sembang sore

admin | sembang-sembang | November, 23 2010 | 34 Comments

Petang itu,aku duduk bersandar di atas kerusi empuk,kaki bersilang atas meja.Asap Wismeluk berkepul-kepul aku hembuskan.Mata aku tajam memerhatikan Benuk melayan pelanggan.”Sudah cekap berurus niaga” bisik aku.Kemudian pandangan aku berpindah ke satu sudut,di mana Akok sibuk membersihkan beberapa buah kipas,sudah dicerai-ceraikan bahagian-bahagian kipas tersebut.

“Lambat betul Rio ni” rungut aku yang menantikan seteko kopi o dan rokok yang dikirim tadi.Aku tenyeh-tenyehkan puntung rokok dalam asbak[astray].Kini aku kehabisan rokok.”Akok,kamu masih ada rokok? ” tanya aku.

Sambil menghisap Surya pemberian Akok,dari tempat aku melepak tu,aku nampak Rio sedang membimbit teko.Aku senyum bila nampak Rio.Kemudian aku mengetap bibir kegeraman bila Rio boleh singgah pulak di sebuah kedai-selang empat pintu dari kedai aku.Beberapa minit kemudian…..

“Ayuh….mandre !,mandre ! Ada kopi dan goreng-gorengan ” laung Rio pada yang lain sambil menuangkan kopi o dalam cawan untuk aku.Rio tersengih-sengih memandang aku.”Waduh ! Sepanjang jalan tadi aku melihat bidadari tapi masuk ke toko ini aku terpandang syaitan pula ” sindir Rio yang menyedari aku sedang marah kerana kelewatannya.

” Joe,marah itu permaianan syaitan,usah diturutkan ! Lagipun kita berniaga ni kena ramah dengan orang.Mereka semua bakal jadi pembeli kita.Tadi tu aku singgah di toko jahit,udah berhasil menjual satu kipas meja dan satu ambal[carpet] ” Rio memberi penjelasan tentang kelewatannya.

“Akok,nanti kamu hantar kipas meja dan ambal tu ke toko jahit Ayuk Wati.Biayanya 70 ribu” Rio mengarahkan .

Petang itu setelah kedai ditutup,yang lain sudah pulang ke bilik penginapan,Aku dan Rio masih duduk berbincang mengenai hal pengangkutan.Rio berjaya mendapatkan sebuah tongkang bersaiz besar untuk disewa.Tongkang tersebut sudah lama tersadai tapi cukup sesuai.

Dek kerana tadi aku dilanda kemarahan.Rio melontar satu persoalan pada aku ” Api asalnya dari mana,Joe ? ” :)

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

34 Comments

  • At 2010.11.23 16:20, mijie said:

    api? menurut sains api terbentuk daripada percikan bahan bakar yang telah mencapai tahap nyalaan…maka terbentuklah api, haha
    mijie´s last blog ..Muhammad Fahim di pantai cahaya bulan My ComLuv Profile

    • At 2010.11.24 03:08, admin said:

      hahaha….boleh diterima !

      tapi kalau ditanya unsur api dalam tubuh,
      apa pula jawapan mau dibubuh ?

      • At 2010.11.24 08:16, mijie said:

        hahaha itu hikmat pendekat laut dengan kuasa 7 petala langit tu, hahaha
        mijie´s last blog ..Cik Shida dari parit My ComLuv Profile

        • At 2010.11.24 19:13, admin said:

          hahaha….tapi aku pun teringin nak tengok manusia-manusia begini di masa akan datang[ada hikmat sebegini rupa] :)

        • At 2010.11.25 00:40, dnoBiz said:

          dari gunung merapi Jo..

          Ps : tahap paling sesuai untuk panas baran kau :D
          dnoBiz´s last blog ..Harta- Wang- Kaya- Mewah dan Mati My ComLuv Profile

          • At 2010.11.25 02:11, admin said:

            kahkahkah…..semua orang ada ‘gunung berapi’,dB :)

            cuba ko perhatikan jenayah yang berlaku sekarang,diberitakan semakin ramai orang mengalami tekanan perasaan yang melampau……dan pada waktu yang sama gunung-gunung berapi yang selama ini ‘tidur’ sudah mula mengganas !

            *alam di luar sama je dengan alam di dalam :) *

      • At 2010.11.23 18:02, suzierahman said:

        hihi bro jgn mrh rio;dier smbil menyelam munm air..ekeke

        • At 2010.11.24 03:11, admin said:

          adatlah tu,SR :) ….itu tandanya pekerja tersebut disayangi oleh majikan.

