suara nai
Perlahan-lahan aku aku capai beg sandang aku.Keluarkan barangan yang aku perlukan.Kemas susunan dalam beg itu.Hasil tangan Nai menyusun.Aku capai beg pinggang berwarna hijau,tarik zipnya keluarkan sebuah walkman.Bateri sudah siap terpasang.Kaset mana satu yang hendak didengar? Kesemua cover kaset adalah gambar-gambar Nai,yang digunting kemudian diselitkan dengan kemas.
Aku pilih kotak kaset gambar Gong dan Tok bersama Nai.Aku pun tak tahu kenapa aku pilih kaset yang itu.Aku sumbat earphone ke gegendang telinga.Tekan punat play.Mula mendengar dengan teliti.Terdengar suara halus lagi lembut Nai menegur Gong agar jangan membuli Tok.Aku senyum.
Nai memulakan bicara hati.Tersusun ayat-ayat yang diucapkan tapi cuma seketika.Nai mula tersedu-sedan.Beberapa minit baru Nai bersuara kembali tapi serak-serak namun masih lunak pada telinga aku yang mendengar.Nai meminta maaf kerana luahan ini mungkin membuatkan aku kurang selesa.Ada benarnya jugak.Aku dah malas untuk mengenang kembali semua itu.
Aku tekan punat stop.Memejamkan mata.Fikiran melayang jauh.Teringat pesanan aruah Tok Atan,Kak Pah yang sedang menanggung derita penyakit misteri,terbayangkan kaki lima tempat aku mencari rezeki.Kemudian aku sedikit terkejut bila menyedari ada jari yang mencuit-cuit bahu aku.
Aku buka kelopak mata perlahan-lahan.Tercegat Abug di sisi katil.” Kau tak nak melantak ke ? ” Abug bersuara,wajah yang penuh berselera untuk menjamah juadah.Yelah kepala dah ‘penuh’ memang sedaplah melantak.Melihatkan aku kurang bersemangat,Abug membebel memberi nasihat.Lagak bagai seorang pakar motivasi !
Akhirnya aku berdekah ketawa.Ya ! Baru aku perasan aku dah lama tak ketawa sebegini.
Sedikit info pasal kaset yang Nai rakamkan suaranya.Kesemua kaset itu telah bertukar menjadi suara lelaki ! Sebab anak saudara aku dengan penuh gigih merakam lagu-lagu yang berkumadang di radio sikit masa dulu.Seingat aku salah satu lagu yang dirakam adalah lagu biar putih tulang dendangan kumpulan Dinamik.
” Pak Joe suara Nai ni memang bestlah ! ” ujar anak saudara aku menyebabkan aku tersenyum lebar kemudian senyuman itu bertukar menjadi senyuman paling kelat setelah mengetahui Nai yang dimaksudkan itu adalah Nai vokalis kumpulan Dinamik !
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



sayang jugak habis suara asal tu…tinggal dinamik lap pulak

etomyam´s last blog ..Dari Blogger Ke Penjual Kacang
suara yang disimpan lenyap begitu sahaja !
….sukar digambarkan dengan kata-kata,bro.
abg joe, kejap sangat crite pasal nai…cte la lebih sikit
kehkehkeh…..alon-alon,boy!:)…selagi aku punya masa untuk update blog ni,ada lah nanti cerita Nai diselitkan.
alon2.. macam familiar je ayat tuh..hehe
zik´s last blog ..Dato’ Mahathir Lokman kuasai pelbagai bahasa
taulah serba sikit,zik
akhirnye nai..aah,,kejab beno citernye
kejap ?…tu baru intro,CD
aduh rugi bro, suara itu telah dirakam dgn suara lain….tapi mungkin ada hikmahnya tu
mijie´s last blog ..Blogger yang tersepit
tepat sekali! memang rugi!di mana mau dicari ganti,mijie
Gua tergelak gila bila baca…
“senyuman itu bertukar menjadi senyuman paling kelat setelah mengetahui Nai yang dimaksudkan itu adalah Nai vokalis kumpulan Dinamik !”
…binigua pelik gua ketawa terkekek-kekek.. Habis tak kena hempuk ke kepala anak sedara tu guna kaset tu tanpa kebenaran?
Samdaddycool´s last blog ..Ngeri dengan isu ayam halal
lu gelak ya,sam….
hempuk? dia dah hilangkan suara Nai maka hukuman pasti ada ! Gua memisahkan dia dengan motor Z kesayangannya…biar dia tau bagaimana peritnya berpisah dengan barangan kesayangan…kahkahkah
haha.. kesian la anak sedara tu.. takpe la, kira 0-0 semula

