terperangkapkah aku
Air sudah bergelas-gelas diminum,makanan laut banyak sudah diratah begitu sahaja.Udang goreng planta lah,ketam goreng bercili lah,kerang rebus lah.Namun kepala aku tetap teringatkan lauk yang dimasak oleh Nai itu.Perbualan menjadi semakin rancak.Terutama pasal kelasi M.V.JJJJ.Pada aku kisah pelayaran Kapten Y yang sudah belayar ke serata negara lah yang paling menarik.
Aku ketawa terbahak-bahak bila Kapten Y mengeluh tentang satu perkara.Kapten Y menyuarakan rasa cemburunya melihat rakan-rakannya yang berpangkat kapten tetapi dalam dunia kerjaya yang berbeza.Kapten kapal terbang[pilot] ditemani oleh gadis-gadis comel[peramugari] atau kapten dalam tentera setidak-tidaknya ada jugak pegawai-pegawai wanita tetapi jadi kapten untuk kapal tanker hanya dikelilingi oleh kelasi-kelasi lelaki yang kebanyakannya memberi masalah padanya.
Dari satu topik ke satu topik perbualan akhirnya Kapten Y menyentuh kembali pasal Nai.Atas rasa simpati bila melihatkan kesungguhan beliau ingin mengetahui permasalahan yang timbul antara aku dan Nai.Akhirnya aku memberi penjelasan.Sebenarnya aku tak mahu meletakkan Nai dalan keadaan serba salah.
Serba salah untuk memilih aku atau keluarganya[terutama bila papanya ada memberi tentangan atas sebab-sebab tertentu].Tambahan pula aku sedar Nai begitu rapat dengan keluarganya.Nai sanggup menolak peluang melanjutkan pelajaran di luar negara atas sebab tidak mahu berjauhan dengan keluarganya.
Nai sanggup menolak tawaran lumayan bekerja makan gaji kerana mahu membantu orang tuanya di kedai jahit.Tiba-tiba muncul aku,Nai terpaksa membuat pilihan yang begitu sukar dalam hidupnya.Sudah tentu itu bukan sesuatu yang adil baginya.Setelah dengan panjang lebar aku terangkan pada Kapten Y,barulah beliau mengakui hal itu memang sukar untuk diatasi.
Setelah menghabiskan minuman,kami berdua bergerak pulang.Aku tidur di rumah Kapten Y malam itu.Entah kenapa hati ku berdebar-debar tanpa sebab.Sepanjang perjalanan menuju ke Shah Alam,puas aku memikirkan kenapa hati ku berdebar-debar tak tentu pasal.Tiba-tiba terlintas di fikiran ku bahawa Kapten Y berpakat dengan Nai,merancang satu pertemuan di rumah beliau.
Sampai di depan pintu pagar rumah Kapten Y,hati aku semakin cemas.Sebaik sahaja pintu pagar terkuak,dari dalam kereta aku nampak satu susuk tubuh yang aku cukup kenal.Dari potongan rambutnya,dari ketinggian tubuhnya,memang aku pasti itu adalah Nai ! Belum sempat kereta memasuki perkarangan tempat letak kereta,aku sudah melompat turun dan berlari keluar dari kawasan rumah !
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



sampai macam tu sekali tak nak jumpa Nai?? aduiyai…
Dila.13´s last blog ..Update EzineArticles Submission
nanti dulu! baca entry berikutnya,dila
dah bacaa dah entri tu.. tapi, “Sampai macam tu sekali tak nak jumpa Nai???”.. haa.. soalan yang sama jugak saya tanya

Dila.13´s last blog ..3 Tabiat yang Perlu Elak Ketika Menulis Entri Blog
sebabnya bila ada yang sekali tu ia akan jadi berkali-kali dan orang yang menanggung itu akan berkali-kali ganda sakitnya,dila
naper abg joe smpai mcm tu sekali, em sian pula aku kat nai
mijie´s last blog ..Kalau lah aku boleh…
relax….baca entry berikutnya,mijie
rupanya iras nai je, suspen betul
mijie´s last blog ..HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2
kehkehkeh….nasib baik tak de kena mengena dengan Nai,mijie
sanggup terjun kereta tu, Bro Mijie! gile kentang. hehe

