rezeki mula melimpah
disebabkan aku lambat bukak pintu…lambat tu taklah lambat cuma tetamu yang di luar tu yang tak sabar…hahaha…dah nama pun ‘bilik kotak’ memang tak de tingkap untuk menjengok ke luar….walaupun begitu,aku dah tau siapa tetamu yang berkunjung itu….kini aku baru faham …..jawapan kepada persoalan yang bermain-main di fikiran sebelum ini.
kenapa kebelakangan ini,aku jumpa sesuatu(contoh gunting-peralatan kedai) dalam beg plastik sampah,kenapa suasana di kedai aku rasa berbeza,maksud aku, kak pah dan abang hud(suami kak pah) akan hilang dari pandangan sebelum kedai ditutup….selalunya salah seorang mesti ada sehingga kedai ditutup,kenapa sejak kebelakangan ini,aku selalu nampak abang hud selalu lepak di kedai makan berhampiran dengan tapak kali lima mahaguru berniaga.
“ko buat apa kat dalam tu…lambat sangat nak bukak” abang hud bersuara lagi….”jap,bang…pakai baju” aku bersuara mencari alasan…..namun aku terlupa bahawa dari papan pintu bilik,abang hud boleh mengintai….maklumlah stor buruk,pintunya pun ala kadar je buatanya….aku memang dah tak boleh nak sorokkan apa-apa lagi.
sebaik pintu aku bukak….abang hud terus masuk tanpa sempat aku mempelawanya….kemudian kak pah mula masuk terus duduk bersimpuh dan mula bersuara.
kak pah :”kan betul bang,yang saya syak dari dulu”sambil menunjuk-nunjuk ke arah beg plastik sampah….ahh…aku dah kantoi !
bang hud :” ni yang beg plastik sampah kedai ada dalam bilik ni…..ko,nak buat apa ?”
aku :”tak sempat buang lagi,bang”…..saje cari perca-perca kulit” aku cuba sedaya upaya mencari alasan.
bang hud : “cari balance kulit ye !” …. ‘aku perhati ko dah lama,joe….dari mula ko amek kasut kat kedai”….”dari minggu pertama ko duduk kat si da(mahaguru kasut aku)”
kak pah :”kami dah berbual dengan abang da ko”…”kami dah tau gaji ko sehari berape”…”dan maaf…. kami ada sangka buruk dengan ko,joe”
bang hud :”bukan apa,joe….ko tu collect kasut kat kedai kitaorang”….”harga kasut tu….ko pun tau”….”gaji ko dah tak masuk akal”…..”duduk pulak area panas”……”macam-macam kami fikir,joe”
bang hud : “aku ni sampai bertanya dengan otai sini”….”ada tak dengar-dengar,budak-budak amek barang dengan tokan baru”….muka aku berkerut-kerut bila bang hud sangka aku ni tokan.
bang hud :”dah kalau gaji dua ringgit sehari”…..”macam mana nak hidup,joe ?” balas bang hud bila melihat kerutan muka aku sebentar tadi.
bang hud :” tapi otai sini cakap…..tak de pun tokan baru melintas sempadan”….”sebab tak de barang kaler lain masuk ke sini”…”aku jadi lagi pelik,lagi pelik…joe”
kak pah :” ni akak nak tanya”….”joe,jawab dengan jujur”….”sebelum ni,sebelum kami letak makanan yang tak terusik lagi”…..”joe,makan apa?”
aku :”makan nasilah kak” jawab aku ….yang aku kira dah cukup jujur.
kak pah : “nasi yang mana,joe ?”…..”nasi-nasi yang kami makan tak abis tu ke ?” ketika ini mata kak pah dah merah berkaca-kaca….mungkin kerana sifat keibuan yang menebal, dia jadi begitu…hehehe
aku :”yelah kak…nasi tu elok lagi,kak….tak basi pun” aku jawab dengan penuh jujur…..penuh selamba!
aku :”ni pun saya tengah makan…tangan pun belum basuh lagi ni” sambil aku menunjukkan ke arah bungkusan nasi goreng yang baru beberapa suap masuk ke perut.
keadaan menjadi hening seketika …….kemudian terdengar kak pah tersedu-sedan,teresak-esak menahan pilu…..bang hud yang gayanya seperti seorang kutu jalanan mula menundukkan kepala agar rambutnya yang panjang itu menutupi mukanya…aku tau,dia cover matanya yang sedang berair- menangis !
aku ke bilik air….basuh tangan, telan air paip sambil kepala aku berfikir-fikir….mungkin diaorang ni banyak tengok drama…aku cerita pasal makan nasi pun nak sedih …nak nangis….bang hud tu….sikit punya brutal apa !….pun nak layan sedih…ermmm….. sebab tu agaknya abah aku tak beli tv !
*tengok ! tajuk- rezeki mula melimpah….aku nak ceritakan pasal rezeki mula melimpah pun tak sempat sebab dah 492 patah perkataan…tapi aku mula merasakan……menulis dengan penuh penghayatan ni ada bahaya jugak…..aku dah tak boleh nak beza ….samada aku dalam tahun 1988 atau 2010…..wahhh kalau aku sesat semasa mind travel ni….macam mana????*
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