Dila.13´s last blog ..Kenapa Usahawan Perlu Menulis
kenalah belajar menerima kesan dari kesilapan yang dibuat,dila
serius. baca balik tak abis gelak…

Samdaddycool´s last blog ..Selamat Berpuasa dan terima kasih
yolah…suara Nai tu mana cari kalau dah tak de lainlah motor Z tu memang berlambak ada dijual,sam
laaa
habis? hilang camtu je ke?
tehr´s last blog ..Panduan Memilih Kerjaya
hilang tanpa gantinya,tehr
haha..adeyh…nsb baik anak sedara kan…klu bronko…dah tentu habis dikerjakan..haha
pengajaran tetap diberi agar lebih berhati-hati di masa depan
baru berjinak di blog ini
jadi agak kabur siapa nai yang dimaksudkan, pastinya orang yang tersayang
tak bole diselamatkan lagi ke suara tu…
sayang…
cikgunormah@klcitizen´s last blog ..bebel
terima kasih kerana singgah di sini
tepat bagai disangka tu.
selamatkan? yang pasti jantina suara tersebut sudah bertukar
dan lenyap begitu sahaja.
Nai yg dimaksudkan adalah vokalis dari kump. Dinamik..hehehe
HidrogeN´s last blog ..Water Dispenser baru dari M6
suatu perkara yang cukup memedihkan,H
Hahaha! ape la nasib suara Nai jadi suara Nai Dinamik! abes hilang kenangan.. tapi biar jauh di telinga tapi dekat di hati kan Bro Johari

Dila.13´s last blog ..Kenapa Usahawan Perlu Menulis
kalau dekat di hati pun,apalah maknanya,dila
hai.. kalau dah tuan punye badan sendiri kata begitu..
Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2
tidak mengubah apa-apa keadaan pun dila,hanya lambaian selamat tinggal sebagai jawapan pasti
haha..Nai Dinamik rupanya..layan gak lagu Dinamik..
khairolghani´s last blog ..muka BB sama ngan muka Mama
kay,yang layan Dinamik bukan aku daaa…bukan aku! anak sedara aku yang layan
tiba2 suara jadi lelaki..omak aish…
zik´s last blog ..Dato’ Mahathir Lokman kuasai pelbagai bahasa
apakan daya,zik
Nai Dinamik? Memang tak boleh blah…hahhaha
adamfaiz´s last blog ..Senarai Hotel – Sijil Halal Sah Untuk Buffet Berbuka Puasa
sampai sekarang kalau aku terdengar lagu Dinamik ni,sakit hati aku! adam
Aku pun x suka lagu Dinamik…sori ar pada peminat dia…Bloodshed kalu, baru layan…
adamfaiz´s last blog ..Aktiviti Menenangkan Jiwa & Minda
hahaha…aku sakit hati sebab suara Nai dah bertukar menjadi Nai Dinamik,adam
….tapi aku memang tak layan lagu dan lirik macam tu.
nampaknyer tak dapat ler ko tahu luahan hati Nai tu… ada tak bahagian yang terselamat ???
bujang3´s last blog ..The Art Of Negotiation !!!
maksud aku,suara itu bertukar menjadi Nai Dinamik setelah aku pencen menjadi kelasi.
luahan hati Nai tu aku sempat mendengar kesemuanya semasa di atas kapal,bujang