        • At 2010.11.23 23:20, zik said:

          sembang sore… sembang petang.. ngobrol…
          zik´s last blog ..HOKI malaysia mara ke final bertemu Pakistan! My ComLuv Profile

          • At 2010.11.24 03:12, admin said:

            waduh ! waduh ! ngomong jawo yo,zik :) ….{aku main bedal je !}

          • At 2010.11.24 00:21, ainzulaikha said:

            best jugak ya cerita ni..

            api asal dariiiii entahh..
            ainzulaikha´s last blog ..Sekali sekala membuat senaman arahan My ComLuv Profile

            • At 2010.11.24 03:14, admin said:

              best? terima kasih,AZ :)

              hahaha….kena tunggu jawapannya dari pembaca lain ye :)

            • At 2010.11.24 02:04, tehr said:

              tak tahu pulak aku, api asal dari mana
              yang pasti Allah yang ciptakan api
              tehr´s last blog ..Pertukaran Biasa Seorang Guru My ComLuv Profile

              • At 2010.11.24 03:18, admin said:

                ni ibarat dah bagi full address,tehr ! :)

              • At 2010.11.24 08:34, Ladfe Amir said:

                panas hati di waktu panas petang…tak gitu bro?

                • At 2010.11.24 19:14, admin said:

                  aku ni memang cepat panas…..kehkehkeh

                  *lepak depan pelabuhan sentiasa dibelai bayu laut :) *

              • At 2010.11.24 09:26, ejoncb said:

                api unsur yg wat syaitan…haha…
                mcm ada baca something pasal api kt dunia, ialah api dr neraka yg dh disejuk kan dlm sungai berapa byk kali ntah..hahaha…

                api asal dari mana?

                • At 2010.11.24 19:16, admin said:

                  dalam komen ejon dah ada clue untuk jawapan tersebut :)

                  *kita pun ada unsur api,salah satu dari 4 unsur*

                  • At 2010.11.25 01:13, ejoncb said:

                    api ,air,tanah,udara…

                    Err…api asalnya syitan kot..sbb tuh jgn marah2 nanti mcm ikut telujuk syaitan, msuk neraka..hahaha..ntah btul tak..huhu

                    • At 2010.11.25 02:16, admin said:

                      api,angin,air,tanah……ada jugak sang guru menyusun air,api,angin,tanah :) [bergantung pada topik yang dibincangkan]

                      dalam diri manusia tu ada malaikat dan syaitan :)

                      • At 2010.11.25 09:16, ejoncb said:

                        Hehehe…smbung kt entri pas ni plak komen..

                      • At 2010.11.30 00:04, admin said:

                        ni sejarah api hadir di dunia ye,sam ?

                        • At 2010.11.30 05:08, samdaddycool said:

                          Begitulah lebih kurang sejarah api atas dunia.

                        • At 2010.12.01 02:32, admin said:

                          terima kasih di atas penerangan tersebut,sam :)

              • At 2010.11.25 00:41, dnoBiz said:

                Kau beruntung dapat pekerja macam tu..

                Ps: teringat kat salah sorang pekerja aku dulu… asal gaduh ngan laki je muka muncung sampai lantai… aku pulak yang sakit kepala :D
                dnoBiz´s last blog ..Harta- Wang- Kaya- Mewah dan Mati My ComLuv Profile

                • At 2010.11.25 02:19, admin said:

                  harus pandai menilai bakal pekerja,dB :)

                  pekerja tu suatu aset pada perniagaan :)

                  • At 2010.11.30 05:09, samdaddycool said:

                    Memang untung dapat pekerja yang cekap dan amanah

                    • At 2010.12.01 02:15, admin said:

                      pekerja sebegini membantu melancarkan perjalanan sesebuah perniagaan,sam :) …..tauke memang tersenyum kalau dapat pekerja macam ni.

                      • At 2010.12.04 15:37, samdaddycool said:

                        Memang teringin sangat dapat gajikan pekerja amanah ni.
                        samdaddycool´s last blog ..Terima kasih Nuffnang My ComLuv Profile

                        • At 2010.12.10 02:08, admin said:

                          kalau bernasib baik akan dipertemukan pekerja sebegini,sam :)

              (Required)
              (Required, will not be published)

              CommentLuv Enabled
              © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
              Design by: Yoshz Themes