selamat hari guru

admin | sembang-sembang | May, 17 2010 | 20 Comments

gambar(http://kujie2.com/)

dah 23 tahun aku meninggalkan alam persekolahan….tapi tahun inilah baru aku boleh mengucapkan selamat hari guru melalui blog….namun aku masih ingat kesemua nama guru kelas aku sehingga sekarang….dari sekolah rendah hingga sekolah menengah….cuma aku memang tak ingat guru tadika aku…..sebab aku tak pernah pergi tadika…hahaha

1977,aku masuk alam persekolahan-sekolah rendah ismail dua.

guru aku darjah satu merbuk(c)…cikgu khadijah,guru yang mengenalkan aku pada huruf A,B,C…1,2,3  ….aku tak pernah ke tadika….jadi atas jasa cikgu tijah ni lah aku boleh membaca, menulis dan mengira…..terima kasih cikgu tijah !….dan maaf jugak sebab selalu buat cikgu risau dengan kehilangan saya….saya suka-suka je masuk kelas…..hari  isnin saya masuk satu serindit(a)….hari selasa saya masuk satu nuri(b)…..hari rabu saya sesat masuk kelas satu terkukur(d)….maaf cikgu !

guru aku darjah dua nuri(b)…cikgu sabariah….perghh garang jenis tak ingat ! memanjang libas rotan kalau sifir tak terhafal……terima kasih cikgu sabariah…kalau cikgu nak tau……di sekolah menengah sayalah pelajar cemerlang dalam math….apa pun saya mintak maaf  sebab saya ketika itu hanya mampu menghafal sifir satu sama sifir sepuluh je….sifir lain memang susah nak ingat,cikgu!

guru aku darjah tiga nuri(b)…cikgu hassan….cikgu paling kacak walaupun sudah berusia sebab dia ni cikgu sukan…terima kasih pasal selalu pilih saya main bola untuk sekolah sebab cikgu kata saya ni anak mokhtar dahari….terima kasih ajar saya teknik tendang bola deras…dan maaf saya selalu ‘jual’ nama cikgu bila kena marah dengan  jiran…..”sape ngajar ko tendang bola sampai tingkap cermin rumah orang pecah ? “…..saya selalu jawab….cikgu hassan yang ajar !

guru aku darjah empat harimau(b)…cikgu ng swee kim…terima kasih kerana memilih saya untuk program bantuan makanan percuma kepada pelajar miskin….cikgu tak pernah potong nama saya walaupun cikgu tau saya tak pernah makan sebaliknya jual pada kawan dengan separuh harga…..kawan baik saya tu memang kuat makan…cikgu tengoklah saiz badan dia !

guru aku darjah lima beruang(a)…cikgu mat tap….bukan semua pelajar dalam kelas tu anak orang berada, cikgu….maaflah kalau saya selalu  berbohong  dengan cikgu pasal kasut dan stokin tu….sebenarnya saya segan nak pakai kasut yang berlubang,stokin yang kena ikat dengan getah tu….tu pasal saya selalu pakai selipar jepun….apa pun terima kasih sebab bagi hadiah untuk peperiksaan pernilaian tu.

guru aku darjah enam harimau(b)….cikgu samad …terima kasih kerana sudi terima saya masuk kelas cikgu….saya kekok betul bercampur dengan anak-anak orang berada dalam kelas enam beruang tu….

ermm…aku pun tak tau samada cikgu-cikgu di atas masih hidup lagi atau tidak…..”SELAMAT HARI GURU

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

20 Comments

  • At 2010.05.17 05:08, zik said:

    teringat masa sekolah2 rendah dulu… paling malu kena berdiri atas meja… perghh malunya…. lagi satu kena sebat depan perhimpunan…. yang itu paling malu… nak buat macam ne memang dah salah… ( lambat turun untuk perhimpunan)… apepun selamat hari guru!! ur are the best….
    zik´s last blog ..Keputusan penuh Pilihan Raya Sibu (P212) My ComLuv Profile

    • At 2010.05.17 16:19, admin said:

      apasal nakal sangat,zik ? :) .

      apa pun memang besar jasa guru-guru yang pernah mengajar kita sewaktu alam persekolahan.

