tercari-cari

admin | sembang-sembang | February, 21 2010 | 4 Comments

sambungan dari entry lepas

di luar pintu gua kelihatan mie dan rafi membongkok sambil termengah mengah,ujang dah terbaring lesu,bang din mencangkung sambil mengibas ngibas debu di badan….aku,selepas beberapa ketika mula menyalakan  rokok.semuanya terdiam dan wajah masing masing ibarat mayat-pucat lesi!!!

ujang yang terbaring tadi sudah bersila sambil membelek belek seluar yang dipakainya,”aku sampai terkencing ni” suasana yang hening tadi berganti dengan gelak ketawa…muka muka si pengait baja mula berseri kembali,mula bersuara menceritakan detik- detik cemas sebentar tadi.apa yang terjadi selepas aku terpandang arus batuan kecil menuruni dari penjuru atas gua?

____aku terus bukak langkah seribu sambil memekik tanah mau runtuh

____semasa berlari yang aku dengar, golekan benda berat dari penjuru itu kemudian bunyi dentuman yang sungguh kuat!

____suasana dalam gua mula kelam sebab debu debu memenuhi ruang dalam gua itu.

____sekali lagi telinga aku mendengar golekan benda berat yang diakhiri bunyi dentuman yang lebih kuat dari bunyi dentuman pertama tadi

____ semasa berlari tadi dalam samar- samar, aku nampak susuk tubuh bang din dan ujang sudah keluar dari terowong baja

____aku berlari di atas laluan yang lebarnya tak sampai 3 kaki yang mana di kiri kanan laluan itu sebenarnya bekas – bekas terowong yang membentuk lubang lubang besar berkedalaman 6-7 kaki

____yupp….aku lah orang terakhir yang keluar dari gua tersebut,berlari dalam kelam suram,dalam suasana berdebu tebal andai aku terjatuh ke dalam lubang lubang itu maka tiadalah blog ini….hahaha

yang bergolek itu sebenarnya seketul batu besar,bunyi batu bergolek tu memang menakutkan sebab bergema ditambah pula bunyi  hentaman ke dinding gua sebanyak dua kali seolah olah bukit tu mau turut runtuh.semasa turun ke kaki bukit,aku tercari- cari jawapan pada peristiwa pelik sebelum kejadian itu.

kami terselamat dari terkubur di dalam perut gua tersebut……yang terkubur pada hari itu cuma impian kami untuk mendapatkan 500 kampit baja .setiap kampit akan dibayar upah sebanyak seringgit yang akan dikongsi sama rata….sorang dapatlah 20 sen untuk setiap kampit baja…..itulah selingkar kisah si pengait baja yang mencari rezeki bagai menempah maut setiap kali musim berbendang.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

4 Comments

  • At 2010.02.22 11:04, Ezad said:

    Cemas juga masa tuh, em alahai skitnya bang dapat? :(
    Ezad´s last blog ..10 Tips Mendengar dan Mendengar My ComLuv Profile

    • At 2010.02.22 15:48, admin said:

      walaupun begitu,kehidupan aku di perlis dulu tu adalah antara yang terindah dalam siri kehidupan aku….simple life dan mendamaikan….hutan,bukit,gua sebagai tempat mencari rezeki….fuhhh!!! bestnya suasana sebegitu.

      • At 2010.05.03 00:35, samdaddycool said:

        uishh.. misteri dan ngeri..

        pengalaman kenangan terindah!
        samdaddycool´s last blog ..Fresco Muar terbakar My ComLuv Profile

        • At 2010.05.03 01:10, admin said:

          memang ngeri sebab masa tu memang ingat,tak sempat untuk berlari ke mulut gua tu :(

          misterinya ada satu suara memanggil nama timbangan gua di rumah(masa gua kencing tu)

        (Required)
        (Required, will not be published)

        CommentLuv Enabled
        © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
        Design by: Yoshz Themes