sejarah drcobbler

admin | sembang-sembang | June, 26 2010 | 22 Comments

adam dan hawa

Ketika aku keluar mencari rokok kegemaran aku,kebetulan aku melewati barisan kedai yang mana sewaktu dulu[1989],aku pernah menjadi ‘penunggu’ di kaki lima kedai itu – mencari rezeki sebagai tukang kasut.Kedai yang aku maksudkan adalah sebuah kedai kopi Cina yang popular di bandar Muar ketika itu.

“Arab lu pusing satu kali lagi ” pinta aku pada kenalan aku yang bersedia membantu aku mencari bekalan rokok.

” Pusing kat mana Joe ? ” tanya Arab pada aku dengan sedikit kehairanan.

” Lu pusing depan kedai kopi Panjang – Coffee Paris tu ” terang aku pada Arab.

“Alamak ! Member aku ni teringat kenangan lalu ke ? ” usik Arab.Sebenarnya Arab ni member pada abang-abang aku yang menagih tu dan  dia sendiri bekas penagih heroin,sekarang jadi penagih ganja pulak….hahaha.Perbezaan umur antara aku dan Arab sebanyak 15/16 tahun.

” Kalau tak de yang dulu,mana ada yang sekarang,Arab ! ” aku terus memotong cakap Arab yang mula ada gaya nak mengorek kisah silam aku.Arab ni,aku tak jumpa dekat-dekat 18/19 tahun.

Sambil menyalakan rokok,aku turun dari kereta,menuju ke tapak kaki lima itu – Arab mengikut aku dari belakang.Terbayang aku akan suasana kemeriahan semasa aku berniaga di situ.Masuk bulan ketiga,aku sudah mengembangkan ‘sayap’ aku.Nama Drcobbler ketika itu memang  ‘digeruni’ oleh tukang kasut yang lain.

Kehadiran aku di situ telah menyebabkan 2 orang tukang kasut yang telah menempa nama lebih awal dari aku,tumbang ! Tewas dalam persaingan perniagaan.Amid warga Minang yang telah bertapak di Muar lebih 10 tahun  ‘rebah’.Tukang kasut berbangsa Cina[tukang kasut paling lama dalam Muar] turut menerima nasib yang sama.

aku akan memerhatikan perkembangan perniagaan setiap 3 bulan sekali(bakal terjadi satu sejarah dalam dunia tukang kasut muar, aku akan ceritakan).Itu sedutan entry aku yang lepas,menggambarkan apa yang berlaku selepas 3 bulan aku memulakan perniagaan perkhidmatan membaiki kasut.

Kebetulan mereka berdua ini mengambil bekalan alat ganti kasut dari Bang Da.Mereka juga kenalan pada Bang Da terutama Uncle Boncai tu.Maka gemparlah di sana akan berita ini….hahaha.Namun Bang Da mahu pun Bang Hud sudah menjangka akan perkara ini lebih awal lagi.

Sebelum masuk ke kereta semula,aku sempat merenung tiang konkrit kedai kopi itu.Sebatang tiang yang menjadi saksi,saksi kepada Adam dan Hawa yang saling merindui. Berjumpa sebulan sekali demi sebuah janji ! Janji untuk hidup bersama !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

22 Comments

  • At 2010.06.27 23:24, mijie said:

    aisyeh men makin syahdu pulak aku baca citer ni
    mijie´s last blog ..Senarai 16 pasukan layak ke pusingan kedua piala dunia 2010 My ComLuv Profile

    • At 2010.06.28 00:20, admin said:

      lu syahdu,
      gua buntu….hahaha[hari ahad ni sampai tak tau nak tulis apa]

  • At 2010.06.28 07:15, Hapiz Rahman said:

    kena amik masa untuk bace nie.. insyaallah nanti singgah lagi.. :)
    Hapiz Rahman´s last blog ..IMPIAN YANG BELUM TERCAPAI My ComLuv Profile

    • At 2010.06.28 10:25, admin said:

      ambillah masa yang sesuai,hapiz :)

    • At 2010.06.28 15:23, Dila.13 said:

      waduh waduh… mengimbau kenangan silam… cepat2 sambung cerita ye.. dah gatal mata nak baca novel drcobbler nih.. kalah lagenda budak setan! :D
      Dila.13´s last blog ..5 Tips Jadi SEO Freelance Writer My ComLuv Profile

      • At 2010.06.28 16:45, admin said:

        tiba-tiba macam kehilangan idea untuk menulis,dila :)

      • At 2010.06.28 21:46, kay-N said:

        wahh..ehem..cpt2..sambung2..hehe..=pp
        kay-N´s last blog ..Karate Kid dan Toy Story 3 My ComLuv Profile

        • At 2010.06.29 05:19, admin said:

          haha…..mungkin beberapa hari ni tiada update,kay-N :)

        • At 2010.06.28 21:51, donnyien said:

          Salam kenal,
          ya habibi maulana…
          donnyien´s last blog ..Monthly Bandwidth Transfer Red alert- My ComLuv Profile

          • At 2010.06.29 05:21, admin said:

            memang dah kenal pun dengan kamu ni,donnyien :)

            terima kasih sudi singgah di sini :)

          • At 2010.06.29 14:35, nuaeman said:

            Takde idea ni kekadang bukan bab nak menulis post saja.. tapi nak tulis komen pun adakala boleh takde idea..
            nuaeman´s last blog ..Semangat-semangat kental peserta Bengkel Blogging My ComLuv Profile

            • At 2010.06.29 16:27, admin said:

              hahaha….mat,sebenarnya ia lebih kepada mencari kesesuaian dalam menulis entry mahu pun komen :)

              idea tu ada tapi macam tak sesuai pulak :)

            • At 2010.06.29 21:27, Nadri said:

              tak sangka, persaingan dlm perniagaan repair kasut pun sengit jugak..siap blh rampas kawasan lagie..mcm kumpulan Gagak Hitam..
              Nadri´s last blog ..Kenali Artis Malaysia Miliki Harta 7 Angka My ComLuv Profile

              • At 2010.06.30 00:59, admin said:

                bila nama berniaga ni persaingan memang sengit,bro :) …tak kiralah persaingan sihat atau kurang sihat tapi drcobbler bersaing secara sihat :)

              • At 2010.07.01 01:21, botak said:

                cinta adam dan hawa-misya omar
                botak´s last blog ..1st half-gt2nd half- no BREAK- My ComLuv Profile

                • At 2010.07.01 15:35, admin said:

                  yang itu aku tak pernah layan lagunya,botak :)

                • At 2010.07.03 03:37, Samdaddycool said:

                  Agak-agak kalo gua gi check kat tiang tu esok ada tulis ‘Jo wuz ere’ tak?? :P
                  Samdaddycool´s last blog ..SMS minta maaf tak semuanya terjawab My ComLuv Profile

                  • At 2010.07.03 03:43, admin said:

                    kahkahkah…gua bukan jenis “tulis nama atas batu”,sam :)

                  • At 2010.07.26 13:47, khairolghani said:

                    aduhai..jiwang pulak..haha..peluk tiang tak?
                    khairolghani´s last blog ..Majlis Solat Hajat My ComLuv Profile

                    • At 2010.07.26 19:43, admin said:

                      kehkehkeh….dari peluk tiang baik aku peluk orangnya,kay :)

                    (Required)
                    (Required, will not be published)

                    CommentLuv Enabled
                    © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                    Design by: Yoshz Themes