selamat tinggal

admin | sembang-sembang | September, 25 2010 | 32 Comments

Bila semakin hampir waktu itu,aku semakin sayu.Dua bulan sebelum berhenti,baru aku khabarkan pada Abug dan Dewa Dapur-dua orang teman baik aku.Selama dua tahun tinggal sekabin dengan Abug,bermacam-macam peristiwa ditempuhi bersama.Suka-duka,tawa-nangis antara rencah perkenalan kami berdua.Masing-masing punya alasan tersendiri menjadi kelasi kapal.

Walaupun kabin DD berselang 3 pintu namun DD lebih kerap menghabiskan masanya di kabin aku.Bermacam cerita yang disembangkan.Ada cerita lucu,ada kisah sedih.Namun topik yang selalu dibincangkan adalah tentang kehidupan ini.Masing-masing ada pegangan/pandangan tersendiri dalam hal ini.

Minggu terakhir sebagai kelasi,aku banyak mengemaskinikan apa yang patut.Macam duit tong aku serahkan pada DD,segala ‘harta karun’ aku diserahkan kepada Abug-longgokan sabun mandi dan sabun basuh,syampoo,ubat gigi,berus gigi.Semua itu aku kumpul selama hampir 2 tahun hasil sumbangan kelasi lain pada aku setiap bulan.

Pada Abug aku berpesan agar berpindah ke katil aku sebaik aku turun kapal.Kasihan pada penghuni baru kalau tidur di katil aku tu.Barangkali mungkin terkujat-kujat tidurnya nanti….kahkahkah.Katil yang aku serahkan pada Abug siap dengan pakejnya sekali,cadar 2 helai,selimut 2 helai,sarung bantal 4 helai.

Pada Abug dan DD,aku jugak berpesan agar jangan terkejut kalau sekali sekala terpandangkan ” wajah aku” terutama sekali di dalam kabin.Yelah selama 2 tahun aku menetap di kabin itu,sudah barang tentu,”wajah aku” sudah “terukir” di situ……….kahkahkah!

Hari aku turun kapal,Abug dan DD turut turun sekali.Sebenarnya tiada seorang pun yang tahu,turunnya aku kali ini tidak akan naik kapal semula[berhenti terus] kecuali Abug,DD dan Kapten Y. Sedikit jamuan kecil diadakan,sudah pasti jamuan berlangsung dalam suasana suram dan sepi tanpa banyak bicara.

Aku tak ingat tarikh sebenar sebab buku pelaut[seaman book] yang dicop ketika aku turun kapal entah di mana aku simpan :) .Aku cuma ingat aku turun di Labuan,Sabah tahun 1993.Tamatlah sudah satu fasa kehidupan aku sebagai kelasi kapal.Sebelum aku berkelana ke Indonesia.Apa pun manusia sekadar mampu berangan!

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

32 Comments

  • At 2010.09.25 14:57, iza said:

    Ziarah….
    iza´s last blog ..Candid Camera Contest My ComLuv Profile

    • At 2010.09.26 08:22, admin said:

      dipersilakan,iza :)

    • At 2010.09.25 17:15, tehr said:

      nai tau ke bro berenti jadi kelasi?
      …jadi lepas ni kita akan ikuti kisah di indonesia pulak le ya?
      atau ada kisah lain?
      tehr´s last blog ..Ketam My ComLuv Profile

      • At 2010.09.26 08:25, admin said:

        kiriman berita hanya satu hala je,tehr :) ….aku memang tak pernah memberi sebarang khabar pada Nai.

        ada sedikit perubahan-sikit je :) ….sebelum masuk ke indon,aku ke tempat lain dulu.

      • At 2010.09.25 17:27, Samdaddycool said:

        Tamat sudah bab 8.. Lepas ni, kita ke seberang pula… bab kat seberang memang banyak lagi saya tak selongkar..

        • At 2010.09.26 08:28, admin said:

          hidup seorang tukang kasut-tamat
          hidup seorang kelasi-tamat
          hidup seorang diver-belum mula
          hidup seorang pendatang haram-bakal menyusul…….kahkahkah

      • At 2010.09.25 19:02, zik said:

        jauh tuh bro jeo berlayar…
        zik´s last blog ..Terowong dasar laut Malaysia-Singapura siap 2018 My ComLuv Profile

        • At 2010.09.26 08:30, admin said:

          belayar punya cerita sudah tamat,zik :) ….sudah pencen dari kelasi.

