sepi itu berlalu

admin | sembang-sembang | June, 09 2010 | 24 Comments

saat ku idamkan

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini,aku sering teringat akan perbualan aku dengan seseorang itu.

“Perihal cinta ni membuatkan kita menderita ”

“Perihal kasih ni mebuatkan kita tersisih  ”

” Perihal sayang membuatkan kita melayang[fikiran dan jiwa] ”

” Ibaratnya jangan takutkan api tapi jangan sentuh api ”

“Lalui ia,rasai ia tapi jangan sampai membawa kepada isim ”

Aku jadi sebak secara tiba-tiba.Aku sedar,aku masih remaja.Banyak yang harus aku tempuh dalam kehidupan ini – rencah kehidupan yang pelbagai ini.Kadang-kadang aku rasa ingin cepat-cepat kumpul modal,balik ke kampung agar aku boleh sentiasa berdamping dengan dia – seseorang yang banyak menyalurkan panduan kehidupan pada aku.

Aku hirup kopi o pekat sambil memerhatikan seseorang di sudut bilik.Acit tekun kerja-kerjanya.Tambahan pula mlam ini,aku akan membayarnya gaji.Yupp,malam ni,Bang Hud akan menutup akaun kedainya – bayar gaji aku untuk bulan pertama.

Secara kasar,aku dah tau berapa gaji aku.Sekadar menunggu Bang Hud datang.Aku balik ke bilik dulu untuk mandi.Lepas tu baru keluar bersama Bang Hud dan Kak Pah,Bang Muzi dan Bang Pacat.Nai mungkin ada mungkin tidak tapi khabarnya sudah pulang dari Johor….kihkihkih

Bang Hud cuma berdiri di luar pintu sambil menghulurkan sebahagian dari gaji aku untuk aku membayar gaji Acit.900 ringgit  untuk sebulan kerja,kerja di sebelah malam.Acit meneruskan kerjanya sambil tersenyum.

Di kedai biasa.

Aku menatap buku berkulit keras sambil menghirup kopi o.Dari hari pertama hingga ke hari terakhir – 30 hari berterusan tanpa cuti.Campur gaji pokok bersama dengan kiraan 4-6,membuatkan aku tersenyum.Lumayan ! Syukur ! Sambil menarik zip wind breaker rapat ke atas – malam ni sejuk betul ! Aku memerhatikan Nai yang duduk di sebelah Kak Pah.

Kenapa aku tengok kulit Nai macam udang kena bakar – kulit di muka dan tangannya.Nai mengerdipkan mata 3 kali.Aku sekadar  senyum sahaja. Bang Muzi ketawa kecil melihat aku.Bang Pacat turut tersengih-sengih.Kemudian makanan pun sampai,suasana sepi bila masing-masing menjamu selera – yang terdengar cuma bunyi sudu dan garpu berlaga.Aku makan dengan penuh selera,tambahan pula ada orang tolong cedukkan lauk….kihkihkih.

Bang Hud memberi khabar bahawa Bang Kajip akan mula bekerja di lot 14 minggu ini.Turut bersama Bang Kajip seseorang yang bakal menjadi pembantu aku.Tersenyum aku mendengarnya – aku dah tak mampu menangani semua kerja sekarang ini.Semakin hari semakin menimbun kasut yang perlu disiapkan dengan  kadar segera.Bang Hud memberi jaminan pembantu aku itu,seorang yang mudah memberi kerjasama.Aku lega mendengarkannya.

Sebelum bersurai,Bang Hud memberikan aku seribu ringgit – untuk gaji pokok.Baki selebihnya,Bang Hud akan memindahkannya ke dalam akaun aku.Bertambah kembali simpanan aku ! Aku menghulurkan buku simpanan bank pada Bang Hud untuk dikemaskini sambil mengingatkannya agar membuat kiriman ke kampung – untuk orang tua aku.

Aku dan Nai menuju ke suatu tempat sebelum menuju pulang.Ada yang hendak diceritakannya.Sampai tempat yang dituju,Nai mematikan enjin kereta menurunkan tingkap.Buka lampu dalam kereta.Mengeluarkan sebuah album bersama video kamera.Sebenarnya aku pelik dan kagum akan fungsi video kamera itu – apatah lagi rakaman di bawah air tu….hahaha.

Nai ke Johor menjemput teman-teman dari Singapura sebelum ke Pulau Tioman.Percutian di bawah air – scuba diving ! Aku tersenyum bila teringatkan sesuatu.Aku dah lama menyimpan angan-angan untuk merasai pengalaman menyelam – scuba diving.Kini aku dipertemukanNya dengan seseorang yang begitu ‘gila’ menyelam.

Aku sayangkan binatang kesayangan Nabi,dia jugak begitu[ada sedikit rakaman tentang anak kucing yang aku tolong tangkapkan dulu itu - dah montel dan bersih ! Chot nama panggilannya].Tanpa sedar kami sudah sampai di tepi lorong bilik aku.Nai memusingkan badannya mengambil sesuatu dari beg yang terletak di kerusi belakang.

Nai keluarkan 2 helai t-shirt berkolar bulat dan 2 helai seluar pendek[seluar pendek untuk penyelam ketika bersantai] – buah tangan dari Pulau Tioman.

” Joe,pakailah buat pakaian tidur ” kata Nai lembut sambil mengerdipkan matanya[dia memang suka buat macam tu - aku pun suka dia buat macam tu....kihkihkih]

Tiba – tiba Nai merenung aku dengan satu renungan yang cukup dalam ! Antara dengar tak dengar,Nai bersuara perlahan.” Boleh tak Nai cium …” .Bermimpikah aku ? Berkhayal kah aku ? Aku tenggelam dalam persoalan itu sebelum Nai menyambung kata – kata keramat itu..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

” Boleh tak Nai cium Gong dan Tok,Nai rindu dengan mereka ” kata Nai dengan selamba menyebabkan aku tersedar dari lamunan,rupa-rupanya nasib Gong dan Tok lebih beruntung ! Sekejap ! Aku pun beruntung apa ! Dapat sepersalinan  pakaian dari Nai.Kan itu satu rezeki jugak !

Sambil menuju ke bilik kotak,aku teringat akan kata-kata seseorang itu “Hidup ini hanya sebuah mimpi yang panjang ! ” ……” Bangkit dan sedarlah sebelum terlambat ! “

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

24 Comments

  • At 2010.06.09 08:39, Inflasi dan Anda | Hujan Batu said:

    [...] goreng kampung boleh mencecah RM4 dan RM4.50! Terasa la jugalah mahalnya.. Hmm pernah satu ketika remaja dahulu harga nasi goreng kampung hanya sekitar RM2.50 sahaja, hmm kan seronok murah betul.. itu [...]

    • At 2010.06.10 00:03, admin said:

      link yang diselitkan tu terima kasih,boss :)

    • At 2010.06.09 08:49, boss said:

      wah semakin panas ni.. alah nak cium kucing la pulak.. wat suspen..
      boss´s last blog ..Pekena kawan satu ofis? My ComLuv Profile

      • At 2010.06.09 10:47, admin said:

        apa nak buat,boss…Nai lebih rela mencium Gong dan Tok :)

      • At 2010.06.09 10:13, mijie said:

        huhuh bikin suspen betul, kalau tak adengan menggetar jiwa pasti ada..huhuh

        ke cerita ini sudah di edit, heheehh…

        apa2 pun tak sabar nak tunggu kesudahan percintaan antara nai dan budak botak :)
        mijie´s last blog ..Bagaimana memasang sitemap pada blog My ComLuv Profile

        • At 2010.06.09 10:51, admin said:

          hahaha….tiada yang diedit,mijie….gua menulis dengan jujur seboleh mungkin :)

          kalau ikut peristiwa sebenar,kemuncak cerita tentang itu adalah pada 1991,sekarang masih berkisar tahun 1989,mijie :)

        • At 2010.06.09 13:53, etomyam said:

          baca sambil senyum teringat lagu ‘sepi yang mencengkam..lefthanded’ patutlah avatar dah jadi penyelam…steady D
          etomyam´s last blog ..Musim Syok Kahwin : Garden Wedding atau Dalam Dewan My ComLuv Profile

          • At 2010.06.09 23:29, admin said:

            kalau tak silap,tu lagu debunga wangi,bro :)

            masa tu belum lagi amek lesen menyelam.

          • At 2010.06.09 20:01, botak said:

            haha perasan lebih je bro ni
            botak´s last blog ..Murabbi Cinta My ComLuv Profile

            • At 2010.06.09 23:30, admin said:

              cuma termengelamun sebentar,botak….hahaha

            • At 2010.06.09 22:32, meminlo said:

              takkan xder lagu yang mengusik jiwa kot brother joee time dulu2.baru tambah kepowerannyer.hehehee

              • At 2010.06.09 23:39, admin said:

                kalau kat lot 14,muzik semuanya pecah gegendang telinga,man :)

                kalau pun ada lagu yang diselitkan dalam entry,lagu tu cuma kebetulan semasa aku berblogging…..kan ada aku selitkan lagu dalam entry tu,man :)

              • At 2010.06.10 00:29, adamfaiz said:

                Tertipu kejap…bagus la bro
                adamfaiz´s last blog ..Sekolah Berasrama Penuh Atau Sekolah Biasa? My ComLuv Profile

                • At 2010.06.10 01:03, admin said:

                  aku lagilah tertipu,adam :)

                • At 2010.06.10 04:34, samdaddycool said:

                  “Hidup ini hanya sebuah mimpi yang panjang ! ” ……” Bangkit dan sedarlah sebelum terlambat ! “ Akan ku pegang kata-kata ni..
                  samdaddycool´s last blog ..Koleksi Selendang jalur My ComLuv Profile

                  • At 2010.06.10 06:45, admin said:

                    lebih baik sedar semasa masih bernafas ni,sam…kalau dah turun 6 kaki bawah,dah terlambat :)

                    *sekadar lebih memperingatkan akan diri sendiri*

                  • At 2010.06.10 12:04, Dila.13 said:

                    waahhh.. best jugak baca entri kali ni sambil ada iringan lagu. hehe.. :)
                    Dila.13´s last blog ..Keperluan Freelance Writer Ketika Bercuti My ComLuv Profile

                    • At 2010.06.10 12:29, admin said:

                      yupp.antara lagu yang saya suka dengar,dila :)

                      • At 2010.06.13 22:04, Dila.13 said:

                        siapa aje yang tak suka dengar lagu ni? otai rock malaya tuh! hehe.. memang pilihan soundtrack yang tepat dan ikut mood entri ;)
                        Dila.13´s last blog ..Kenapa Orang Berlumba-lumba Nak Kerja Kerajaan? My ComLuv Profile

                        • At 2010.06.14 04:01, admin said:

                          saya lebih berminat pada susunan liriknya itu,dila :) …maksud yang begitu mendalam !

                          aruah loloq,aruah js kevin dan m.nasir antara penulis lirik yang saya amat kagumi !

                    • At 2010.06.11 15:01, khairolghani said:

                      haha..kalau Nai kata nak cium ko camna Bro?
                      khairolghani´s last blog ..Tendangan Comel Si Kecil My ComLuv Profile

                      • At 2010.06.11 16:53, admin said:

                        kalau tu yang tak aci,kay…hahaha

                      • At 2010.06.14 12:42, hafizmd said:

                        cehh..saspen betul..bertuah kucing2 tuh yer..hahah..terbaiklah bro..
                        hafizmd´s last blog ..Piala Dunia Afrika Selatan baru saja bermula, tapi.. My ComLuv Profile

                        • At 2010.06.14 12:56, admin said:

                          apa nak buat dah rezeki kucing-kucing tu,hafizmd :) …hahaha

                        (Required)
                        (Required, will not be published)

                        CommentLuv Enabled
                        © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                        Design by: Yoshz Themes