rezeki tambahan

admin | sembang-sembang | May, 11 2010 | 40 Comments

masih berkisar kisah aku menjalani latihan membaiki kasut

elaun dari MARA untuk latihan sambil kerja(LSK) masih belum dapat lagi…jadi demi meneruskan kehidupan…aku masih lagi dengan ‘operasi mencari ‘…ketika ini aku mula buat part time di kedai barangan kulit …mujur kak pah dan suaminya mempelawa aku buat part time di kedainya…. aku langsung tak bertanya tentang gaji….yang aku tau cukup bulan ada tambahan rezeki selain gaji yang dihulur oleh mahaguru kasut…itu sudah cukup membuatkan aku tersenyum !

tamat waktu bekerja dengan mahaguru kasut,aku bergegas ke kedai barangan kulit…part time ini menyebabkan waktu makan aku semakin lewat….namun setiap kali aku sampai di kedai tersebut,dapatlah aku mengalas perut aku…. yang dari pagi sekadar menelan air paip…di kedai itulah jugak, pertama kali dalam hidup aku ….merasa air milo…hehehe

cara aku godak air milo ni membuatkan seisi kedai pelik…entah ! pada aku sudah cukup enak,serbuk milo dituang air panas,kacau …surpp…surpp…hirup….tanpa campur gula pasir mau pun susu….yelah,sewaktu di kampung,begitulah cara ibu buat air panas….tanpa gula pasir apatah lagi susu…paling canggih pun menggunakan gula tebu/gula merah….pasal tak mampu !

selain pekena air milo panas,selalu jugak ada beberapa ketul karipap,tak pun pisang goreng yang sudah tak mau dimakan lagi…kalau ada tiga ketul…satu aku makan,dua lagi aku simpan untuk makan malam nanti….kalau ada dua ketul…..satu makan,satu simpan….perbuatan aku ini tanpa aku sedar, diperhatikan oleh kak pah…hahaha

antara kerja aku di kedai kulit tu :-

-polish jaket kulit yang sudah disiapkan…sebelum tu menggunting lebihan benang yang dijahit oleh mesin….polish jaket kulit bukan senang tau ! ada teknik-teknik tertentu sebab kulit yang masih baru agak meyerap bahan pengilat….kalau tak kena gaya memang kelihatan bertompok-tompok.

-mana-mana barangan kulit yang dihantar repair yang memerlukan jahitan tangan….contoh beg duit,tali pinggang,jaket kulit,topi koboi,western boot…senang cakap kerja-kerja jahitan tangan semua aku buat.

pukul 10-10:30 malam baru aku balik ke ‘bilik kotak’….macam biasa…’buah tangan’(beg plastik sampah) dari kedai pasti aku bimbit untuk dibawa pulang …..malam ni hatiku bernyanyi girang sebab di kedai tadi….kak pah ada merungut pasal tin biskut yang tidak ditutup elok…semut masuk dan biskut lemau…begitu jelas telinga aku menangkap rungutan kak pah.

sambil mandi,kepala memikirkan satu hal…yang pada aku,sekali aku fikir…ia pelik….sekali aku fikir…ia rezeki aku…..”arghh …buat apa sakit-sakit kepala fikir benda ni ” bentak hati ku….aku bentang suratkhabar lama di sudut hujung bilik….aku curah sampah berhati-hati…kedua-dua beg plastik sampah….kais-kais…jumpa plastik kuah tapi dah kosong…..kais-kais….jumpa bungkusan nasi….aku bukak …..licin tak bersisa….”sekarang ni,diaorang kuat makan pulak” rungut aku….akhirnya dalam timbunan sampah tu….dapatlah aku rezeki makan malam selain sebuah tin bulat berwarna biru…tin biskut!

malam tu aku terjumpa sebungkus nasi goreng yang masih belum terusik lagi !…sebahagian untuk aku ….sebahagian untuk kucing-kucing yang selalu menyambut kepulangan aku …..sedang aku menjamu selera….pintu ‘bilik kotak’ diketuk….satu suara lembut bersuara mengarahkan aku bukak pintu….aku amat kenal akan suara lembut itu……tiba-tiba  “aku tendang pintu ni kalau ko lambat bukak” satu suara serak-serak pula kedengaran…. nak  tersedak aku dibuatnya…..nak minum air….batang paip kat bilik air di luar sana !

