tanda di tubuh

admin | sembang-sembang | June, 15 2010 | 42 Comments

mentera semerah padi

1970 bulan Mei.

Lahir seorang bayi lelaki dalam sebuah keluarga yang sudah punya 12 orang cahaya mata.Dilahirkan pada hari yang digelar penghulu hari.Terus diberi nama Jauhari.Moga menjadi permata dalam keluarga ini.Namun ada mata-mata yang memerhati dari sudut lain.Pandangan dari seorang nenek kepada bayi tersebut.

Jauh Hari itulah dua perkataan yang digabung menjadi satu – menjadi sebuah nama.Dilahirkan ketika hari sudah jauh – sudah mahu bertukar hari,hujung-hujung waktu asar[tetapi masih dalam waktu asar].Agaknya bayi itu ingin mengambil berkat penghulu hari…..kihkihkih.

Dari firasat nenek itu,bayi ini ‘serba jauh’.Berpandangan jauh dan melangkah jauh ke depan.Namun ! Sekiranya didikan yang diberi kurang sempurna maka bayi ini bakal menjadi manusia paling jahat ! [lahir ketika hampir senja - setan-setan berkeliaran,silap-silap perangai pun memang macam setan ! Hahaha] Kalau sudah jauh dari agama,korang fikirlah sendiri !

Berkali-kali si nenek ini,mencongak-congak dalam “bintang 12″.Sukar benar mahu ditebak[dijangka] akan bayi ini.Kalau diikut-ikutkan seharusnya bayi ini sewajarnya diserahkan pada seseorang untuk dipelihara….hahaha.Namun ibu dan abah enggan berbuat demikian.Terpaksalah buat adat ‘menebus’[diambil semula setelah diserahkan]

Menurut si nenek ini kalau zaman-zaman moyang-moyangnya dulu.Bayi yang bertanda seperti ini suka benar dipelihara sebagai anak angkat oleh pendekar-pendekar,panglima-panglima,hulubalang-hulubalang.Sebab apa ? Sebab watak pembunuh begitu senang dibentuk dalam jiwa bayi tersebut,berdasarkan tanda di tubuh itu – tiada sifat belas kasihan !…..hahaha.

” Ko tunggulah budak ni besar sehingga 7 tahun ,tengok perangai dia macam mana ” kata nenek itu pada anak lelakinya[abah aku].Maka membesarlah bayi itu dengan keluarga kandungnya.Kalau si bayi ini menangis,memang ‘pekaklah’ telinga orang yang mendengarnya – betul punya menangis !

Tapi kalau si bayi ini diam,ibu pulak kerisauan,sakit ke bayi ni? Mendiamkan diri sebegitu.Ibu yang sudah melahir,membela anak yang seramai 12 orang sebelum ini,mula terasa akan kelainan semasa menjaga bayi bongsunya ini.Bila semakin membesar,bayi ini mula sakit-sakit yang tidak tahu puncanya.

Akhirnya bayi ini sihat kembali setelah serasi dengan panggilan yang diberi.Senjo diberi gelar – setelah abah bermimpi beberapa kali.Bayi ini tidak suka didukung kalau didukung memang melalaklah dia dengan nyaring.Kalau dibiar dalam buaian kain,senyaplah akan dia.Si nenek berkata,itu tanda bayi ini suka menjauhkan diri – suka bersendiri.

Membela akan bayi ini memang menduga kesabaran pada sesiapa yang menjaganya.Kakak-kakaknya sudah puas mengadu pada si ibu ” Mak,susahlah nak jaga Senjo ni “….hahaha.Budak ini tak suka dikongkong.Suka lepas bebas.Puas jugak kakak-kakaknya mengadu sakit-sakit badan bila budak ini membalas perbuatan si kakak yang suka mencubit atau memukulnya……hahaha.

Bila membesar,budak ini sering dianggap sebagai budak jahat yang suka membuli rakan sebaya.Kerap benar jiran-jiran mengadu pada abah yang budak ini memukul anaknya dengan teruk.Berkali-kali budak ini menerangkan pada abahnya, bahawa dia sekadar bergurau dengan teman-teman sepermainan.

Dalam keluarga yang sering menjadi mangsa pada budak ini ialah abangnya,yang nombor 7 tu.Sikit-sikit mengadu pada ibu yang budak ini memukulnya,akhirnya dapatlah abangnya gelaran Lembik….hahaha.Perkembangan ini cukup  merisaukan abah.Si nenek bilang tangan budak ni,tangan jenis membunuh !

Kalau botol susu[nama je botol susu tapi guna air gula tebu],banyak yang sudah pecah dikerjakan budak ni….hahaha.Oh ya ! budak ini agak lambat berpisah dengan botol tu.Selain itu,ibu memang suka membela kucing,memang banyak betul kucing-kucing di rumah dan banyak jugak kucing yang mati di tangan budak ini[PADA  KUCING-KUCING TERSEBUT,AKU MINTAK MAAF DI ATAS 'KEGANASAN' YANG AKU LAKUKAN SEKETIKA DULU]

Pada Sam,itulah sedikit gambaran apa yang berlaku pada malam itu hasil kerja tangan  aku….hahaha

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

42 Comments

  • At 2010.06.15 14:10, etomyam said:

    wah best tu minum air tebu dalam botol susu….memang nostalgia tu, hahaha tangan ‘panas’ banyak nyawa kucing melayang :D
    etomyam´s last blog ..Bandwidth Red Alert World Cup Punya Pasal My ComLuv Profile

    • At 2010.06.15 18:02, admin said:

      bro,air gula tebu daaa[air gula melaka]

      bukan sengaja nak membunuh kucing-kucing tu :)

    • At 2010.06.15 14:16, TSPR said:

      Hahaha…cerita kita ada persamaan la…cuma kelahiran saya ada tambahan sikit, lahir pada waktu maghrib (kira dah waktu malam), pada malam deepavali dan disambut oleh doktor India bernama Dr Kumalam.

      Patut la saya temui Jauhar Tanafus 2 di sini… tak sangka pula nama saudara Jauhar. Ilham melabelkan Jauhar Tanafus 2 spontan dr minda selepas menyempurnakan karya bertajuk Jauhar Tanafus 1.

      Nampaknya entri ttg jejak salasilah saudara dah mula nampak sinarnya…seperti kilauan butiran batu-batu jauhar =)

      • At 2010.06.15 18:15, admin said:

        TSPR,malam pesta cahaya disambut oleh Dr.Kumalam :)

        Karya JT 1 tu dalam bentuk lukisan atau dalam bentuk apa ?
        tapi dalam surat beranak ditulis Johari.

        *kenapa link pada nickname ‘dimatikan’*

        • At 2010.06.15 21:51, TSPR said:

          Karya Jauhar Tanafus 1 diterjemah secara visual (karya catan)…karya abstrak (lihat tajuk Catan: Eksperimentasi Jalinan). Secara jujurnya, saya pernah tergerak untuk menghasilkan karya abstrak bertajuk “Misteri Si Sangilapi” InsyaAllah ada ruang dan kesempatan saya sempurnakan ilham yang terbit dari minda…

          Tentang “link pada nickname ‘dimatikan’” saya tak faham maksudnya (maklumlah…kurang celik bab IT ni) Cuma yang saya perasan bilamana di bawah komen saya tidak tertera latest post seperti mereka yang lain. Apakah itu yang dimaksudkan saudara?