sambung2.. aku pun tengah sedih gak ni.. tulis lagi panjang2 pun takpe aku nak baca gak..
boss´s last blog ..Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 2)
panjang-panjang cerita? ko jangan dera aku,boss:)
aku tak kira.. aku nak juga… tulis2 panjang…
boss´s last blog ..Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 2)
perghhh…ko memang zalim,boss…hahaha
Weyyy….. nak tulis, tulislah kasi habis… bagai direntap-rentap mood aku nak membaca….buat aku geram jer… haha
Balik aku pulak yang jadi tak keruan… arghh!
rohaizad´s last blog ..Anak Derhaka !!!!
perghhh…mau kasi habis??? hilang akal lah,jad ! mau aku kena taip 18 juta patah perkataan dalam satu entry!
tulis kasi habis….ini macam aku dah tak de modal nak update blog daaa…hahaha
Pergh, ingat kisah terbaru, rupanya kenangan tahun 1988. Masa tu aku dimana yek?…. Oh baru teringat, masa tu dalam tahun kedua aku bekerja di Lim Furniture di Parit Bakar. Starting gaji baru RM12.00 tahun kedua adalah dalam RM15.00 sehari.
Tajuk rezeki mula melimpah, macam berita gumbira tapi bila baca kok jadik sedih…..
ardzham´s last blog ..Mahkota Dewa – Herba Penawar
hehehe…ini kisah lampau,bro….LF tu parit bakar tengah ke parit bakar darat?sekarang masih di situ lagi ke?
ni kes tak sempat masuk cerita lagi…kena sambung pulak!lepas ni baru dikisahkan rezeki mula melimpah:)
LF kat parit bakar tengah, sekarang kat batu 7 bakri pulak.
ardzham´s last blog ..Mahkota Dewa – Herba Penawar
ooo…sekadar nak pastikan je LF tu
wah.. serius, baca tak rasa bosan, tak rasa panjang.. betul macam Ijad cakap.. mcm kena rentap2 plak mood baca… potong lagi..

samdaddycool´s last blog ..Kaya Ball : simple business idea
kalau macam tu lega jugak gua dengar
…itu adatlah,sam….atas jalan pun ada traffic light…hahaha
takpe.. kita tunggu sambungannya…
samdaddycool´s last blog ..Kaya Ball : simple business idea
kesabaran itu perlu,sam …kihkihkih
trafik light?? memang tak best kalo tengah bawa kereta laju-laju, tup-tup merah…

Samdaddycool´s last blog ..Make money with website – google adsence
kahkahkah…..salah satu sebab gua lebih suka pengangkutan air – langsung takk de traffic light !
banyak cabaran yang dilalui oleh bro nie..
zik´s last blog ..Malaysia mara ke separuh akhir piala thomas 2010!
kena tempuh dengan sabar kalau ingin berjaya
cepat sambung bro..tak leh tahan ni..cepatlah sambung..panjang pun takpe..aku sanggup bace..hoho
hafizmd´s last blog ..Malam yang sungguh bahagia!!
jangan bimbang….insyaallah ada sambungannya
….yang panjang-panjang tu akan dipendek-pendekkan agar blog sentiasa diupdate…kihkihkih
bro sudah mula menguasai minda pembaca, hohoho
kisah hidup bro ni pasni boleh buat novel
mungkin sebab gua berblogging dengan minda separa sedar…agaknyalah
buat masa sekarang ni biar dibuat modal update blog….kihkihkih
betul ko hantar buat novel.. base on true story.. “ranjau aku tukang kasut”
boss´s last blog ..Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 2)
alamak true story???..ada babak kena tapis daaa..kihkihkih
hoh.. baru lepas balik dr lunch tengok dah berbakul2 komen.. ape la Bro Joe nih.. kasi la time betul2 nak sambung siri. aduiyaiii…
Dila.13´s last blog ..Fakta Popcorn
mana ada berbakul-bakul daaa…berbakul-bakul tu macam blog ijad
masa sukar ditentukan,dila…bergantung kepada ilham kebiasaannya…otak ni dah lama tersumbat
adoih..ape kate..tyme bro ada idea…bro tulih je panjang2…siap2…pastu divide la part2…buat schedule publish..2x sehari…hahaha…bro memang la,suka potong tyme tgh suspend…isk
hahaha….panjang dah tu,madlut…kalau nak tambah lagi,tu dah berjela-jela pulak jadinya
laaa…kan dah ada entry terbaru tu(kalau dah rezeki)
Cerita ni boleh jadi gaduh nie…alamak, baru nak menitiskan air mata..terhenti pulak..ini strategi ni…
Shaffik´s last blog ..Hafiz Menebus Kekecewaan Rakyat Malaysia
janganlah gaduh-gaduh,
bukan sengaja aku bertangguh-tangguh
bukan ke dulu,cikgu shaffik ajar macam ni ?…hahaha
alamak..suspen sungguh la penceritaan ko ni bro..pandai ko stop cerita betul2 kat waktu puncak..
khairolghani´s last blog ..Warkah Untuk Emak
kay,dah terlampau panjang kena stop,janji ada sambungannya
wah tahun 1988 sy x lahir lg la bro
botak´s last blog ..movie of the year
kalau aku lahir lambat sikit,aku rasa …aku tak perlu lalu semua tu…sebab boleh layan blogging cari duit…hahaha
[...] Bhg 5 – Gaji aku Bhg 6 – Pintu rezeki mula terbuka Bhg 7 – Rezeki tambahan Bhg 8 – Rezeki mula melimpah Bhg 9 – Kalau dah rezeki Bhg 10 – Rezeki aku Bhg 11 – Gelaran rezeki Bhg 12 [...]
boss,terima kasih
besar sungguh rezeki yang datang.
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended
membasuh sambil
makan nasi goreng.hihi…
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended