tanda perkenalan

admin | sembang-sembang | August, 10 2010 | 64 Comments

Ketika keanehan mula melanda diri aku,persahabatan yang terjalin antara aku dan Abug semakin mesra.Senang cakap cerita aku ada dalam poket Abug,cerita Abug dalam poket aku.Kalau sebelum ini,aku banyak menegur kesilapan Abug,kini giliran Abug pulak menasihati aku.Tak dinafikan jasa Abug memang besar dalam hal ini.

Apa yang berlaku pada diri aku? Begini kisahnya.Walaupun kekecohan sebelum ini sudah reda namun bagi kelasi yang selorong dengan kabin aku[lorong menuju ke kabin masing-masing] kerap ternampak akan kelibat ‘seseorang’ berhampiran dengan pintu kabin aku.Abug sendiri beberapa kali mengalami perkara ini.

Aku pula selain dari bermimpi,seingat aku akan ada satu tanda bila keadaan aneh itu akan berlaku.Rasa mengantuk datang secara tiba-tiba[mata macam dah nak terkatup] walaupun ketika itu belum waktu tidur aku atau badan aku keletihan.Selalunya kalau duty aku bermula 8 pagi hingga 12 tengahari[4 jam] aku jarang menyambung kerja lebih masa.

Aku akan balik ke kabin.Tanpa mandi dan makan,aku akan melayan ‘dunia pen dan kertas’ aku[selama 8 jam] sehinggalah aku kembali duty untuk 4 jam berikutnya.Hari itu,sebaik aku melangkah menuju ke kabin,mata aku terasa benar-benar mengantuk.Sebelum aku merebahkan badan ke katil,sempat aku tanggalkan overall dan telinga aku dapat menangkap bunyi dari radio kecil Abug yang memang sentiasa terpasang.

Sebaik sahaja,aku merebahkan badan dan mata semakin layu,gegendang telinga aku menangkap suatu bunyi desingan dan ketika itu jugaklah aku merasakan badan aku begitu ringan.telinga aku masih dengar akan desingan dan bunyi radio itu.Aku seolah-olah melayang keluar dari kabin,melalui lorong kabin akhirnya menuju ke ruangan di atas dek[ketika ini aku hanya mendengar bunyi desingan].

Sebelum itu,beberapa hari sebelumnya ketika aku sedang merehatkan badan sambil menghirup udara malam di ruangan atas dek itu,aku terpandangkan suatu perkara pelik-seolah-olah sebuah pulau diterangi cahaya yang berkelip-kelip dan kedengaran bunyi hiruk-pikuk[bising yang aku tak tau nak gambarkan].Okay sambung balik cerita badan aku ringan melayang tadi.

Dari atas dek itu tiba-tiba aku sudah menjejakkan kaki[kejadian ini berlaku dengan pantas] di pulau yang aku pernah nampak sebelum ini.Suasananya? Begitu kelam[bukan gelap malam] dan telinga aku dapat mendengar sayup-sayup bunyi angin menderu.Ketika ini aku seolah-olah sedang berbicara dengan ‘seseorang’.

Tanpa aku melihat susuk tubuhnya mahupun mendengar akan suaranya tapi aku seolah-olah sedang ‘berbicara’.Perbualannya seperti ini,” Inilah tempat saya dan saya harap awak sudi singgah sebentar” kata ‘seseorang’ itu.Dan aku membalasnya ” saya tak boleh singgah sebab saya rasakan ini alam yang lain”

Ketika itu bunyi desingan itu kembali datang dan diiringi dengan bunyi radio kecil Abug tu.Dan bila aku dapat merasakan aku sedang berbaring di atas katil barulah aku membuka mata perlahan-lahan.Abug sudah tercegat di sisi katil dengan wajah pucat ! Kenapa ?

*Ketika aku menaip entry ini suasana di luar membuatkan aku kurang selesa.Angin bertiup kuat,mahu hujan mungkin! Aku terpaksa berhenti di sini,tingkap bilik sebelah pulak terbukak gara-gara angin kuat tadi.Sebenarnya sehingga sekarang aku tak boleh dengar deruan angin,mudah benar perasaan  aku hanyut…….*

Mungkin Sam boleh sahkan cuaca yang aku gambarkan pada pukul 4:51 pagi ini.Ya Sam ! Bagaimana keadaan cuaca di rumah lu ketika ini ?[4:53 pagi]

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

64 Comments

  • At 2010.08.10 08:04, muhammad said:

    kenapa? argh..sambung lak..