*disebabkan aku terlampau menjiwai penulisan ini….aku perlu buat segelas kopi panas menghilangkan rasa tersedak ini :) *

-

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

40 Comments

  • At 2010.05.11 23:36, samdaddycool said:

    aishhhh potong la plak,,,
    samdaddycool´s last blog ..Kaya Ball : simple business idea My ComLuv Profile

    • At 2010.05.12 00:28, admin said:

      apakan daya,
      otak dah tak berupaya :)

    • At 2010.05.12 00:10, rohaizad said:

      Siot laaa… tengah sedap baca… dia plak sibuk nak buat air…! Cehhh
      rohaizad´s last blog ..Anak Derhaka !!!! My ComLuv Profile

      • At 2010.05.12 00:29, admin said:

        pasal dalam tv pun ada iklan,jad…hahaha

        • At 2010.05.12 07:20, samdaddycool said:

          tapi iklan yang ni lama sangat… menarik woo gua baca.. rteruja, terkinja2 tunggu nih!
          samdaddycool´s last blog ..Kaya Ball : simple business idea My ComLuv Profile

          • At 2010.05.12 14:25, admin said:

            iklan di waktu puncak memang lama,sam :) ….kihkihkih

      • At 2010.05.12 07:58, botak said:

        cepat lah habis iklan..hish
        botak´s last blog ..oversleeping My ComLuv Profile

        • At 2010.05.12 14:33, admin said:

          sila tekan butang rewind untuk hiburan sementara(entry lain) sebelum kisah si tukang kasut disambung semula….kihkihkih

        • At 2010.05.12 07:59, botak said:

          cepat lah habis iklan bro..
          botak´s last blog ..oversleeping My ComLuv Profile

          • At 2010.05.12 14:35, admin said:

            sabar bro….sabar bro :)

          • At 2010.05.12 09:27, Dila.13 said:

            alahai.. ape kes boleh tersedak pulak dah??? saya bayar tau nak tgk wayang ni! hahaha :P cepat sikit hilangkan tersedak tu ye..
            Dila.13´s last blog ..Hari Biru My ComLuv Profile

            • At 2010.05.12 14:54, admin said:

              sebab penulis menyelami penulisannya…dila,ini kes puluhan tahun yang lampau daaa…susah wooo kadang-kadang nak ingatkan semula terutama susunan peristiwa tersebut :)

              • At 2010.05.12 15:38, Dila.13 said:

                Takpe, takpe.. kat sini ramai peminat sinetron tukang kasut ni. saya pasti ramai yang tak sabar nak baca sambungan tapi mereka rela tunggu dari takde langsung. hehe..
                Dila.13´s last blog ..Get Traffic Commenting on Blogs My ComLuv Profile

                • At 2010.05.12 16:42, admin said:

                  sambungan memang ada sebab nak update blog…hahaha

            • At 2010.05.12 10:34, Hidier said:

              haha….tu la pasai..apa punya blogger..boleh plk pegi cari air..len kali minum dulu sebelum menuulis :)
              Hidier´s last blog ..Bersungut dan mengeluh : dapatkah menyelesaikan masalah? My ComLuv Profile

              • At 2010.05.12 14:57, admin said:

                yelah aku boleh terlupa pulak nak stand by sebotol air suam dan segelas kopi panas sebelum menulis….aku menaip sambil merokok beb,tekak jadi kering :)

              • At 2010.05.12 11:58, boy_bersahaje said:

                Bro buat la novel kesah bro. Kompem best seller kat Malaysia, Singapore ngn indonesia :)

                • At 2010.05.12 16:36, admin said:

                  hehehe…novel ye,boy….ko pun tau…blog aku ada berape kan?…pun tak dah terlayan….hahaha.

                  jap….ermmm.. kalau novel nipis-nipis(50 muka surat) boleh kot :)

                • At 2010.05.12 12:54, khairolghani said:

                  pulangkan duit kami..kami bayar untuk seat ni dan cerita yg best ni..boleh pulak ada iklan2..haha..bila next episode?
                  khairolghani´s last blog ..Warkah Untuk Emak My ComLuv Profile

                  • At 2010.05.12 14:59, admin said:

                    iklan penting beb,tulang belakang sesuatu penyiaran….next?tunggu daaa :)

