rezeki malam ni

admin | sembang-sembang | April, 15 2010 | 26 Comments

dah dua malam aku tinggal berseorangan di rumah(rumah ibuku)……tiada kata yang dapat aku gambarkan….begitu damai dan mendamaikan…….tapi tiba-tiba malam ni,akak aku dari ipoh pulak balik…..aku jadi serabut……mujur dia balik berseorangan tanpa ditemani suami maupun anak-anaknya seperti minggu sudah…….kalau tak aku lagi serabut.

sebelum pintu rumah diketuk oleh akak aku tadi……..aku sedang rancak dan bersemangat menyediakan santapan makan malam……lepas bukak pintu aku sambung dengan semangat yang tiba-tiba luntur…….tapi semangat kena kuat demi perut yang semakin berbunyi……sambil mata aku jeling-jeling ke arah rice cooker untuk memastikan punat sudah ditekan ke bawah agar beras di dalam periuk tu bertukar menjadi nasi……aku tak mau sejarah berulang lagi,lauk dah siap …..beras belum bertukar kepada nasi gara-gara terlupa tekan punat tu ke bawah.

tahu dan tempe sudah dipotong dadu……bawang besar,bawang putih sudah cantik dihiris begitu jugak dengan cili yang paling pedas di muka bumi  ini…..tin sadin sudah terbukak…..limau kasturi sudah siap dipotong untuk diperah dalam kuah sadin mengurangkan bau hanyir……sekejap…..pemakanan harus seimbang pesan guru kesihatan aku dulu…..aku pun potong sawi 2-3 helai nanti campak dalam kuah sadin.

panas minyak sambil gaulkan  serbuk kunyit bergaram pada tempe tadi…..goreng tempe dulu baru goreng tahu(supaya tak melekat kat kuali)…..amek sadin yang ada 4 ketul dalam tin tu kasi goreng dulu…..settle…..bikin kuah pulak …..tumis segala bawang dan cili tadi….bau dah semerbak ….curah kuah sadin tambah air panas, perah limau ….campak garam secukup rasa….campak sadin goreng tadi bersama sawi…….settle…..keletak…bunyi rice cooker tanda beras dah bertukar menjadi nasi….

amek pinggan ceduk nasi yang masih berwap kasi sejuk sikit……panggil ‘harimau kumbang’ aku…. bukak lagi satu tin sadin(yang leper)  bagi dia makan ……cukup berselera HK melantak sadin……..tiba-tiba aku rasa sedih sebab hanya HK yang tinggal……yang lain sudah meninggal…..ermmm……yalah barang pinjam ni sampai masa kena pulangkan…..aku redha.

hahaha…..giliran aku bersantap pulak…..ceduk lauk potong timun…..bedal….oops….mesti baca-baca dulu….supaya kalau umurku panjang esok-esok  walau sudah nyanyuk,aku masih boleh membezakan antara makanan dan najis…..sesudah nasi dikepal-kepalkan dalam saiz kecil  sebanyak 3 ketul….. aku telan(yang ni atas sebab/tujuan lain…kahkahkah)……baru aku memulakan santapan……sambil menyuap aku berfikir….indahnya budaya melayu dahulu, setiap perbuatan disertakan dengan petua.

selesai menjamu selera….cuci apa patut kemas apa patut,masuk bilik pertapaan aku, nyalakan rokok……sedut dalam-dalam ….hembus…..ermm …nikmatnya sambil otak ligat memikir seribu satu macam hal…..salah satu, blog kesayangan nak kena update….kasi tajuk “rezeki malam ni”…..niche blog nanti dulu.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

26 Comments

  • At 2010.04.16 00:19, zainura66 said:

    Sebenarnya setiap detik, saat dan waktu itu kita diberi rezeki oleh Allah swt….iaitu nafas. Boleh saya tahu ibu saudara sakit apa? Manalah tahu kut boleh saya bagi petua, insyaallah…

    • At 2010.04.16 00:53, admin said:

      terima kasih di atas pertanyaan puan tu….ibu saya menghidap sakit paru-paru berkuman lantaran itu oksigen dalam darah begitu rendah(paru-paru gagal berfungsi dengan normal)

      setuju dengan pernyataan tentang nafas tu :)

    • At 2010.04.17 00:30, Tetamu si pencari rezeki said:

      Salaam…
      Semoga Ibu saudara cepat sembuh…Amin
      Tetamu si pencari rezeki´s last blog ..Putih, Kelabu & Biru… My ComLuv Profile

      • At 2010.04.17 00:36, admin said:

        mudah-mudahan begitulah hendaknya.

      • At 2010.04.17 10:40, rohaizad said:

        Siot laaa… pengilahan ayat yang sungguh menghiburkan aku sebagai pembaca…

        p/s: dah macam blog resipi pulak.. (apa kata buat blog resipi lepas ni? haha)
        rohaizad´s last blog ..Susahnya nak buat orang paham! My ComLuv Profile

        • At 2010.04.17 11:33, admin said:

          “tulislah melalui pengalaman”, pesan sifu ku :)

          kalau pun orang membaca tak terhibur,yang penting malam tu perut dan tekak ku sudah ‘terhibur’ :)

          blog resepi ?….blog yang ada pun dah tak terlayan,jad oooiii.