        • At 2010.09.25 23:20, dark_half said:

          luas btol pengalaman bro
          kat indonesia mesti lg menarik kisahnya
          dark_half´s last blog ..Dexter- Lagi Kes Bunuh Kerat 18 My ComLuv Profile

          • At 2010.09.26 08:34, admin said:

            sebab umur aku pun dah begitu “jauh perjalanannya”,DH :)
            selepas ini,hidup sebagai pendatang haram akan bermula….kahkahkah

          • At 2010.09.26 00:31, mijie said:

            cerita kelasi kapal sudah berakhir sekarang ni tunggu pula buku baru :)
            mijie´s last blog ..Erti sebuah kebahagiaan My ComLuv Profile

            • At 2010.09.26 08:38, admin said:

              buku baru-hidup sebagai pendatang haram….kahkahkah

            • At 2010.09.26 08:58, +fobia+ said:

              wahh.sedih.
              +fobia+´s last blog ..kawan My ComLuv Profile

              • At 2010.09.26 13:00, admin said:

                walaupun sedih kena jugak hadapinya,F :)

              • At 2010.09.26 16:58, ejoncb said:

                hohohohooh…mcm agak sedih..tapi byk eh pengalaman..

                • At 2010.09.26 18:50, admin said:

                  memang sedih tapi setiap pertemuan ada perpisahan,ejon :)

                  skripNya yang perlu saya lakonkan :)

                • At 2010.09.27 08:29, aktechpage.com said:

                  Memang sedih kalo kita tinggalkan kawan dan tempat kerja yg mana sudah lama kita bersama dan memberi khidmat. Kerana pada masa itu kita dah berada dalam zon selesa..

                  Tetapi perubahan perlu dilakukan agar hidup lebih sempurna..
                  aktechpage.com´s last blog ..Masalah Keretapi Lagi Teruk di Jepun daripada KTM Komuter Malaysia My ComLuv Profile

                  • At 2010.09.27 10:07, admin said:

                    itu memang sering menjadi dilema dalam kehidupan kita,mal :) …bila sudah serasi dengan sesuatu kerja dan selesa bergaul dengan rakan sekerja tiba-tiba mengambil keputusan meninggalkannya.

                    kehidupan mesti diteruskan dan keputusan yang diambil perlu diteruskan :)

                  • At 2010.09.27 11:17, Dila.13 said:

                    Wah.. Bab terbaru akan mula lepas ni lah ye.. tapi sayang Bro Johari kata tak akan cerita hal kat Indonesia kat RM.. jangan sebab jadi pencetus “ganyang malaysia” udah ler. hahahaha :P
                    Dila.13´s last blog ..WangCyber Kena Serang! My ComLuv Profile

                    • At 2010.09.27 12:08, admin said:

                      kat mana ye saya cakap kisah di indon tidak diceritakan dalam RM,dila? :) …saya seorang yang agak pelupa…hehehe

                      saya rasa yang tidak akan diceritakan dalam RM adalah pasal ‘dunia pen dan kertas’ saya tu

                      cerita kat indon tu diharap tidak mengundang salah faham di kalangan pengunjung :)

                      • At 2010.09.27 12:43, Dila.13 said:

                        owh, ye.. saya yang pelupa rupanya. hehe.. ‘dunia pen & kertas’ yang tak akan diceritakan. tapi mesti menarik kisah tu kalau diselit dalam RM :)
                        Dila.13´s last blog ..Tips Untuk Anda Yang Tak Suka Menulis My ComLuv Profile

                        • At 2010.09.27 19:06, admin said:

                          kisah tu memang tak boleh diceritakan dalam RM,dila :) ….tersangatlah rahsia….kehkehkeh

                    • At 2010.09.27 20:02, bujang3 said:

                      memang berwarna-warni lah kisah hidup ko nie….

                      • At 2010.09.28 01:09, admin said:

                        hahaha…..sebenarnya istilah yang tepat adalah menyasao[orang muo cakap] :)

                      • At 2010.09.28 08:32, madlut said:

                        naek kat penang. turun kat labuan…hehe
                        bro..masa ko tinggalkan laut, doh yong tak kirim ape2 ke bro?

                        • At 2010.09.28 09:01, admin said:

                          hahaha….buku pelaut aku yang paling sikit cop sign in dan sign out,madlut :)

                          tiada sebarang ucapan dari doh yong :)

                          • At 2010.09.29 04:40, madlut said:

                            sebab bro buang balik “pemberian” dia kot masa dulu2 tue..hehe

                            • At 2010.09.29 10:47, admin said:

                              tapi pada 2004,dia ada membantu aku ketika aku dihanyutkan arus bawah permukaan semasa aku diving di pulau perhentian,madlut :)

                        • At 2010.10.01 11:10, khairolghani said:

                          kalau diikutkan,perjalanan hidup ko ni memang best bro..ada je benda yang berlaku yg menjadi kenangan..
                          khairolghani´s last blog ..siapa kamu wahai “tak perlu tahu” My ComLuv Profile

                          • At 2010.10.01 11:39, admin said:

                            sekadar menimba/mencari pengalaman baru,kay :)

                            semata-mata memenuhi ungkapan ini,kay “apa yang aku cari dan mau”

                          (Required)
                          (Required, will not be published)

                          CommentLuv Enabled
                          © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                          Design by: Yoshz Themes