    • At 2010.05.17 08:10, mijie said:

      abang jo.. pengalaman dan penceritaan abang jo memang gua kagum la
      mijie´s last blog ..Update versi tension dengan broadband My ComLuv Profile

      • At 2010.05.17 16:25, admin said:

        mijie,dalam blog ni…hanya berkongsi cerita yang gua mampu buat,agar blog ni terus diupdate…kihkihkih

        *itu hari terima kasih kerana selitkan link blog ni,gua asyik terlupa nak ucap terima kasih* :)

      • At 2010.05.17 08:22, samdaddycool said:

        “.”sape ngajar ko tendang bola sampai tingkap cermin rumah orang pecah ? “…..saya selalu jawab….cikgu hassan yang ajar !”

        ayat tak boleh blah! :D
        samdaddycool´s last blog ..Sindrom ‘Monday Blues’ %$@^#&* My ComLuv Profile

        • At 2010.05.17 16:28, admin said:

          suatu jawapan yang penuh kejujuran,sam….. tanpa gua sedar semakin menambah kemarahan jiran gua tu :)

        • At 2010.05.17 15:17, khairolghani said:

          nama kelas ko guna nama haiwan ek?jarang jumpa ni..
          khairolghani´s last blog ..Warkah Untuk Emak My ComLuv Profile

          • At 2010.05.17 16:32, admin said:

            sewaktu itu,bumi ini masih penuh unggas-unggas dan kehijauan :)

          • At 2010.05.17 15:51, botak said:

            hehe sy yang baru tinggalkan sekolah beberapathunni pun dah ingt2 lupa nama2 cikgu..aduh!
            botak´s last blog ..movie of the year My ComLuv Profile

            • At 2010.05.17 16:33, admin said:

              lupa nama cikgu tak pe,botak….jangan lupa jasa mereka sudah :)

            • At 2010.05.18 00:07, ardzham said:

              Yang tetap dalam ingatan, setiap kali hari guru disambut mesti ada baca sajak “Guruku”

              dulu masa sekolah, kumpul duit jajan nak bagi cikhu hadiah, sekarang dah kerja, ada pendapatan tak pulak nak bagi cikgu hadiah, ish… ish… ish… MALUNYA!
              ardzham´s last blog ..Lampu Kalimantang My ComLuv Profile

              • At 2010.05.18 00:40, admin said:

                yang penting kita ingatkan jasa mereka…hadiah tu kira bonuslah untuk mereka kalau dibelikan :)

              • At 2010.05.18 12:49, Dila.13 said:

                waahh… kuat betul memori Bro Jo.. tp baguslah kenang jasa cikgu.. masa saya sekolah darjah 6, guru kelas saya siap menangis lagi merayu suruh kitorang satu kelas jangan buli cikgu2 lain sebab dah ramai yg komplen kitorg satu kelas buat tak tau jek bila cikgu tanye. huhuhu.. lepas tu insaf terus.. :P
                Dila.13´s last blog ..Promosi Diri Dengan Latarbelakang Twitter My ComLuv Profile

                • At 2010.05.18 15:28, admin said:

                  setiap kisah yang ada makna tersendiri pasti akan tersemat kat kepala ni :)

                  boleh tahan nakalnya pelajar-pelajar dalam kelas tu…hahaha

                • At 2010.12.13 15:22, Ali ridha said:

                  jasa mu tetap ku
                  kenang wahai guru.
                  Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended My ComLuv Profile

                  • At 2010.12.29 08:30, admin said:

                    jasa mereka cukup besar :)

                  • At 2010.12.13 15:22, Ali ridha said:

                    jus tok guru
                    bila la aku nak beli.
                    Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended My ComLuv Profile

                    • At 2010.12.29 08:35, admin said:

                      kalau rasa teringin,belilah,AR :)

                    • At 2010.12.13 15:23, Ali ridha said:

                      cikgu ke guru
                      rohaizad?

                      panggil cikgu la.
                      Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended My ComLuv Profile

                      • At 2010.12.29 08:36, admin said:

                        mana-mana boleh panggil,yang penting ada rasa hormat pada yang mengajar kita :)

                      (Required)
                      (Required, will not be published)

                      CommentLuv Enabled
                      © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                      Design by: Yoshz Themes