Dila.13´s last blog ..3 Tabiat yang Perlu Elak Ketika Menulis Entri Blog
bukan laju mana pun kereta tu,dila
bro..lu memang kejam..haha.
mana nak lari..kalau dah jodoh xkemana..hehe
hahaha….kejam? mana ada macam tu,CD
Apsal lari plak? Dah ade jumpa je la..
adamfaiz´s last blog ..9 Tahun Bersama Sarah
kena lari atas sesuatu sebab,adam
sebenarnya aku selalu jumpa Nai tu tapi dalam mimpi
dalam mimpi lain, realitinya jugak tak mungkin sama.. ish ish ish.. misteri betul ceritera ni. lagi complicated dari Lagenda Budak Setan. huhuhu… Ni dah jadi cerita Lagenda Budak Botak nih. kehkehkeh

Dila.13´s last blog ..3 Tabiat yang Perlu Elak Ketika Menulis Entri Blog
dalam mimpilah yang real,dila
….luar dari mimpi adalah fantasi kita – sekadar di atas pentas opera[pendapat peribadi saya...kehkehkeh]
tak de lah misteri sangat,dila….kalau nak dibandingkan dengan perkenalan saya dengan Doh Yong tu
lari?
aku rasa elok jumpa dan selesaikan segalanya. habis cerita
tehr´s last blog ..Pantun Berkait Zakat Fitrah
lari? mesti!,tehr
aku dah selesaikan dengan Nai sebelum ini
bro…sekali je bro…sekali je…sekali je aku mintak ko jumpa la nai tue..explain pada dia…kesian oo cmtue..huhu
hahaha….kan aku terangkan pada dia,madlut
….semak entry yang lepas daaa
huhuhu….sadis betul smpai lompat keluar lari..macam nampak hantu plak dia nih..
hehe..ker tak sanggup nak jumpa? kot2 cair pendirian tuh?
lebih menakutkan dari hantu,jumpa hantu pun saya tak lari,ejon
bukan macam tu cuma janji mesti dikotakan.
pastu2….huhuhu cam novel lah plak……
hehehe….kena sambung-sambung supaya blog sentiasa update,KD
semoga dia tercipta untukmu……
kak dila´s last blog ..Satu Petang Di Bazar Ramadhan
mungkin setakat sebagai seorang kawan je,KD
aiseh..terhenti kat situ..penuh debaran ni bro joe
etomyam´s last blog ..Blogger Goes Nuts
macam biasalah,bro
aiyakk… ala bro please lah …jumpa sekali pun jadi.. tapi nak buat mcam ne kan..jangan dipaksa..
zik´s last blog ..Merdekakah kita
kehkehkeh….kalau ada yang sekali tu mesti ada yang dua kalinya,zik
…jadi jangan ada yang sekali itu.
bila dah start baca SEKALI kisah si Sangilapi bermula dari pangkal cerita…mesti nak sambung yang KEDUA kali dan seterusnya sehingga ke penghujung cerita.
Harleny Abd Arif´s last blog ..Rumah tradisional berdinding kelarai di Kampung Pulau Kemiri
wahh,tukar nickname dan avatar ye,TSPR
…janji bahagia
terima kasih kerana sudi membacanya,TSPR @ HAA
Tersilap taip nama sebenarnya…kebetulan dlm blog ni je gunapakai nama samaran TSPR sedangkan di blog lain nama penuh. Tu yang timbul nama ke-2. Bagus jugak idea 2 nama TSPR @ HAA. Mana tau kot saya tersasul lagi…heh hehhh
TSPR´s last blog ..Rumah tradisional berdinding kelarai di Kampung Pulau Kemiri
ooo…ingat memang sengaja tukar sempena avatar baru tu
alamak, awal-awal lagi bro joe sudah boleh rasa plan la pulak…so bro lari ke mana?

etomyam´s last blog ..Senarai Panduan Dan Tips Temuduga
sedikit curiga dengan pelawaan kapten tu,bersungguh-sungguh supaya menginap di rumahnya – dalam perjalanan baru terlintas di fikiran mungkin Nai berpakat dengan beliau
main bedal je berlari tanpa arah tuju,bro
kah.. kah.. kah… sampai balai cerita…

Samdaddycool´s last blog ..Panduan untuk mengelakkan sikap takbur
si botak yang berlari-lari pada pagi-pagi buta,tentu balai ceritalah,sam
macam2 lah bro.. tapi mmg gelihati pun ada..
Samdaddycool´s last blog ..Panduan untuk mengelakkan sikap takbur
susah kalau jenis suka angkut balai ni,sam