salah siapa
Aku sedang dalam perjalanan ke balai polis.Namun aku tersenyum sekurang-kurang ada jugak tempat bermalam…..kehkehkeh.Semasa aku berlari keluar dari kawasan rumah Kapten Y,aku terus berlari tanpa tahu ke mana arah tuju.Sebaik keluar dari lorong deretan rumah-rumah mewah itu,aku terserempak dengan kereta peronda.Dipendekkan kisah – balai cerita !
Walaupun disoal bertubi-tubi oleh anggota polis tersebut semasa dalam perjalanan ke balai,aku cuma jawab “kat balai lah,saya jawab “.Apa aku nak runsing apatah lagi rasa gementar,aku bukan buat salah.Cerita jadi panjang sebab aku gagal menyakinkan anggota polis tersebut semasa di balai.
Yelah,aku mana tau alamat sebenar rumah Kapten Y,nombor telepon rumah beliau pun aku tak tahu.Aku nak jawab pada persoalan kenapa aku berlari pada waktu pagi-pagi buta pun itu terasa sukar.Macam panjang pulak,aku nak menerangkannya pada anggota polis tu.Akhirnya aku jawab,”saya tak mahu terserempak dengan seseorang yang ada dalam rumah tu”.
Sedang aku diasak bertubi-tubi dengan persoalan.Pintu balai terkuak.Kapten Y dan seseorang [yang aku amat aku kenal] masuk.Setelah Kapten Y mengesahkan memang mengenali aku,pekerjaan aku,sebab apa aku berlari-lari di pagi buta,akhirnya aku dibenarkan pergi.Tapi aku serba salah nak ikut Kapten Y.
” Nanti dalam kereta,gua cerita sama lu,Jerung” nada Kapten Y bagai mengarahkan aku masuk dalam kereta.
” Capt,tolong panggilkan teksi lah,gua mau pergi KL” aku masih berdegil.
“Lu nak suruh hantar sampai KL pun boleh,sekarang masuk kereta dulu” terang Kapten Y .
Dalam kereta,sambil Kapten Y menerangkan hal sebenar,aku terintai-intai dari kerusi belakang akan gadis yang aku sangkakan Nai itu.Hati aku masih curiga dengan penjelasan Kapten Y tentang wanita itu – isterinya !
Tiba di rumah,Kapten Y memasang kesemua lampu di ruang tamu supaya aku lebih jelas melihat wajah isterinya yang begitu mirip dengan Nai – macam kembar ! Tapi renungan matanya nyata berbeza !
Malam itu ketika berbaring di bilik tetamu,aku teringat akan sekeping sampul surat.Aku merasakan ada beberapa keping gambar dalam sampul surat tersebut.Keluarkan isinya.Aku buka lipatan sekeping surat.Baca – sekadar sekerat.Aku capai kepingan-kepingan gambar yang disertakan sekali.
Aku kenal kucing-kucing dalam gambar tersebut.Semakin membesar dengan sihat.Begitu gemuk,Gong dan Tok,tapi aku hampir-hampir tidak mengenali Nai.Begitu susut tubuhnya.Tiada seri di mukanya.Tiada sinar lagi di matanya.Tiada senyuman manis di bibirnya.Tawar.Hambar.Kosong !
Aku padam lampu bilik.Cuba merenung dalam-dalam.Salah siapa?
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



huhuhu….hanya korng jer tahu salah sape..isk..nape tak maw jumpa sgt nih abg joe?
saya fikir – salah masa,Nai fikir pulak – salah tempat/keadaan,ejon
babak itu sudah tamat,tirai pun dilabuhkan.tiada lagi pelakon di atas pentas itu.
owh…hehe…sume silap la nih…not the right time,not the right place..
ya,begitulah yang boleh disimpulkan,ejon
eeemmm….cam suspen jer citer ni…kisah benar ke?
sebahagian babak kehidupan saya di masa lalu,CN
salah siapa? em susah nak cakap kan….
mijie´s last blog ..HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2
haruskah masa dan keadaan patut dipersalahkan,mijie?
atau para pelakon tersalah pilih skrip di pentas itu.
mungkin takdirnya begitu
mijie´s last blog ..HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2
yang itu jawapan yang tepat,mijie
…tak perlu memeningkan kepala
susah nak jawab soalan tu.. banyak persoalan lain yang muncul pulak sampai tak timbul persoalan salah siapa..
Dila.13´s last blog ..3 Tabiat yang Perlu Elak Ketika Menulis Entri Blog
memang susah nak jawab,dila
…sehinggakan saya terpaksa merenung dalam-dalam .
memang banyak persoalannya macam gambar kat atas tu…kehkehkeh
kih2<- gelak jahat
kehkehkeh….aku sambung bagi panjang sikit,CD
penangan cinta..parah!!
cinta itu membuatkan kita derita,madlut….kehkehkeh
aduh susah nak jawab…salah siapa nie… wahhh
zik´s last blog ..Hidup seorang blogger part 2
susah? kita bagi ia menjadi mudah,zik
….redha!
Kesian dia Joe..
admfaiz´s last blog ..Selepas Lisa Surihani- Farid Kamil Ada Kekasih Baru!
nak buat macam mana,adam
…”Tuan Pengarah” kata skrip aku dan Nai adalah sebuah kisah sedih…..layankan je lah babak air mata tu.
mula2 salah sangka
yang kedua salah kamu joe
…lari dari masalah tidak menyelesaikan masalah
[pendapat aku je - apa2 pun kisahnya belum habis dan kesudahannya belum ditentukan]
tehr´s last blog ..Memandu Kereta Balik Beraya
kes yang pertama tu,aku setuju – sedikit salah faham,tehr
kes kedua,aku tak setuju – sebab aku sudah memberi faham pada Nai[sudah dijelaskan]
babaknya sudah tamat,tirai sudah dilabuhkan,pentas itu sudah kosong,tehr
tapi takde second chance kat diri sendiri atau kat Nai ke? huhuhu.. tak berapa gemar sad ending tapi bak kata Bro Johari, “Tuan Pengarah punya skrip dah macam tu”.
Dila.13´s last blog ..3 Tabiat yang Perlu Elak Ketika Menulis Entri Blog
siapa yang mahukan sedih,dila
…tapi kita kena ingat setiap kejadian/peristiwa begitulah kisahnya-ada suka dukanya.
*peluang?ia melibatkan pihak lain[papa Nai] agak sukar hendak diselesaikan *
susut badan menanggung suatu penyiksaan tu bro ..huhu
etomyam´s last blog ..Senarai Panduan Dan Tips Temuduga
apa nak buat ,bro
he he memang buat suspen je.. ingatkan nai betul2.. biasa la bila kita selalu ingatkan orang “itu” semua orang kita akan terperasan macam si dia.. itu normal..
boss´s last blog ..Beli barang raya
tapi memang serupa,boss
[kebetulan]
Bini kapten tu sedara ngan Nai ke?
Samdaddycool´s last blog ..Panduan untuk mengelakkan sikap takbur
bukanlah,sam
…sekadar kebetulan yang menyeksakan!
cerita ape ni.tgh malam n pagi buta berlari2……..
Ali ridha´s last blog ..Selamat sampai ke Kamunting
sebuah cerita yang bersambung-sambung,ali