salam perkenalan

admin | sembang-sembang | July, 26 2010 | 30 Comments

Bila aku menjejakkan kaki di atas kapal,dari tingkat yang lebih tinggi itu ‘bersidai’ 3 pemuda dalam lingkungan 30 an.Mereka menyambut aku dengan senyuman sinis sambil berbisik antara mereka.Hati sedikit bangga sebab kini aku sudah bergelar kelasi ! Aku berdiri di tepi besi hadangan[kandang] sambil menghirup udara laut yang sedang bertiup agak kencang.

Ketika aku memandang ke arah jeti[memang tak boleh nampak pun],satu suara menegur ku.” Johari,sila ikut saya ke kabin kapten ” arah seorang yang agak kemas penampilannya.Kapten kapal adalah seorang yang berasal dari benua Afrika.Dalam 20 minit jugak aku mendengar taklimat dari Kapten BP,yang mana satu benda pun aku tak faham apa yang dia cakap[bahasa inggeris]…..kahkahkah !

Dari situ aku dibawa ke kafe – seingat aku sungguh berbelit-belit perjalanan dari kabin ke kafe.Di situ ketua jurutera sudah menunggu aku.Orang Malaysia dari Sarawak.Tanpa membuang masa dia menerangkan serba ringkas segala yang berkaitan dengan jawatan aku.Waktu bekerja,tugas aku,rakan sekerja dan akhir sekali dengan nada yang berbeza menerangkan suasana pergaulan sesama kelasi[terutama yang satu department]

Ayat yang sama yang aku dengar seperti sebelum ini ” Aku rasa kau tak lama atas kapal ni “.Selesai minum air di kafe,aku dibawa ke kabin.Dalam kabin yang agak sempit itu terdapat 2 katil bertingkat yang terlekat di dinding.Satu tingkap bulat berkaca tebal yang tidak boleh dibuka menyebabkan kabin itu sedikit berbau.

Setelah menyerahkan satu anak kunci kabin dan beberapa helai kertas[jadual kerja],ketua jurutera itu meninggalkan aku.Mungkin tidak tahan berlama-lama dalam kabin yang berbau itu.M.V.JJJJ akan belayar menuju ke Pelabuhan Butterworth/Pulau Pinang[aku dah tak ingat].Aku diberi masa selama 24 jam berehat sebelum memulakan tugas.

Setelah siap mengemas katil,aku terbaring keletihan.Di kala itu fikiran aku sedikit berkecamuk,perasaan aku bercampur baur sedih dan pedih.Tiba-tiba pintu kabin terkuak,masuk 3 pemuda.Aku yang berbaring menghadap pintu kabin dapat mengecam ketiga-tiga pemuda tersebut-pemuda yang ‘bersidai’ tadi.

” Ai,tak kan dah mabuk laut,kapal belum pun belayar ” kata seorang dari mereka diikuti dengan derai ketawa.Aku menyedari bahawa sesi perkenalan sudah bermula.” Kau ada rokok ? tanya pemuda yang bersuara tadi dengan muka penuh lagak.” Tak de lah,beb ” jawab aku ringkas.

” Alamak ! Budak baru ni nak tunjuk keras kepala lah ! ” pemuda yang sama bersuara lagi.Aku yang tengah sedih dan pedih kini mula  mendidih ! ” Beb,aku cakap Melayu,kau pun cakap Melayu,itu pun susah nak faham ke ? ” tanya aku.Aku yang tadi berbaring kini sudah duduk-masih di atas katil.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Kapten Y,Kapten BP dan ketua jurutera sebelum ini.Mungkin kerana penampilan aku dan usia aku agak muda menyebabkan pemuda tersebut menjangkakan aku mudah dibuli…..kehkehkeh

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

30 Comments

  • At 2010.07.26 15:07, cookdong said:

    20min mengangguk je?haha
    adakah abg joe akan dibuli? tunggu..kaset tu jangan lupe..hehe

    • At 2010.07.26 15:56, Samdaddycool said:

      Tunggu jugalah..
      Samdaddycool´s last blog ..Puasa dah dekat- sendiri mau ingat My ComLuv Profile

      • At 2010.07.26 20:11, admin said:

        sabar menanti,sam :)

      • At 2010.07.26 20:11, admin said:

        bukan mengangguk tapi termenung ! :) …macam biasa tunggu siaran entry berikutnya :)

      • At 2010.07.26 22:32, bujang3 said:

        aku rasa depa dah silap orang la kalau nak buli…. dia belum kenal SANG GILA API.. ha.ha.ha!!!

        • At 2010.07.27 00:30, admin said:

          entry berikutnya akan menentukan siapa buli siapa,bujang :)

        • At 2010.07.27 00:08, etomyam said:

          oh gitu ke cara sesi orientasi kat atas kapal…huhuhu
          etomyam´s last blog ..Nisfu Syaaban My ComLuv Profile

          • At 2010.07.27 00:32, admin said:

            itu sesi suaikenal yang sudah diubahsuai oleh sekelompok kelasi,bro….adatlah tu,di mana-mana pun benda seperti ini berlaku :)

            • At 2010.07.27 01:19, etomyam said:

              kes senior n junior ni memang tak leh lari kat mana-mana pun kan… sapelah yg cipta perkataan tu hehehe
              etomyam´s last blog ..Nisfu Syaaban My ComLuv Profile

              • At 2010.07.27 01:44, admin said:

                rasa-rasanyalah ini adalah budaya penjajah !…hahaha aku main hentam je bro :)

          • At 2010.07.27 01:51, tehr said:

            sampai ke laut rupanya kes senior dan junior ni
            ingatkan atas darat je
            tehr´s last blog ..Cerita Tentang Hutang My ComLuv Profile

            • At 2010.07.27 02:26, admin said:

              dah ragam manusia suka berlagak…di mana-mana pun ia akan berlaku,tehr :)

            • At 2010.07.27 04:05, Noor Azlin @ Bizznurse.com said:

              HuHu…
              i knew that I shall never be on board..
              Claustrophobic + Hydrophobic !

              • At 2010.07.27 14:01, admin said:

                sebagai kelasi kena tempoh semua itu,NA :) ….tak boleh nak fobia-fobia

              • At 2010.07.27 06:35, mijie said:

                atas kapal pun ada senior junior jugakan…tapi silap lah nak buli sangilapi heheehe
                mijie´s last blog ..Menetapkan halatuju blog My ComLuv Profile

                • At 2010.07.27 14:03, admin said:

                  yupp,memang ada kes macam tu,mijie….mungkin usia gua jauh lagi muda dari mereka tapi tak bermakna gua boleh dibuli dengan mudah :)

                • At 2010.07.27 10:12, zik said:

                  alamak senior datang bilik… paw rokok..

                  • At 2010.07.27 14:04, admin said:

                    mula-mula paw rokok dan akan melarat pada perkara lain,zik :)

                  • At 2010.07.27 10:14, madlut said:

                    bab2 mcam nie aku minat….hehe..adakah sangilapi akan “goyang”?

                    • At 2010.07.27 14:07, admin said:

                      jangan cenderung sangat pada keganasan,madlut :) ….”kalau takut dilambung ombak jangan kerja kelasi”…kahkahkah

                      dah kepala aku ketika itu suka rempuh apa jua yang datang :)

                    • At 2010.07.27 10:23, khairolghani said:

                      haha..pow rokok je pun..biasala bro..senior memang nak tunjuk hebat je..
                      khairolghani´s last blog ..Majlis Solat Hajat My ComLuv Profile

                      • At 2010.07.27 14:09, admin said:

                        bermula dengan rokok,lepas tu mungkin akan menguasai kehidupan seseorang yang boleh dibuli itu,kay :)

                      • At 2010.07.27 10:29, adamfaiz said:

                        Alahh…senior pun kalau kena tumbuk berdarah gak…
                        adamfaiz´s last blog ..Bila Melayu Bukan Islam… My ComLuv Profile

                        • At 2010.07.27 14:09, admin said:

                          hahaha…betul tu tapi larangan paling besar-jangan bergaduh di atas kapal,adam :)

                        • At 2010.07.27 11:54, Dila.13 said:

                          Owh.. dah masuk babak yang berbunyi Jeng, jeng, jeng….
                          Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 1 My ComLuv Profile

                          • At 2010.07.27 14:11, admin said:

                            begitulah perjalanan ceritanya,dila :)

                          • At 2010.07.27 18:05, khalidah said:

                            sila sambung cerita…hehe…

                            • At 2010.07.27 19:34, admin said:

                              sudah disambung pun ceritanya,K :)

                            • At 2010.07.27 22:18, ardzham said:

                              Diaorang tu tak kenal lagi siapa sangilapi, lepas ni tentu bab kau kenalkan diri yek…
                              ardzham´s last blog ..Terlebih tidur otak pun menjadi beku My ComLuv Profile

                              • At 2010.07.27 23:48, admin said:

                                nama pun sesi perkenalan maka saya pun memperkenalkan diri walaupun dengan cara yang kurang mesra :)

                              (Required)
                              (Required, will not be published)

                              CommentLuv Enabled
                              © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                              Design by: Yoshz Themes