    • At 2010.08.10 15:10, admin said:

      macam biasalah,CD :)

      *kesukaran nak komen tu,aku sendiri kena-payah betul nak reply komen*

    • At 2010.08.10 08:47, bujang3 said:

      macam kat alam ghaib pulak…. kenapa tak buka mata masa dah sampai kat pulau tu…. boleh tengok keadaan sekeliling !!!

      p/s : bro… aku rasa ko kena renew gak “lesen” blogging ko tu… kalau tak, nanti citer ni tergantung plak !!!!
      bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!! My ComLuv Profile

      • At 2010.08.10 15:28, admin said:

        dah memang alam ‘sana’ pun dan aku memang bukak mata semasa di’pulau’ itu,bujang :)

        *jawapannya jam 11:59 pm nanti*

        • At 2010.08.11 00:30, bujang3 said:

          apa dah jadi !!! sekarang dah 12.29 am !!!!
          bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!! My ComLuv Profile

          • At 2010.08.11 00:54, admin said:

            kalau boleh jumpa blog aku tu kira bernyawalah dia,bujang cuma tak berseri je :)

            • At 2010.08.11 02:14, bujang3 said:

              kenapa tak berseri pulak joe… ko ada masalah ker ??? Nak share ker ??? Mana tau kalau-kalau boleh bantu dari nasihat ker…
              bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!! My ComLuv Profile

              • At 2010.08.11 02:49, admin said:

                kalau nanti bersawang[tak update] mana nak berseri lagi,bujang :)

                masalah? aku sekadar dah tak boleh nak aktif macam sebelum-sebelum ni je….ada urusan yang lebih penting :)

                kalau ada pun nanti sekadar live blogging je…kisah perjalanan aku dalam menyelesaikan urusan tersebut :)

                *apapun terima kasih bertanya :) *

    • At 2010.08.10 08:52, bujang3 said:

      ops @!!! sebelum terlupa… esok dah puasa… SELAMAT BERPUASA !!!

      Tenangkan hati dan perasaan…jangan gusar kerana setiap yang berlaku di sekeliling kita pasti ada hikmahnya… InsyaAllah !!!!
      bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!! My ComLuv Profile

      • At 2010.08.10 15:25, admin said:

        sama-sama kita menghayati amalan puasa itu,bujang :)

        *redha itu perlu dalam kehidupan kita*

      • At 2010.08.10 10:21, etomyam said:

        alamak udah stop tergantung la pulak…baru nak tahu kenapa. hehehe. selamt berpuasa bro joe :D
        etomyam´s last blog ..Bufet Ramadan@Taman Ekuestrian Putrajaya My ComLuv Profile

        • At 2010.08.10 15:33, admin said:

          haha….biasalah tu bro,kena sambung-sambung :)

          marilah kita menghayati puasa dalam ertikata sebenar.

        • At 2010.08.10 11:00, muhammad said:

          komen xkuar..ngee

          kenapa? bersambungg,,

          • At 2010.08.10 15:31, admin said:

            ada masalah dengan blog aku ni agaknya :(

          • At 2010.08.10 11:19, zik said:

            aisey …ke alam lain… selamat berpuasa… :-)
            zik´s last blog ..Sms kreatif ramadhan My ComLuv Profile

            • At 2010.08.10 15:36, admin said:

              yupp,ke suatu alam yang berbeza getaran gelombangnya

              moga puasa kita diterima,zik :)

            • At 2010.08.10 13:31, mijie said:

              bro joe dah selangkah ke alam misteri ni, nanti jgn lupa sambung ini cerita, bab suspen sudah nampak bunga bunganya
              mijie´s last blog ..Klinik Putrajaya again My ComLuv Profile

              • At 2010.08.10 15:47, admin said:

                dulu pada gua ia suatu misteri kini tidak lagi mijie namun pada sesetengah kes,gua masih diselubungi misteri :)

              • At 2010.08.10 19:35, boy_bersahaje said:

                meremang bulu kawan lagi. ni dah masuk 3x bro kawanye bulu naik hehehehe

                • At 2010.08.11 00:56, admin said:

                  kahkahkah…apasal meremang pulak bulu roma tu,boy ?…ni kisah cintan-cintun ni :)

                • At 2010.08.10 22:36, Dila.13 said:

                  OK, biar saya teka.. masa Abug sampai kat pintu kabin dia nampak ‘seseorang’ tu duduk dekat dgn bro Johari?? atau.. dia nampak Bro Johari meracau-racau tak tentu hala masa tidur?? jeng jeng jeng..
                  Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2 My ComLuv Profile

                  • At 2010.08.11 01:00, admin said:

                    senang cakap Abug ingat saya dah ‘kejung’,dila :) …selanjutnya entry berikutnya sebagai jawapannya.