          • At 2010.04.17 12:40, Dila.13 said:

            Betul la bro Ijad. bley plak dok melayan rancangan masak2 nih. seb bek saya dah sudah makan td. kalau tak, sure terus ke dapur panaskan sardin untuk makan dengan nasi :P
            Dila.13´s last blog ..Saya Seorang Freelance Writer My ComLuv Profile

            • At 2010.06.02 21:45, admin said:

              makan lagi sekali pun apa salahnya,dila :)

          • At 2010.04.17 12:46, Dila.13 said:

            Aduh.. bley plak dok melayan rancangan masak2 nih. seb bek saya dah sudah makan td. kalau tak, sure terus ke dapur panaskan sardin untuk makan dengan nasi :P
            Dila.13´s last blog ..Saya Seorang Freelance Writer My ComLuv Profile

            • At 2010.04.17 13:09, admin said:

              entry tu dibuat sebab dah tak de idea nak tulis apa :)

              • At 2010.04.17 15:15, Dila.13 said:

                ohh… terdouble post. td ade masalah utk submit comment kat sini. sorry ye, tuan :)
                Dila.13´s last blog ..Saya Seorang Freelance Writer My ComLuv Profile

                • At 2010.04.17 18:32, admin said:

                  no hal lah,dila :)

            • At 2010.04.17 18:18, rohaizad said:

              Sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa apabila kita menulis mengenai keadaan kita yang sedang tiada idea, kita sebenarnya telahpun menulis dengan menggunakan idea yang kononnya tidak ada itu. Dalam tiada, rupanya ada….
              rohaizad´s last blog ..Susahnya nak buat orang paham! My ComLuv Profile

              • At 2010.04.17 18:51, admin said:

                lebih kurang macam ni kot……ada tapi tiada atau tiada tapi ada…hahaha…..sebenarnya cuma “kosong” :)

                “aku tak tau mau tulis apa” tapi akhirnya tertulis sebanyak 300 patah perkataan …..hahahah

                begitulah kehidupan ini,kita cuma bersangka-sangka :)

              • At 2010.04.18 18:01, rohaizad said:

                Tapi entri ini memang giler best ayatnya…
                rohaizad´s last blog ..Susahnya nak buat orang paham! My ComLuv Profile

                • At 2010.04.18 19:08, admin said:

                  jad,terima kasih pasal cakap macam ni….syahdu aku :) …..kalau lah cikgu BM aku dulu cakap macam ni tak de lah aku ponteng kelas BM panjat pokok tepi padang :(

                  • At 2010.04.18 21:22, Dila.13 said:

                    dulu-dulu orang ponteng kelas panjat pokok tepi padang eh? zaman skang orang ponteng kelas pegi tengok wayang. hehe..
                    Dila.13´s last blog ..Twitter dan Kredibiliti My ComLuv Profile

                    • At 2010.04.18 21:35, admin said:

                      tu lah satu-satunya pot selamat sebab kawasan larangan sekolah – pihak sekolah anggap tempat paling ‘keras’(ada sejarahnya sendiri)

                      mau dibuat enrty ni kang :)

                • At 2010.04.18 20:42, Tetamu si pencari rezeki said:

                  Sebab ia “kisah benar” yang terjadi dalam diri, jadi tiada masalah mengolah struktur ayat…Walaupun menggunakan ayat yang mudah (bersahaja), ia tetap mengundang reaksi positif pembaca. Saudara sebenarnya berbakat…ibarat tembaga, kalau digilap bertambah berkilat, ibarat belakang parang kalau diasah menjadi tajam. Selain itu, mau tidak mau, kita perlu akui bahawa ILHAM menulis itu bukan mudah dimiliki walaupun dicari…is anugerah yang adakalanya hadir tanpa kita sedari…(haish…berfalsampah pula saya di laman saudara…alang-alang merayap ke sini, ada baiknya tinggalkan buah pena yang merapu ini…)
                  Tetamu si pencari rezeki´s last blog ..Putih, Kelabu & Biru… My ComLuv Profile

                  • At 2010.04.18 21:21, admin said:

                    hahaha….sebenarnya saudari TSPR,saya ni tak tau nak bagi tips gitu gini(mengenai blogging ke atau dunia it ke)…yang termampu sekadar mencoretkan pengalaman sendiri :)

                    itu pun ada yang tidak dipublish sebab terlalu ‘ganas’ gaya bahasanya…..melepaskan geram/rasa terkilan dan sewaktu dengannya.

                    ilham? sesuatu yang sukar diduga kehadirannya :) kadang-kadang hadir tanpa diundang,dicari kadang -kadang sukar ditemui.

                    dah betullah tu,merayap sambil tinggalkan komen :)

                  • At 2010.04.19 13:11, boss said:

                    hmm cerita pasal makan la pulak.. buat aku lapar tul.. dan teringat nasi ayam penyet…
                    boss´s last blog ..Email Yang Mendebarkan My ComLuv Profile

                    • At 2010.04.19 13:49, admin said:

                      ayam penyet jua disebutnya…..kihkihkih…tapi ia memang satu juadah yang best selain nasi ambang :)

                    • At 2010.04.20 21:23, sufian said:

                      semoga disembuhkan penyakit orang tua..
                      sufian´s last blog ..Panduan Pemasangan Processor Siri 1 My ComLuv Profile

                      • At 2010.04.20 22:13, admin said:

                        sakit dan sihat adalah rahmatNya…..kena terima dengan redha :) …..terima kasih di atas doa bro itu.

                      • At 2010.06.02 23:13, samdaddycool said:

                        Kena cari teman untuk tolong masak.. :P
                        samdaddycool´s last blog ..Selendang Shawl pelangi 2 tone My ComLuv Profile

                        • At 2010.06.02 23:24, admin said:

                          bab masak gua tak heran,sam cuma bab tidur ni gua ada pening sikit….hahaha

                        (Required)
                        (Required, will not be published)

                        CommentLuv Enabled
                        © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                        Design by: Yoshz Themes