          • At 2010.06.15 23:12, admin said:

            ooo…sebuah lukisan rupanya :)
            macam manalah nanti karya MSS tu dilukiskan ye.

            secara mudahnya,bila dihalakan arrow,link tu sepatutnya keluar link blog TSPR :) [cuba tengok pengomen yang lain – kena betulkan semula semasa nak berkomen}

            mungkin kalau sudah dibetulkan,baru keluar akan latest post tu :)

            *saya pun bukan celik sangat…hahaha*

      • At 2010.06.15 14:52, mijie said:

        huhuhu tangan pembunuh…sebenarnya tangan si tukang kasut yg hebat

        p/s : tarikh abg joe 8 mei 1970 ke? huhuhuh
        mijie´s last blog ..Google pun demam bola piala dunia 2010 juga My ComLuv Profile

        • At 2010.06.15 18:20, admin said:

          sukar dijangka,mijie….dua-dua jenis boleh jadi :)

          *mungkin :) *

          • At 2010.06.15 21:52, mijie said:

            huhuh kalau tak 8 mei, mesti 15, 22 ataupun 29 takpun 1 mei, hihihih
            mijie´s last blog ..Google pun demam bola piala dunia 2010 juga My ComLuv Profile

            • At 2010.06.15 23:14, admin said:

              hahaha…dalam FDB ada daaa,mijie :)

              tengok kalendar 1970 ye ?…hahaha

              • At 2010.06.16 08:24, mijie said:

                heheheh FDB tu facebook ke, hehehe
                mijie´s last blog ..Google pun demam bola piala dunia 2010 juga My ComLuv Profile

                • At 2010.06.16 10:41, admin said:

                  yolah FDB tu facebook,mijie….ijad nampak memang lu kena gantung keahlian….hahaha

                • At 2010.06.16 17:26, mijie said:

                  apa pasal mau gantung keahlian, huhuhu aku tak faham ni abg joe
                  mijie´s last blog ..Google pun demam bola piala dunia 2010 juga My ComLuv Profile

                • At 2010.06.16 17:27, mijie said:

                  oh ok2 sudah faham, tadi tak terfikir ke situ….pendek betul akal ku…sorry abg joe
                  mijie´s last blog ..Google pun demam bola piala dunia 2010 juga My ComLuv Profile

                • At 2010.06.16 23:11, admin said:

                  @mijie….hahaha,keahlian digantung ? peserta SSB tak tau FDB…lawak betul la lu,mijie :)

                • At 2010.06.16 23:13, admin said:

                  @ mijie,nasib baik boleh ingat tentang FDB,tu lah dah lama sangat tak masuk kat situ :)

      • At 2010.06.15 22:00, Liyana said:

        hhahha..gila kejam kecik2 dulu.. kesian kucing2 tu..
        jenuh agaknya mak nak belikan botol baru.. ^^
        Liyana´s last blog ..Perjalanan Pendek (3 Hari & 2 Malam) My ComLuv Profile

        • At 2010.06.15 23:17, admin said:

          bukan kejam daaa,liyana…..cuma anak kecil yang belum cukup akal :)
          abis botol susu tu macam botol mineral je – ‘nipis’ je

          terima kasih sudi singgah dan meninggalkan komen :)

          • At 2010.06.16 11:48, Liyana said:

            hahaha.. nasib baik kecik2 dulu saya ni baik..

            padahal kalu da menangis tak ingat dunia..
            Liyana´s last blog ..Perjalanan Pendek (3 Hari & 2 Malam) My ComLuv Profile

            • At 2010.06.16 23:15, admin said:

              semua budak kecik baik lah,liyana :)

              menangis tu kan bakat budak kecik :)

        • At 2010.06.16 00:30, TSPR said:

          testing….