                • At 2010.08.10 22:42, adamfaiz said:

                  Citer seram la plak..cam Alfred Hitchcock
                  adamfaiz´s last blog ..Jodoh Di Batang Pokok My ComLuv Profile

                  • At 2010.08.11 01:02, admin said:

                    antara rencah kehidupan yang aku lalui,adam :)

                  • At 2010.08.10 23:34, HidrogeN said:

                    waahhh..

                    jangan biarkan diri anda diselubungi…MISTERI..
                    HidrogeN´s last blog ..Kandungan Mineral Air Nano Hidrogen My ComLuv Profile

                    • At 2010.08.11 01:03, admin said:

                      hidup itu sendiri sebenarnya suatu misteri yang perlu dirungkaikan,H :)

                    • At 2010.08.11 01:13, zik said:

                      kat laut lain dia punya cabaran… hush.. nak lari mana kalau bendalah tuh kacau… terjun laut la jawabnya..
                      zik´s last blog ..Sms kreatif ramadhan My ComLuv Profile

                      • At 2010.08.11 02:58, admin said:

                        kahkahkah….benda tu bukan nak kacau,zik :) ….’dia’ nak berkenalan je

                      • At 2010.08.11 02:11, bujang3 said:

                        ko tau.. bila aku buka blog aku tadi (jam 2.06 am), ternampak komen dari ko.. cepat-cepat aku buka blog RezekiMurah nie… excited nak tengok perkembangan kat blog ko… so.. bermakna ko dah sambung “lesen” blogging ko tu la yerr !!! hmm!! Sayabas bro !!! ramai yang tertunggu-tunggu new post dari ko !!!
                        bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!! My ComLuv Profile

                        • At 2010.08.11 02:56, admin said:

                          ‘lesen’ tu aku dah sambung awal-awal lagi[8/8/2010],bujang….kahkahkah

                          • At 2010.08.11 20:27, Dila.13 said:

                            laaaa.. saja je ek buat cuak semua orang kat sini.. aduiyaiii..
                            Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2 My ComLuv Profile

                            • At 2010.08.11 21:12, admin said:

                              sebenarnya memang sayangkan domain ni,dila :)

                              *kalau ikut perancangan asal memang saya sudah tiada masa untuk berblogging lagi tapi disebabkan dah dua kali tertunda perancangan itu maka blog ni masih diupdate :) *

                              • At 2010.08.13 14:21, Dila.13 said:

                                takpe.. bila perancangan tu dah on, blogging di RM masih tak boleh ditinggalkan. kesian pembaca semua.. huhuhu :)
                                Dila.13´s last blog ..Buang Bayi Jadi Kes Bunuh Bayi My ComLuv Profile

                                • At 2010.08.13 19:58, admin said:

                                  yang itu sukar mahu ditentukan,dila :)

                                  mungkin sekadar layan live blogging boleh kot dipertimbangkan.

                      • At 2010.08.11 02:58, sinagarimba said:

                        ni dah cerita seram ni. nasib baik bulan nie semua hantu dah kena tambat. tak la seram sangat
                        sinagarimba´s last blog ..Cek Ranking Nafsu Kita My ComLuv Profile

                        • At 2010.08.11 03:01, admin said:

                          haha….tenang-tenang je SNR :)

                        • At 2010.08.11 03:01, sinagarimba said:

                          macam baca cerita tamar jalis jer. cerita yang bagus
                          sinagarimba´s last blog ..Cek Ranking Nafsu Kita My ComLuv Profile

                          • At 2010.08.11 03:05, admin said:

                            tamar jalis tu otai cerita seram,pengalaman yang dilaluinya sendiri[80%]…khabarnya orangnya pun memang kelihatan misteri jugak :)

                          • At 2010.08.11 03:01, sinagarimba said:

                            misteri-misteri gak.
                            sahur jangan lupa bro
                            sinagarimba´s last blog ..Cek Ranking Nafsu Kita My ComLuv Profile

                            • At 2010.08.11 03:08, admin said:

                              sahur tu dilewat-lewatkan agar dapat berkatnya,SNR lagipun baru pukul 3:07 pagi :)

                            • At 2010.08.11 03:45, Samdaddycool said:

                              Sekarang baru kul 3.43 am.. jap lagi nak sahur, kat luar bunyi lori lalu lalang sambil ayam berkokok-kokok.. cuma anjing je senyap tak buat bising malam ni.. hehehehe
                              Samdaddycool´s last blog ..Selamat Berpuasa dan terima kasih My ComLuv Profile

                              • At 2010.08.11 05:42, Dila.13 said:

                                malam tadi masa nak tidur kol 2 pagi pun saya dengar anjing dok menyalak.. punye la susah nak paksa tidur sebab nak sahur kol 5 tu :P
                                Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2 My ComLuv Profile

                                • At 2010.08.11 14:30, admin said:

                                  kehkehkeh…..sekarang ni lebih baik takutkan hantu kepala hitam sebab setidak-tidaknya hantu yang real tu tak de lah nak merompak atau menyamun manusia,dila :)

                                • At 2010.08.11 14:27, admin said:

                                  sam,lu tak tau ke ‘puak-puak mereka’ ni dah rasuah tulang kat anjing tu?….maklumlah makanan dorang lebih kurang sama je !

                                  • At 2010.08.11 16:03, Samdaddycool said:

                                    ooo. pasal rasuah anjing tu tak buat bising ek…. hihihiiiiiii (seraaammmm)

                                    setakat ni gua punya hijab tak pernah dibuka utk lihat makhluk halus.
                                    Samdaddycool´s last blog ..Selamat Berpuasa dan terima kasih My ComLuv Profile

                                    • At 2010.08.11 17:57, admin said:

                                      hahaha…lebih kurang macam tu le,sam :)

                                      tak terbukak pun tak pe,buat menyusah je nak menyesuaikan diri,sam :)

                                • At 2010.08.11 09:49, zezebel said:

                                  Maaaaak….
                                  cerita macam cerita hantu jer. *seram*…. :(
                                  zezebel´s last blog ..Wordless Wednesday- What happen My ComLuv Profile

                                  • At 2010.08.11 14:22, admin said:

                                    hahaha….hantu yang sopan santun sehingga saya terpikat :)

                                  • At 2010.08.11 12:21, mijie said:

                                    bang joe kalau nak buat live blogging nanti aku boleh tolong setupkan
                                    mijie´s last blog ..Pertandingan SEO Hidup Seorang Blogger My ComLuv Profile

                                    • At 2010.08.11 14:24, admin said:

                                      mijie,kalau lu tak menawarkan diri pun,memang dah tentu gua cari lu :)

                                      apa pun terima kasih di atas kesudian itu :)

                                      • At 2010.08.11 18:21, bujang3 said:

                                        live blogging tu cam ner plak.. apa beza ngan blog yang sedia ada ???
                                        bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!! My ComLuv Profile

                                        • At 2010.08.11 19:25, admin said:

                                          bujang,ko masuk blog mijie nanti ko nampak kategori live blogging :)

                                          biasanya LB ni tak de entry panjang-panjang,ada gambar dan sikit entry terus publish.

                                    • At 2010.08.13 14:32, Dila.13 said:

                                      live blog tu ala2 kite post short entry macam nak tunjuk status kite ke Bro Mijie.. ni first time dengar ni.. tengok demo kat internet tadi macam menarik.. posting semua auto ala2 itinerary gitu. ke, saya salah :P
                                      Dila.13´s last blog ..Buang Bayi Jadi Kes Bunuh Bayi My ComLuv Profile

                                      • At 2010.08.13 20:03, admin said:

                                        sementara tunggu mijie jawab biar saya mencelah :)

                                        lebih kurang gitu le,dila….pasal dah tengok demo kan? :)

                                    • At 2010.08.12 00:34, tehr said:

                                      bagaimana la puasa atas kapal
                                      dah tentu tiada bazar ramadhan

                                      • At 2010.08.12 03:21, admin said:

                                        hahaha….mana nak korek bazar atas kapal,tehr :) ….puasa atas kapal? yang pasti terhindar dari memandang yang bukan-bukan sebab semuanya jantan!

                                      • At 2010.08.14 13:12, khairolghani said:

                                        pergh..seram beb..tapi bersambung la pulak..suspen sungguh..
                                        khairolghani´s last blog ..Plastik hitam berisi dosa My ComLuv Profile

                                        • At 2010.08.14 17:42, admin said:

                                          bersambung tu adatlah,kay :) …tapi entry berikutnya dah ada pun.

                                        • At 2010.09.18 13:12, sunglasses said:

                                          salam
                                          maaf bro keja apa eh?
                                          ada kaitan dengan kelasi..
                                          sunglasses´s last blog ..Used ray ban My ComLuv Profile

                                          • At 2010.09.18 16:39, admin said:

                                            bukan setakat ada kaitan dengan kelasi,memang kelasi pun,SG :) …ini kisah lama.

                                          (Required)
                                          (Required, will not be published)

                                          CommentLuv Enabled
                                          © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                                          Design by: Yoshz Themes