semakin hari semakin serasi
Setiap kali kapal meninggalkan pelabuhan yang disinggahnya maka pada ketika itu jugaklah aku bakal dihujani dengan buah tangan dari anak-anak kapal yang lain.Kenapa ? Teruskan pembacaan ! Sebelum itu biarlah aku terangkan kehidupan aku di atas kapal.Dari segi gaji memang sekadar rm318[gaji pokok] sebulan tapi pada aku ia menyamai rm1200-rm1500 pendapatan seseorang yang bekerja di darat.
Di atas kapal,aku tak perlu memikirkan soal sewa bilik untuk kediaman walaupun kabin itu sempit tapi aku dah biasa.Sebelum ini pun aku dah pernah tinggal dalam stor buruk,jadi tak timbul isu keselesaan.Sekadar bersih sudah memadai pada aku.Soal belanja makan,aku takĀ perlu risaukan jugak sebab makanlah selagi mampu makan.Sedap tak sedap belakang kira.Apa nak dihairankan soal sedap tu,sebelum ini pun aku dah biasa makan sisa makanan dalam tong sampah.Dari segi ini aku dah dapat menjimatkan perbelanjaan.
Aku bukan perokok/penagih/pemabuk/penjudi dan segala macam ‘pe’, yang semua itu menjadi kebiasaan bagi dunia kelasi.Jadi aku tidak memerlukan wang untuk menampung segala jenis kehendak yang mengarut itu ! Pernah jugak aku dipanggil ke kabin kapten untuk menjawab panggilan dari pejabat perkapalan[majikan aku] untuk memastikan aku masih bertugas lagi.Sebab? Dari bulan ke bulan aku masih belum menuntut akan gaji aku ! Selalunya aku bilang ” Nanti saya ambil sekaligus bila saya berhenti ”
Jadi bila aku dihujani dengan buah tangan berbentuk kelengkapan mandi seperti syampo,sabun mandi,sabun basuh,ubat gigi,berus gigi menyebabkan aku langsung tidak memerlukan duit untuk membeli itu semua.Kalau pun aku memesan alatulis dan bateri untuk walkman aku selalunya ada sahaja yang sanggup belikan untuk aku.Zaman aku bekerja di atas M.V.JJJJ aku lah kelasi yang ‘berpoket kosong’ ! Kahkahkah.
Entah kenapa duit sentiasa menghambat aku.Rezeki aku memang murah ! Macam mana aku boleh menghasilkan pendapatan di atas kapal ? Okay ! Di sini aku mintak baca sehingga habis episode yang bersambung ini kalau tidak,akan timbul sangkaan yang kurang elok terhadap aku….kahkahkah
Berbalik pada pendapatan tadi.Sebenarnya sumber itu datang dari ‘cukai perjudian’…..kahkahkah.Baca sehingga habis ye ! Sebenarnya aku tak mau sentuh bab perjudian ni,cukuplah kalau aku katakan itu ‘duit tong’.Cukup ! Sekadar pemahaman ringkas.
Kalau dulu ‘cukai’ ini dipungut oleh Bronko tapi kini sudah beralih tangan.Bermula dari bulan pertama aku bekerja,Bronko mula hilang cengkamannya sikit demi sikit.Bukan aku yang ‘merampas kuasa’ tapi prosesnya berlaku secara semulajadi.
*Bukan semua kelasi bersikap seperti di atas *
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 


makin mendebarkan plot cerita ini, apa pun tak nak buat andaian lagi, tunggu sehingga siri ini selesai
mijie´s last blog ..Tutorial cara memasukkan video youtube di blog
hehe…kena tunggu,setidak-tidaknya pasal ‘duit tong’ tu diterangkan,mijie
biasa makan sisa makanan dalam tong sampah ni celah bila? story skit abg joe..
semua watak2 dalam blog ni ada lagi ka? Bronko baca blog ni x?eheh
celah bila? ketika aku mula merantau mencari ilmu pertukangan kasut,CD
[antara entry yang terawal mengisahkan si tukang kasut]
CD,aku atas kapal sehingga 1993.Selepas itu aku terputus hubungan[masa tu mana ada handphone mampumilik untuk memudahkan perhubungan].Entah aku pun tak taulah sebab perbezaan umur agak ketara.
CD, sila update blog lepas2 dengan pantas! dik, skang ni tengah cuti musim panas ke??
Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2
CD,baca tebuk-tebuk dila
admin..dila.13 cakap apa?update? xfaham sangat la..hahaha..
admin cakap tebuk2 dila pun wa xfaham..haha
aah..musim panas ni dok umah je..kalau ke paso, menundukkan pandangan je..haha
CD,yang dila cakap tu,aku rasa dia suruh ko baca entry yang sebelum ni[bila ko tanya celah bila tu]
yang aku tulis tu[tanda koma mana hilang aku pun tak tahu],ko tak baca dari mula,tu pasal ko ada blur sikit bila aku imbas semula sesuatu cerita.
CD,dia baca tebuk-tebuk! dila
…macam ni boleh faham?…ke aku punya ayat yang tunggang langgang….kahkahkah
yang perlu ditundukkan pandangan atau nafsu,CD?
haha..ok.masalah koma di situ..
dari mata turun ke hati..tunduk semua..cam wat je.,keh2
kehkehkeh….sebenarnya alam ini alam penyaksian,CD maka saksikan sepuas-puasnya keindahan-keindahan di depan mata
dah saksikan pandai-pandai buat pengakuan
hoho.. memang mula2 tak paham tp dah eksplen pjg lebar wlpn tunggang langgang, saya paham akhirnya. hehe..
Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2
haha…dila sendiri pun tak faham sebelum ini? biasalah menulis dalam keadaan yang kurang santai maka tunggang langganglah ayatnya
hehe..nampaknya taring semakin menyinar…kena tunggu episod seterusnya nie
atas kapal mana boleh tunjuk ‘taring’ nanti kena buang kerja,madlut
..kalau tunjuk ‘kuku’ sikit-sikit tu bolehlah….kahkahkah
hotai dah mula menguasai kapal. Silap2 boleh tukar ke kapal lanun ni bro kihkihkih
kahkahkah….mana mungkin,boy
aku lebih suka buat hal sendiri-’politik’ atas kapal memang aku tak campur cuma jangan cari pasal dengan aku
ooo patutlah nama domain pun rezeki murah, sememangnya rezeki brom joe sentiasa mencurah-curah

etomyam´s last blog ..Dugaan Seorang Penjual Kacang
itulah KebesaranNya,bro
…mangatur rezeki hamba-hambaNya dengan begitu sempurna sekali.
dulu bro joe bukan perokok ek, sejak bila mula hisap rokok bro, siap GG surya dgn Djarum sekarang ni

etomyam´s last blog ..Jom Beli Barang Raya@Putrajaya Jualan Terus Dari Kilang
umur 23 tahun kali pertama hisap rokok,bro
…ketika menetap di indon mula menghisap rokok sebab masa tu sering bergadang[berjaga hingga lewat malam] dengan seseorang.
alamak ..dugaan betul ..dapat rasa sangap ..kalau stok rokok takda.. bagi yang merokok tuh…
zik´s last blog ..Anugerah Dekan Unikl Iprom 2010
bagi yang merokok,istilah putus stok memang tak de semasa atas kapal,zik
…perokok cukup berhati-hati dalam hal ini.
“perokok cukup berhati-hati”.. Kalo tak takkan sanggup ulang-alik Muar-JB untuk cari stok rokok kan?
Samdaddycool´s last blog ..Blogger yang tersepit
masa tu gua belum merokok daaa
kalau sekarang memang kenalah dengan ayat tu,sam
*gua belum rela berpisah dengan kekasih bbir,sam….kahkahkah*
sok malam gi ngeteh??
Samdaddycool´s last blog ..Mee Siput si mee sedap
belum boleh dipastikan lagi,sam
…sebab sedikit sibuk sehingga 11/8.
kalau gua tak sms/call selepas isyak bermakna gua tak dapat pergi.
ok.. roger..
Samdaddycool´s last blog ..Mee Siput si mee sedap
duit tong?
pertama kali bertemu istilah ini. boleh buat modal citer kosong dengan bebudak kat sekolah nanti…
sambung cepat2…k
cikgunormah@klcitizen´s last blog ..sindrom anai-anai
duit tong ni tidak sesuai diceritakan kepada pelajar walaupun pelajar sekarang ni “maju sungguh” !
duit tong ni senang cakap untuk mudah faham macam wang sumbangan para penjudi kepada seseorang
best betul dapat cerita macam ni..nanti ada sambungan cerita lagi bro
ishak´s last blog ..Aksi budak sekolah terlampau
kalau ada kelapangan ada lah sambungannya,ishak
wahsey… pendedahan eksklusif dari seorang kelasi kapal (bekas kelasi)!! menarik betul episod ni. ingatkan lepas DrCobbler yang wujudkan sang gila api, takde dah episod sehebat tu.. hehe.. tabik spring berkali2 kat Bro Johari.. tapi tak boleh lupa waktu Bro Johari makan biskut kucing tu.. berdekah2 saya gelak!

Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2
sang gila api dulu baru drcobbler,dila
terpedaya dengan rupa paras biskut kucing tu
ah teringat jugak moment tuh… hik2..
zik´s last blog ..Siapa ahli zikir
haha…kalau ko boleh teringat apatah lagi aku,zik
ha.ha.ha !!! Sangilapi dah berkuasaaaa!!!!!
bujang3´s last blog ..The Art Of Negotiation !!!
sebaliknya bonneyan13 bukan seorang yang gila pengaruh dan kuasa,bujang
Nak tunggu kesudaha cerita..:)
bluedianthus´s last blog ..Pengalaman Bluedianthus bersama WangCyber
kalau rajin tunggu bolehlah sebab entry ni bersambung-sambung sehingga saya bosan nak sambung
macam2 istilah ada…
ambil masa gak nak faham semua ni
tehr´s last blog ..Alahai Dikencing Tikus
nanti biasalah tu,tehr
…mana yang kurang jelas tu tanyalah aku.
jadi taiko kapal pulak ke?pergh..mantap,..
khairolghani´s last blog ..Community Shield milik MU
tak de lah sampai jadi taiko,kay
…sekadar memberi cadangan yang lebih baik je.
tabung duit syiling
mau kaya ?
mau rajin2 komen
mau komen?
jom renang
Tag
adsense BE berblogging blackberry blog blogger blogging blogwalking bold 9780 cari detik-detik diving domain duit gua hari raya hosting hutan ibu kapal kasut kasut-kasut kelasi kelasi kapal LOA masjid mau ME membaiki kasut mencari mencari rezeki murah niche blog nuffnang PR ramadhan rezeki rezekimurah rokok runtuh scuba diving smart blogging sundang syawal tukang kasut
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
mau langgan ?
yg dtg cari blog aku
kat sini pun boleh
singgah dan tersinggah
Design by: Yoshz Themes