tradisi tukang kasut

admin | sembang-sembang | June, 29 2010 | 32 Comments

bukan kerna nama

Sudah menjadi amalan para tukang kasut yang mencari rezeki di kaki lima ini,sekira ada antara tukang kasut sudah tidak mampu atau sudah tidak sanggup bersaing lagi maka mereka akan “menjual” tapak mereka pada tukang kasut yang lain.Hairan ? Ini perkara biasa di kalangan tukang kasut terutama yang berniaga di kaki lima.

Yupp,memang kaki lima itu bukan milik sesiapa pun dan bukan juga milik pada tuan punya bangunan.Kalau diikut undang-undang majlis perbandaran,kaki lima adalah di bawah pengawasan mereka.Namun tukang kasut/peniaga di kaki lima sebenarnya dinaungi oleh satu pertubuhan gelap….kalau ikut istilah dalam akhbar,mereka ini digelar ‘tonto’.

Satu hari ketika aku sedang sibuk menyiapkan kerja.Aku didatangi beberapa orang yang agak ganas penampilannya….hahaha[pada fikiran mereka lah].Aku tahu bahawa mereka ini dari satu pertubuhan gelap yang berpengaruh dalam Muar – Gohsek ![sengaja aku menyebutnya dengan kurang tepat].

Perbualan aku antara mereka ini.

” Allo kawan kasi kilat wa punya kasut ” kata salah seorang dari mereka sambil menyingsing lengan baju.Itu isyarat mereka memperkenalkan diri….kahkahkah

” Kasi bukaklah itu kasut,kawan ” balas aku tanpa menghiraukan siapa mereka ini.

” Lu sudah lama cali makan lekat sini ? ” tanya pemilik kasut yang kasutnya sedang aku kilatkan.

” Dekat 3 bulan lah, kawan ” jawab aku ringkas.2 orang yang lain sudah mula gelisah sebab tujuan kehadiran mereka,aku buat endah tak endah…..hahaha

Kemudian pemilik kedai kopi[Panjang] dipanggil oleh mereka berdua.Entah apa yang yang dibincangkannya,tidaklah aku tahu dan aku malas nak ambil tahu.

Panjang datang kepada aku lalu membisikkan sesuatu.Aku tak terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Panjang.Bila  kasut sudah siap dikilatkan,aku meminta seringgit dari pemilik kasut sebagai upah.Panjang yang berdiri berhampiran dengan mereka,terus masuk kedai sambil membebel ke arah aku ” Lu siaw la ! “[lu sudah gila !]

Mereka bertiga merenung aku dengan wajah bengis….hahaha.Aku berdiri dan menerangkan sesuatu pada mereka.

” Itu balai talak jauh,lu pergi tanya sama itu “ampai” [polis],wa punya abang sendili pun,wa mau bunuh ! ” kata aku dengan selamba pada mereka,menerangkan peristiwa di mana aku membelasah abang aku sikit masa dulu.

Panjang datang semula sambil menghulurkan seringgit pada aku sambil mempelawa mereka bertiga minum.Dengan wajah yang kurang puas hati mereka meninggalkan tapak kaki lima bersama hajat yang tidak kesampaian.Aku sedar selepas ini pasti ada perkara yang kurang elok akan timbul !

*hal ini hanya aku dengan pihak terbabit sahaja dan sama sekali tidak membabitkan pihak lain :) *

Related posts:

  1. rezeki seorang tukang kasut memegang kata-kata seorang sifu,seorang blogger harus bertanggungjawab ke atas...
  2. sejarah drcobbler adam dan hawa Ketika aku keluar mencari rokok kegemaran aku,kebetulan...
  3. perjuangan itu izinkan aku untuk terus merapu. minggu pertama mencari rezeki...
  4. langkah pertama bermula *gambar di atas merupakan resit pembelian alat ganti kasut...
  5. perubahan rancangan Suatu malam[hampir 20 tahun yang lalu] Aku melayan perasaan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

32 Comments

  • At 2010.06.30 01:02, mijie said:

    lu memang otai la…

    tu je yg nak ckp
    mijie´s last blog ..Cara memasang plugin Akismet untuk pengguna blog wordpress My ComLuv Profile

    • At 2010.06.30 01:40, admin said:

      kahkahkah….cerita belum selesai lagi,mijie.

      gua bukan apa,sebab gua tengok datang sampai 3 orang jadi gua fikir kalau betul ganas kenapa tak datang sorang je ….kahkahkah

      • At 2010.06.30 08:20, mijie said:

        itu la, tunggu cerita ini habis dulu, em itu samsung taik kucing kot joe
        mijie´s last blog ..Cara memasang plugin Akismet untuk pengguna blog wordpress My ComLuv Profile

        • At 2010.06.30 15:01, admin said:

          sebenarnya mereka ini hanya berani bila beramai-ramai,mijie….kalau berhadap sorang dengan sorang belum tentu berani :)

          *nak jumpa budak belasan tahun pun goyang ke?…kahkahkah*

    • At 2010.06.30 14:19, hirman said:

      nie kira dah masuk kisah aksi ker..

      • At 2010.06.30 15:03, admin said:

        kalau diikutkan memang begitulah ceritanya[entry akan datang] tapi aku tak boleh ceritakan secara detail,man[ke 'dalam' pulak aku nanti...hahaha]

      • At 2010.06.30 14:33, mijie said:

        bro takder mslh pun blog bro.
        mijie´s last blog ..Cara memasang plugin Akismet untuk pengguna blog wordpress My ComLuv Profile

        • At 2010.06.30 15:04, admin said:

          ikut dari siasatan netkl pun macam tu jugak,mijie….ni yang gua pelik ni !