          • At 2010.06.16 00:36, admin said:

            ok… dah ok :)

          • At 2010.06.16 00:36, TSPR said:

            testing lagi…

            • At 2010.06.16 00:42, admin said:

              haha…entry yang baru masih tak keluar :)

              • At 2010.06.16 13:00, Dila.13 said:

                Mungkin puan TSPR tak ‘tick’ dekat bawah button “Say It!” yang ade commentluv tu kot.. tp kalau dah klik tak keluar jugak, tak dapek den nak nolong :)
                Dila.13´s last blog ..Belajar Cara Buat Duit Dengan Mudah.my My ComLuv Profile

                • At 2010.06.16 23:16, admin said:

                  harap TSPR,dapat mencuba petua dari dila ni :)

            • At 2010.06.16 09:59, adamfaiz said:

              Agak ganas (kepada kucing) masa kecik…same gak cam aku…hehehee..putus ekor kucing aku gigit.
              adamfaiz´s last blog ..Percutian Yang Tak Menjadi My ComLuv Profile

              • At 2010.06.16 10:41, admin said:

                nama pun budak….macam tu lah gayanya,adam :)

                • At 2010.06.16 11:49, Liyana said:

                  lagi best.. sampai putus ekor.. mesti da kontot ey ekor kucing tu..
                  hidup lgi ke? ^^
                  Liyana´s last blog ..Perjalanan Pendek (3 Hari & 2 Malam) My ComLuv Profile

                  • At 2010.06.16 23:18, admin said:

                    hahaha….kena tunggu adam menjelaskannya,liyana :)
                    mesti dah tak hensem kucing tu.

                • At 2010.06.16 12:08, khairolghani said:

                  tak pernah lagi ganas pada kucing..setakat tolak2 ada la..
                  khairolghani´s last blog ..Tendangan Comel Si Kecil My ComLuv Profile

                  • At 2010.06.16 23:19, admin said:

                    aku pun tak ganas,kay…cuma ‘belai-belai’ je :)

                  • At 2010.06.16 12:54, Dila.13 said:

                    adeh.. keganasan ke atas kucing.. nasib baik dah beso sayang kat diorg pulak. hehe.. wah, memang kuat melibas dan panas baran ye Bro Johari ni.. bahaya nih!
                    Dila.13´s last blog ..Belajar Cara Buat Duit Dengan Mudah.my My ComLuv Profile

                    • At 2010.06.16 23:21, admin said:

                      menebus kembali akan kesilapan lalu,dila :)

                      panas baran? memang ! tapi bertempat :)

                    • At 2010.06.16 13:05, sufian said:

                      senja api = sangilapi?

                      • At 2010.06.16 23:21, admin said:

                        sangilapi= sang gila api :)

                      • At 2010.06.16 13:08, Nadri said:

                        zaman dahulu kala botol susu mmg pakai botol kaca..mmg confirm byk pecah kalau bayi tu ganazzz..
                        Nadri´s last blog ..SteamBoat Dataran Punya Penangan My ComLuv Profile

                        • At 2010.06.16 23:24, admin said:

                          bro,botol susu yang jahanam tu dibuat dari damo(campuran plastik dan kaca)[tak tau nak eja] :)

                          bukan ganas,botol susu tu yang tak de kualiti…hahaha

                        • At 2010.06.22 11:38, botak said:

                          haha bro ni kalau marah pastu jadi hijau mesti org lari bertempiaran..isk aku ni bnyk terpengaru dgn tv laa
                          botak´s last blog ..teenagers spendings My ComLuv Profile

                          • At 2010.06.22 20:17, admin said:

                            sempat lari kira nasib baiklah,botak :) …yang malang tu kalau tak sempat lari…hahaha

                          • At 2010.07.03 04:23, Samdaddycool said:

                            Sama la kita dulu zaman kecik2 pernah aniaya kucing… (mintak ampun kucing.. kat akhirat jangan dakwa akuuuu..)
                            Samdaddycool´s last blog ..SMS minta maaf tak semuanya terjawab My ComLuv Profile

                            • At 2010.07.03 05:01, admin said:

                              sam,gua mana aniaya kucing tu…gua mungkin terlebih ‘belai’ je :)

                              baik-baik sam,kucing tu dah lah kesayangan nabi…kihkihkih

                            (Required)
                            (Required, will not be published)

                            CommentLuv Enabled
                            © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                            Design by: Yoshz Themes