                  • At 2010.05.12 15:41, madlut said:

                    tengah suspen dia stop pulak…..kalau wayang mau kena bakar panggung nie..haha…

                    • At 2010.05.12 16:38, admin said:

                      relax…relax…blogging kena cool and relax,madlut :)

                    • At 2010.05.12 16:13, mijie said:

                      aduh hai, potong stim betul….citer tgh hot…sekali iklan pulak…

                      takpe tunggu lagi…
                      mijie´s last blog ..Sekitar Hari Aggota Bomba 2010 di Melaka My ComLuv Profile

                      • At 2010.05.12 16:44, admin said:

                        kenalah iklan jap,mijie…jari gua dah lenguh sebab gua taip,tekan satu-satu…hahaha

                      • At 2010.05.12 21:14, boss said:

                        mmg best cerita ko ni..mmg layaannn habis.. teruskan ye..
                        boss´s last blog ..Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 2) My ComLuv Profile

                        • At 2010.05.12 21:31, admin said:

                          insyaallah aku teruskan demi untuk update blog ni…hahaha

                        • At 2010.05.13 03:31, zik said:

                          suara sapa agaknya??
                          zik´s last blog ..Malaysia mara ke separuh akhir piala thomas 2010! My ComLuv Profile

                          • At 2010.05.13 04:21, admin said:

                            suara manusia yang berhati mulia dalam kehidupan aku,zik :)

                            • At 2010.05.13 09:39, Dila.13 said:

                              garang jugak sampai siap nak tendang pintu ‘bilik kotak’! dah jd mcm cerita aksi dah haa.. hehehe…
                              Dila.13´s last blog ..Fakta Popcorn My ComLuv Profile

                              • At 2010.05.13 15:09, admin said:

                                sebab sebelum ini,bang hud/kak pah ada berkias-kias bertanya macam mana kehidupan saya…saya berbohong-mungkin itulah sebabnya dia marah sangat :)

                                • At 2010.05.13 15:17, Dila.13 said:

                                  ahaa… kiranya dah terkantoi di situ.. tu la.. kalau mula-mula dok bohong sunat, lama-lama bohong bulat-bulat pula.. ish3x.. mereka berdua sihat lagi ke Bro Jo?
                                  Dila.13´s last blog ..Fakta Popcorn My ComLuv Profile

                                  • At 2010.05.13 15:53, admin said:

                                    kalau dila baca babak saya masih dalam latihan,saya tak menyebut lokasinya…sekadar menyebut nama-nama watak(ada sebabnya).

                                    kak pah sudah pulang menghadapNya pada tahun 2000(saya dalam hutan perlis masa tu)…suatu tamparan hebat buat bang hud termasuk saya(bukan tak redha cuma ada cerita di sebalik kematian kak pah) :(

                        • At 2010.05.13 23:17, Dila.13 said:

                          maaf kalau saya tersentuh bab2 sensitif. tak bermaksud mcm tu ye Bro Jo.. semoga roh kak pah dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang2 yang beriman..
                          Dila.13´s last blog ..Fakta Popcorn My ComLuv Profile

                          • At 2010.05.13 23:29, admin said:

                            no hal la,dila…dah memang macam tu hakikatnya :)

                            kak pah memang damai di sana :)

                          • At 2010.05.14 09:06, zainura66 said:

                            eh..eh.. ada commercial break pulak ???!!!!

                            • At 2010.05.14 14:30, admin said:

                              hehehe…adat dalam penulisan blog,puan :)

                            • [...] itu Bhg 4 – Tempoh bertenang Bhg 5 – Gaji aku Bhg 6 – Pintu rezeki mula terbuka Bhg 7 – Rezeki tambahan Bhg 8 – Rezeki mula melimpah Bhg 9 – Kalau dah rezeki Bhg 10 – Rezeki aku Bhg 11 [...]

                              • At 2010.05.26 19:59, admin said:

                                boss,terima kasih :)

                              • At 2010.12.13 12:27, Ali ridha said:

                                baiki kasut la pula.
                                Ali ridha´s last blog ..Banner Contest laksamberlipatblogspotcom My ComLuv Profile

                                • At 2010.12.16 21:15, admin said:

                                  peristiwa yang pernah aku lalui :)

                                (Required)
                                (Required, will not be published)

                                CommentLuv Enabled
                                © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                                Design by: Yoshz Themes