sentiasa mengekori aku….patutlah akhirnya aku terlibat dalam dunia blogging ni….ahh! tinggalkan dulu pasal LOG BOOK ni,aku tau korang bukan suka sangat dengan sesuatu yang berbunyi “buku” ni….hahaha
entry kali ini, aku nak ceritakan pasal FINS…..sebut betul-betul fins bukan fynn….ala fynnjamal tu….berbalik pada topik entry…fins ni….ada dua jenis fins….yang pertama, macam dalam gambar ni lah rupanya…..korang sarung je ikut saiz kaki ….ringkas memakainya…secara peribadi,aku lebih suka gunakan yang ini sebabnya masa korang nak terjun dari bot,masa menyiapkan diri ….pakai tu,pakai ni…memang singkat masanya beb ! fins jenis ringkas pemakaiannya …..namun fins jenis ini tidak berapa sesuai kalau diving tanpa menaiki bot…..maksudnya korang diving dari tepi pantai….diving yang bermula dari tepi pantai,korang kena berjalan….bila berjalan korang kena berkaki ayam sebelum korang boleh pakai ‘tapak itik’ (fins) ni …..kalau pantai landai berpasir tak pe lah,kalau kena pantai yang penuh dengan batu ? kesimpulannya begitulah.
yang lagi satu jenis ni,korang tak boleh sarung macam tu je….kena pakai boot khas dulu baru boleh sarungkan fins jenis ni….jadi jenis ni sesuai untuk diving yang bermula dari tepi pantai…..sebab apa? sebab dia ada boot khas….bila korang pakai boot khas tu maka kaki tu tak lah sakit bila memijak batu-batuan pantai tu…..yang aku tak suka jenis ni bukan apa, leceh betul nak memakainya,walau macam mana pun terpulang pada masing-masing punya pilihan ….tepuk kaki tanyalah jawapannya…hahaha
ni lah dia boot khas yang perlu disarung sebelum memakai fins jenis kedua tu…..ok lah aku dapat merasakan entry dah terlalu panjang….jadi kalau ada sebarang persoalan,bolehlah bertanya di ruangan komen tu.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 




abg joe mesti dah ada lesen scuba kan? sy blum ambil lagi..igt tahun ni nak amik kursus scuba…tp badan belum fit lagi..huhhhu takut semput lak nanti
lesen di sponsor..tu yg nak amik tu
mijie´s last blog ..Paypal bakal beroperasi di Malaysia
amek lesen sekitar tahun 1993…
kalau dah disponsor tu,apa yang nak ditunggu lagi,mijie…henjut je
bomba gua tak tau,tapi kalau tentera memang ‘kaw-kaw’ kena lanyak kalau nak amek lesen diving ni…kena betul-betul fit!
lu nak amek lesen technical atau recreational diving? …lesen techical kalau dapat sponsor memang untung besar,mijie.
Tak tau nak tanya apa pasal belum pernah scuba diving seumur hidup.. teringin juga. tapi lom pernah ada mak datin yang offer nak sponsior gi diving kat pulau.. hik.. hik..
samdaddycool´s last blog ..When the baby keep crying
hehehe…tak perlu tunggu mak datin sponsor,sam….sekarang lu dah full time blogger…boleh sangat kalau dah berhajat
anak-anak buah ijad nanti semua gath bawah air…hahaha
hehehe.. nyelam kat tanjung…
samdaddycool´s last blog ..When the baby keep crying
nyelam kat tanjung tu nyelam cari kupang,sam
hehe…mesti dah ader lesen nih..jadi instructor tak? saya tak suke pakai booties tu..susah nak pakai n tanggal..hehe…tapi..saya pun dok scuba kat pool jer..tak pernah try open water..huhu…takut….
instructor ?….berat tanggungjawab tu…saya sekadar ingin santai-santai je
…lagipun sekadar ada open water basic je.
ejon dah ada lesen? kalau dah ada rugi tak merasa pengalaman sebenar scuba ni….berbeza tau!
tak de lesen lagi…tgh dok blajar jer..sebab masa kelas dulu ada la amali utk scuba. sebab tu dok terjun dlam pool jer. jalan itik pun dlm pool.
Owh, open water kat mana dah buat?
ejoncb´s last blog ..Pernah tak?
ooo…amek lesen terus je…sekarang instructor dah ramai anak watan…dulu kebanyakan orang luar,jadi ada ketat sikit berbanding sekarang.
dulu amek kat labuan(1993)….pas tu ada masalah sikit,kena amek lagi sekali 2004(pulau perhentian).
jun 2004…berhenti,sebab terlibat dalam satu kejadian yang hampir meragut nyawa…..hujung tahun 2004 tsunami !….terus jual segala kelengkapan – group diving pun berpecah
Assalamualaikum,
seronok juga sesekali ubah tajuk…untuk ‘refreshment’kan….
sebenarnya blog ni kena hack…tu yang hilang mood
Diving.. saya takut kat air yang tak nampak dasar.. haha..
Dila.13´s last blog ..Antara Ghost Writer dan PLR: Pro dan Kontra
itu senang je jangan diving dalam-dalam,sekitar 5 meter sudah memadai
teringin gak nak diving..tapi wife aku jenis tak berapa gemar aktiviti outdoor..so tak dapat la nak ajak dia join sekali..
khairolghani´s last blog ..1st time makan KFC
sebenar diving ni pun satu therapy,kay…bagus untuk menghilangkan tekanan hidup
…sebaik muncul di permukaan air,kita rasa lebih segar
nak try diving tapi kena ada lesen kan??
zik´s last blog ..Adab berzikir
diving memang perlu ada lesen
tapi kalau sekadar ingin merasai pengalaman diving ada pakej yang disediakan untuk yang tiada lesen .
mcm berat je but tu..
safety boot ke ape tu??
botak´s last blog ..Trebel for inter, only double for bayern
hehehe…itulah boot yang paling ringan sekali dalam banyak-banyak boot