tekad

admin | sembang-sembang | July, 02 2010 | 48 Comments

nyanyian serambi

Bila masuk bulan ke empat aku berniaga di kaki lima kedai kopi itu,aku sudah boleh menarik nafas lega – sebabnya? Apa yang mahukan sudah tercapai.Mencapai lingkungan pendapatan yang aku inginkan.Berbaloilah sebagai tukang kasut yang baru memulakan perniagaannya.Syukur !

Setiap kali balik dari berniaga,aku kena bawa balik sejumlah kasut yang perlu disiapkan yang mana pemilik kasut akan mengambil kasut mereka seawal pagi keesokannya.Kasut-kasut itu aku sumbatkan dalam sebuah beg.Sebuah beg besar dari jenis kain denim berbentuk seperti bantal peluk yang gemuk.Beg itu aku buat semasa aku bekerja di lot 14 dulu.

Menyandang beg ini sambil berbasikal sejauh dua batu setengah[dari bandar Muar ke rumah]menimbulkan tanda tanya pada yang melihat….kahkahkah.Apalah agaknya yang ada dalam beg berbentuk ganjil itu ? Antara golongan yang cukup suka bertanya adalah pak-pak polisi.Ada antara pak polisi ini menyangka aku ni ‘mat gian’ yang mencuri kasut atau orang gila….hahaha.

Selalunya jawapan yang aku beri cukup ringkas sebelum aku meneruskan kayuhan.”Aku adalah Drcobbler dekat Coffee Paris “.Kebiasaannya mereka akan menyuruh aku pergi setelah memandang aku atas bawah sambil gelak-gelak.Mungkin kerana penampilan aku dan gaya aku mengayuh basikal seolah-olah macam orang gila…..Ahh ! Aku kan Sang Gila Api !

“Ko bawak basikal macam ni punya laju…orang bawak kereta pun takut kena langgar dengan ko” antara ungkapan yang sering aku dengar.Yupp!!!…aku kayuh basikal memang macam kena kejar dengan hantu ! Sebab apa? Sebab perut aku dah lapar.Aku cuma makan sewaktu pagi sebelum pergi berniaga.

Aku perlu berjimat untuk menambah simpanan aku dengan segera ! Demi sebuah cita-cita aku perlu bertekad dan berazam dengan gigih.Tambah-tambah lagi kalau teringat akan kata-kata semangat dari seseorang itu….kihkihkih

Related posts:

  1. akhirnya Ya,akhirnya apa yang aku idam-idamkan selama ini tercapai jua.Syukur!...
  2. gelaran rezeki 6 bulan berlalu….yupp..sudah 6 bulan aku menjalani ‘kursus kedoktoran...
  3. tradisi tukang kasut bukan kerna nama Sudah menjadi amalan para tukang kasut yang...
  4. langkah pertama bermula *gambar di atas merupakan resit pembelian alat ganti kasut...
  5. gaji aku dulu semasa aku masih dalam latihan membaiki kasut,sering kali...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

48 Comments

  • At 2010.07.02 18:17, tehr said:

    dah lama aku saspen ni…
    ko kerja baiki kasut? kayuh basikal 2 batu setengah?
    [sori, aku belum baca habis lagi tulisan ko yg lepas]
    tehr´s last blog ..Syair Memujuk Isteri My ComLuv Profile

    • At 2010.07.02 19:41, admin said:

      suatu kisah silam,tehr :) …kisah di tahun 1989.

      • At 2010.07.06 01:25, tehr said:

        oic
        pengalaman adalah guru yang terbaik untuk kita
        tehr´s last blog ..Benci Bilang Cinta My ComLuv Profile

        • At 2010.07.06 02:11, admin said:

          yupp,betul tu,tehr :) …dan ia tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

    • At 2010.07.02 21:55, zik said:

      ikat perut tuh… demi masa depan yang cemerlang..
      zik´s last blog ..Tukar theme My ComLuv Profile

      • At 2010.07.02 22:05, admin said:

        ala zik…balik rumah aku bedal secukup rasalah :)

    • At 2010.07.03 01:07, Dreamerz said:

      Salam, first time datang. Akan baca posting2 awal2 sikit baru berani komen.
      Dreamerz´s last blog ..If I am a betting man- I would have lost- My ComLuv Profile

      • At 2010.07.03 02:42, admin said:

        salam dijawab :) ..terima kasih kerana sudi ke sini,dreamerz

        kalau sudi membaca apa salahnya,mana tahu jadi salah seorang pengomen yang bertuah nanti :)

      • At 2010.07.03 01:37, etomyam said:

        mantap hari-hari kayuh beskal ni bro…stamina kuat..tak pancit punya:D
        etomyam´s last blog ..Tarikh Penting Dalam Kalendar Islam Sepanjang 2010 My ComLuv Profile

        • At 2010.07.03 02:44, admin said:

          yup,selama hampir 2 tahun aku mengayuh basikal sejauh itu,bro….mungkin jumlah keseluruhan jaraknya sudah boleh sampai ke perlis :)

