semalam yang suram
walaupun semalam aku dapat sedikit angpau sempena Tahun Baru Cina dari seorang uncle yang aku anggap macam pak sendiri namun ada berita suram yang aku terima.selesai menjamu selera bersama beliau,aku pun melangkah ke satu lagi lokasi biasa-tempat bertemu rakan-rakan seperjuangan.lebih 1 tahun aku tak menjejakkan kaki di sini.
“beb,AK dah aruah” perkataan pertama yang keluar dari mulut seorang sahabat yang baru duduk sebelah aku.baru sebentar tadi,aku berkira-kira mau sms AK agar datang ke sini.kini hanya imbasan kenangan bersama AK bermain di fikiran.terbayang raut wajahnya yang tenang,tutur katanya yang lembut bersulam tegas bila berbicara,sesekali berselang dengan gurau .
“asal kain dari benang,asal benang dari kapas”-isu yang sering dikupaskan antara aku,AK dan teman-teman yang lain bila bertemu di sini.kini AK sendiri menjalani proses tersebut.AK yang dulunya kerap berpindah ke sana-sini dalam alam pekerjaan kini sudah “berpindah” alam.AK yang sudah bersara dari alam pekerjaan kini sudah “bersara” dari alam ini.
AK,urusan cari dan mau kamu itu sudah selesai di alam ini,teruskanlah perjalanan kamu!kuburan tanah itu cuma sebagai tanda,tanda “pesaraan” kamu di alam ini.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



Alfatihah…
Kupasan post ini memang terbaik. Ayat-ayat yang digunakan memang menyetap jiwa..terbaik bro..Ada sesuatu dari rezekimurah.com ……
Shaffik´s last blog ..Puas Rasanya Dalam Hati
menulis sekadar mengikut “suhu otak”…haha
Kita juga bakal berpindah alam..
Alam yang menghentikan apa yang kita mau dan cari..
Sebelum berpindah sebaiknya kau cari..lah apa yang kau mau..
nuaeman´s last blog ..Perihal Limau Mandarin dan Tahun Baru Cina
yang penting tanda2 utk berpindah tu jgn plk tidak dihiraukan seblm 44 hari tu tiba, banyak boleh buat!!!
yg diCARI tu biarlah JUMPA,
yg diMAU tu biarlah DAPAT.
sekadar booking open ticket je…..hahaha
cikgu mat,aku punya commentluv mcm x berfungsi je.
alam seterusnya dalam hidup
kita sangat berbeza.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua
Filem 2 Alam kalah ni.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua
kubur dari negara jiran kita ke tu.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua