diving

admin | mau diving | February, 23 2010 | 4 Comments

aku tinggalkan kisah kisah hutan,bukit dan gua dulu.sebenarnya banyak lagi yang boleh aku ceritakan pasal hutan ni tetapi segala gambar yang pernah dirakam suatu masa dulu sudah tiada dalam simpanan aku,macam tak best je nak sambung cerita……peningĀ  jugak nak meneruskan riwayat blog ni tanpa sisipan gambar peribadi.

sekarang ni cuaca tak menentu,tengah panas terik pun hujan boleh turun.kalau diikutkan hati mau saja aku ke pulau pulau peranginan ketika cuaca panas membahang ni.tapi apa nak buat, macam mana keadaan cuaca yang tak menentu ni begitu jugak lah poket aku ni…sekejap tebal sekejap nipis….ke pulau cari apa? apa lagi-mau diving lah(scuba diving)….dulu kalau dah gian sangat,mana-mana kolam renang yang membenarkan kegiatan menyelam,situlah aku terjun-kalau dah gian ni bukan boleh ditahan tahan!

seperti mana kalau ingin driving atas jalan kena ada lesen memandu yang sah,begitu jugaklah dengan diving ni,kena ada lesen dulu baru boleh menyelam di dasar laut.di sini aku sertakan gambar,rupa bentuk sekeping lesen diving ni.macam ni lah rupa lesen tu,sebelah belakangnya,terdapat gambar si pemilik lesen.disebabkan lesen aku ni dah terlalu lama,aku yang belum botak lagi tapi seolah olah sudah botak pulak dalam lesen ni-maka keberatan pulak nak mempamerkan sisi belakang lesen ni.

entry selepas ni kalau ada kesempatan akan aku terangkan serba sedikit cara mendapatkan lesen ni.dah tentu ia berkaitan dengan duit.pembelajaran terbahagi kepada dua,teori dan pratikal.sekarang ni kalau bab teori lagi mudah nak faham sebab ada bantuan audio vedio.lepas tu baru lah dicampakkan ke dalam kolam renang untuk bab pratikal.tapi ada jugak terus kena campak dalam laut,bergantung pada tenaga pengajarnya.yang bestnya sekarang ni kaum hawa sudah ramai menceburi bidang ni samada sekadar untuk ambil lesen mau pun sebagai tenaga pengajar.berbanding zaman awal 90 an dulu susah betul nak jumpa kaum hawa join bidang ni.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

4 Comments

  • At 2010.03.19 11:36, mycorner said:

    saya mau coba diving… tapi yang tidak dalam saja :D dulu punya akuarium air laut .. loveee it!
    mycorner´s last blog ..Your team My ComLuv Profile

    • At 2010.03.19 18:52, admin said:

      emangnya diving itu punya pilihan ….yang dalam ada,yang kurang dalam pun ada ….terserah pada pilihan kamu :)

    • At 2010.12.12 22:09, Ali ridha said:

      lesen moto bot ada ke?
      Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua My ComLuv Profile

      • At 2010.12.16 20:53, admin said:

        setiap pengangkutan semuanya memerlukan lesen :)

      (Required)
      (Required, will not be published)

      CommentLuv Enabled
      © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
      Design by: Yoshz Themes