          • At 2010.07.04 20:50, etomyam said:

            oh, tu yang ada stamina untuk menyelam tu, aku takut nak menyelam pasal ada athsma .. :D
            etomyam´s last blog ..Free In-House WordPress Theme- Redmudah My ComLuv Profile

            • At 2010.07.04 21:21, admin said:

              kalau ada minat untuk menyelam kena buat pemeriksaan doktor terlebih dulu,bro :)

              memang ada kes kematian gara-gara athsma ni semasa menyelam[mungkin athsma yang terlampau teruk]

        • At 2010.07.03 01:38, mijie said:

          bro bila baca pasal bro naik basikal tu, teringat zaman sekolah dulu, naik basikal dari tingkatan 1 sampai ting 5, org lain naik ting 4 semua dah naik motor..naik bas….org ada duit..gua sorang je naik basikal gi sekolah…jaraknya hampir 10km

          sampai ada sorang awek sekelas dulu tanya tak malu ke naik basikal buruk gi sekolah, gua ckp senang je…sy datang sekolah bukan nak tunjuk basikal buruk, tapi datang nak menuntut ilmu…
          mijie´s last blog ..Sekadar renungan untuk rakan-rakan My ComLuv Profile

          • At 2010.07.03 02:54, admin said:

            DIA Maha Adil,mijie…setiap dugaan yang dilalui dengan rasa penuh redha insyaallah ada ‘kemanisan’ yang bakal muncul :)

            itu yang penting,niat kita ke sekolah….sekarang ni aku tengok bukan setakat motor je,yang berkereta pun ramai.

            *basikal adalah pengangkutan utama aku sehingga sekarang*

          • At 2010.07.07 12:38, Dila.13 said:

            huhu.. bro mijie pun memang kental gaks.. buat ape kan nak segan2 naik beskal tua. takkan beskal baru je layak utk ditunggang :)
            Dila.13´s last blog ..Atasi Tabiat Berlengah-Lengah Untuk Freelance Writer My ComLuv Profile

            • At 2010.07.09 01:01, admin said:

              baru atau lama,yang penting basikal sebab lebih baik ada basikal tua dari kena berjalan kaki :)

            • At 2010.07.13 11:12, hafizmd said:

              cool tu bro..
              hafizmd´s last blog ..Fakta dan Statistik Menarik Piala Dunia 2010 My ComLuv Profile

              • At 2010.07.13 12:53, admin said:

                macam yang dila cakap,apa yang nak disegan pulak,hafizmd
                :)

            • At 2010.07.03 02:00, Samdaddycool said:

              Gua tgh bayangkan orang yang kayuh beskal sambil nyanyi kuat-kuat dalam town Muor… :P
              Samdaddycool´s last blog ..SMS minta maaf tak semuanya terjawab My ComLuv Profile

              • At 2010.07.03 02:57, admin said:

                sam,kalau gua menyanyi sambil mengayuh,itu menyusahkan diri gua sendiri namanya – elok-elok tak hujan,kuyup pulak gua….kahkahkah

              • At 2010.07.03 02:55, ardzham said:

                Mengayuh basikal pun satu senaman,menambah sihat tubuh badan tapi “balik rumah aku bedal secukup rasalah” ini akan menambah semula kalori hehehe

                Macam orang pergi jogging, sebelum balik singah warung bedal nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Sedap memang sedap… tapi apa matlamat jogging?
                ardzham´s last blog ..Uric Acid- mee bandung- sambal tempe My ComLuv Profile

                • At 2010.07.03 03:15, admin said:

                  hahaha….bang,saya ni jenis bukan kuat makan sangat cuma sesekali je bedal lebih sikit.

                  tapi kalau ikut perkembangan semasa antara rakan-rakan sekolah dulu,saya masih dikira sihat walaupun kuat merokok…yang lain sudah merasa duduk wad dan menjalani pembedahan.

                • At 2010.07.03 06:06, madlut said:

                  owh..dah lama tak kayuh basikal…aku tengok kanak2 sekolah sekolah…x banyak dah naik basikal..hehe..nikmat dulu naek basikal..ronda tengok kampung, baek untuk kesihatan..haha

                  • At 2010.07.03 13:55, admin said:

                    sekarang ni kalau kat kampung[kampung aku lah]pun nak tengok budak-budak pergi sekolah naik basikal memang jarang nak jumpa dah….semuanya berhantar/beramek dengan motor :)

                  • At 2010.07.03 12:31, donnyien said:

                    Pernah tolak bas……sikal tua..hehe time g sekola rendah..tumpang awek balik. :)

                    • At 2010.07.03 13:57, admin said:

                      hehehe….untunglah badan dapat tumpang awek,donny :)

                    • At 2010.07.03 15:12, kay-N said:

                      haha..kt cni sme komen pasal basikal..=pp basikal ade lagi tak??kenangan manis tu..
                      kay-N´s last blog ..Knight and Day My ComLuv Profile

                      • At 2010.07.03 16:26, admin said:

                        basikal dan diriku tak boleh dipisahkan….pengangkutan utama tu,kay-N :)

                      • At 2010.07.03 19:37, rosyzatie said:

                        Oh itu ke maksud disbalik sangilapi-Sang Gila Api? ingat Sangi-lapi… hekhek..
                        rosyzatie´s last blog ..Memulai hidup baru My ComLuv Profile

                        • At 2010.07.04 04:49, admin said:

                          kehkehkeh….begitulah ceritanya,ros :) ….ermm Sangi-lapi apa maksudnya ?