        • At 2010.06.30 15:42, etomyam said:

          wah…nasib baik bukan geng 606 tu hehehe :D ,

          Btw hari ni aku dapat masuk jugak blog ni, sebelum ni Firefox block terus..cuma keluar message dari ESET NOD32 Smart Security antivirus desktop aku..”Address has been blocked, URL address “domainameat.cc/js2.php”, IP Adress 193.104.34.55:80″
          etomyam´s last blog ..Menu Terbaik Hari Ini My ComLuv Profile

          • At 2010.06.30 15:59, admin said:

            hahaha…sebenarnya rimas dengan geng-geng ‘berbaju’ ni[hanya yang terlibat sahaja] :)

            tu lah,bro….memang memeningkan bila benda macam ni berlaku sebab aku ni buta IT …kahkahkah

            • At 2010.07.01 05:28, ardzham said:

              nampak dah ok blog ni, tak de lagi amaran trojan dari kaspersky 2010 yg abg guna.
              ardzham´s last blog ..Hujan di awal pagi My ComLuv Profile

              • At 2010.07.01 14:13, admin said:

                nampaknya begitulah tapi masih ada yang mengatakan keadaan tidak berubah[pelik jugak saya] :)

          • At 2010.06.30 23:30, shaharil said:

            Sambung lagi ceritanya. Nak tau jugaknya ending…
            shaharil´s last blog ..Apa itu formspringme My ComLuv Profile

            • At 2010.07.01 00:30, admin said:

              insyaallah akan disambung,shaharil :) …tunggu je.

            • At 2010.07.01 11:19, botak said:

              stendet laa cina2 ni..
              nk kutip2 duit org je kejenye.
              mcm bagos sgt je diorang tu
              botak´s last blog ..1st half-gt2nd half- no BREAK- My ComLuv Profile

              • At 2010.07.01 15:42, admin said:

                hanya mereka yang berada di dalam kelompok[pertubuhan] tersebut,botak :) …dan agak malang bangsa kita pun sekarang ni dah mula nak terlibat sama menindas bangsanya sendiri :(

                dah jadi macam satu tradisi dari dulu lagi cuma sekarang ni caranya berbeza :)

                • At 2010.07.05 12:51, botak said:

                  lain kali kita jumpa org mcm ni..
                  kita tangkap!
                  kendian ikat kat pokok kelapa..
                  terus kita bubuh kerengga bnyk2 biar badan dia kena gigit..
                  geram betul
                  botak´s last blog ..1st half-gt2nd half- no BREAK- My ComLuv Profile

                  • At 2010.07.05 15:55, admin said:

                    kehkehkeh…ada jalan/cara macam mana nak hadapi orang macam ni,botak :) …dalam entry akan datang akan diceritakan.

              • At 2010.07.01 13:01, aktechpage.com said:

                Perkataan spt ampai, siaw, tu bahasa apa ekk???
                Jawa ke??
                aktechpage.com´s last blog ..Selamat Ulang Tahun ke – 4 aktechpagecom My ComLuv Profile

                • At 2010.07.01 14:17, admin said:

                  hahaha…bahasa berbilang kaum di malaysia-1malaysia ! :)

                • At 2010.07.01 13:02, aktechpage.com said:

                  Perkataan spt ampai, siaw.. tu bahasa ape ek??
                  Jawa ke??
                  aktechpage.com´s last blog ..Selamat Ulang Tahun ke – 4 aktechpagecom My ComLuv Profile

                  • At 2010.07.01 14:19, admin said:

                    hahaha…ni mesti kes komen tak ‘lepas’ ni :)

                  • At 2010.07.02 01:08, zik said:

                    wah bro psycho tuh… apa akan terjadi selepas ini?? tunggueww
                    zik´s last blog ..Post schedule sudah habis My ComLuv Profile

                    • At 2010.07.02 01:37, admin said:

                      cari rezeki kat kaki lima begitulah cabarannya,mental kena kuat,zik :) ..kalau tidak memang jadi mangsa pada sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan.

                    • At 2010.07.03 03:42, Samdaddycool said:

                      wah.. saspen betul.. nak sambung baca next entry plak..
                      Samdaddycool´s last blog ..SMS minta maaf tak semuanya terjawab My ComLuv Profile

                      • At 2010.07.03 03:47, admin said:

                        sam,bacalah selagi lu larat :) ….job yang masuk dah siap ke ?

                      • At 2010.07.04 11:53, Dila.13 said:

                        Lu memang siaw la Abg Botak :P hehehe… tapi bagus la awal2 dah warning mereka macam tu. takde la berani diorg buat hal lagi kat tapak Bro lagi lepas2 tu kan ;)
                        Dila.13´s last blog ..Fakta- 4th of July My ComLuv Profile

                        • At 2010.07.04 13:19, admin said:

                          berani kerana benar,dila :)

                        • At 2010.07.10 17:15, Harleny Abd Arif said:

                          Salaam…
                          Intro cerita dah mencerminkan ending… =)
                          Harleny Abd Arif´s last blog ..Singgah Sebentar di http-kavkaz-asadullahblogspotcom My ComLuv Profile

                          • At 2010.07.10 20:37, admin said:

                            salam dijawab,

                            hehe….ye ke ?,TSPR :)

                          • At 2010.07.26 13:44, khairolghani said:

                            ada gaduh2 ke?best gak sekali sekala tumbuk orang..
                            khairolghani´s last blog ..Majlis Solat Hajat My ComLuv Profile

                            • At 2010.07.26 19:48, admin said:

                              sebenarnya ada[selepas peristiwa ini] tapi aku malas nak ceritakan di sini,kay :)

                            (Required)
                            (Required, will not be published)
                            CommentLuv Enabled
                            [close]
                            © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                            Design by: Yoshz Themes