                        • At 2010.07.04 12:22, suaidah said:

                          wahhh duduk muar kah? sama! :D
                          suaidah´s last blog ..Germany Mara Dengan Gah- Spain Akan Kekal LOSER- My ComLuv Profile

                          • At 2010.07.04 13:08, admin said:

                            yupp,memang asal muar,suaidah :) …lahir kat sini,sekolah kat sini,cari rezeki pernah kat sini…ermmm mati tak tau lagi kat mana…kehkehkeh

                          • At 2010.07.05 11:02, Iman's Umi said:

                            Salam…tabah btl ngayuh basikal, cam sy dlu2, tabah je kayuh basikal, ting 6 atas pn naik beskal lg, org lain sumer naik moto, x pn naik bas…peduli hape, senang smpi umah klu blk sekolah, time jln kaki lak, curi ranting bunga kertas kt tgh2 pembahagi jln, blk tanam, habes dijahanamkn ayam je.
                            Iman’s Umi´s last blog ..Season 3 cute Baby with Toy contest My ComLuv Profile

                            • At 2010.07.05 12:15, admin said:

                              dah itu kemampuan yang ada maka redha je lah,IU :) …lagi satu selagi boleh berjimat selagi itulah kita bercermat.

                              ooo…peminat pokok bunga rupanya :)

                            • At 2010.07.05 14:25, botak said:

                              kalau ade bukit best lah..
                              boleh main lajak..
                              lawan basikal siapa paling lajak..
                              selalunya yg naik choper la menang..
                              mountain bike dgn bmx bertuahla kalau mng..
                              kena seting sikit kat bhg ball bering dia tu
                              botak´s last blog ..1st half-gt2nd half- no BREAK- My ComLuv Profile

                              • At 2010.07.05 16:08, admin said:

                                turun bukit memang bestlah kalau kena daki bukit?
                                kalau aku dulu jangan kata bukit kena lawan angin ketika mengayuh – merengkek beb ! :(

                              • At 2010.07.07 12:35, Dila.13 said:

                                whoa.. kayuh basikal sampai kereta pun takut kena langgar :P saya nak berbasikal pun pinjam2 dgn kawan2. tak penah ada basikal wlpn masa kecik. sedey nyeee :(
                                Dila.13´s last blog ..Atasi Tabiat Berlengah-Lengah Untuk Freelance Writer My ComLuv Profile

                                • At 2010.07.09 01:05, admin said:

                                  kelajuan yang teramat laju,dila :) …selalu jugak kena kutuk kalau lalu depan warung,dorang akan keluar beramai-ramai sambil tepuk tangan kononnya tengok acara lumba basikal….kahkahkah

                                • At 2010.07.09 00:27, zik said:

                                  lama tak naik beskal nie… habis belajau lepas nie.. duk kg.. betulkan beskal.. pastu pegi mejid naik beskal la…
                                  berjimat amalan yang bagus…
                                  zik´s last blog ..Andrew Zimmern tewas dengan Buah durian My ComLuv Profile

                                  • At 2010.07.09 01:07, admin said:

                                    kalau nak ke masjid lebih afdal jalan kaki,zik :) …banyak kelebihannya !

                                  • At 2010.07.13 11:13, hafizmd said:

                                    pasti byk ganjarannya bagi orang yg bersabar..

                                    teringat juge mase kecik2 dulu..kayuh basikal tua ke sekolah..siap kene sound2 lagi..pe aku kisah..
                                    hafizmd´s last blog ..Fakta dan Statistik Menarik Piala Dunia 2010 My ComLuv Profile

                                    • At 2010.07.13 12:55, admin said:

                                      bersabar memang ada ganjarannya :) …tapi yang penting redha.

                                      hidup dengan kemampuan sendiri[yang termampu] adalah yang terbaik,hafizmd :)

                                    • At 2010.07.26 15:23, khairolghani said:

                                      dah lama tak naik basikal..dulu masa kecik,ke mana2 pun ngan basikal..
                                      khairolghani´s last blog ..Majlis Solat Hajat My ComLuv Profile

                                      • At 2010.07.26 19:51, admin said:

                                        aku sampai sekarang masih mengayuh,kay…senang dan ringkas tapi memang orang akan memandang dengan sinis….kahkahkah

                                      (Required)
                                      (Required, will not be published)
                                      CommentLuv Enabled
                                      [close]
                                      © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                                      Design by: Yoshz Themes