rezeki aku

admin | sembang-sembang | May, 14 2010 | 32 Comments

kini aku mula menarik nafas lega…duit sudah dihantar ke kampung walaupun aku cukup mengerti bahawa duit yang dihantar itu bukanlah ibu dan abah dapat gunakan sepenuhnya….itu sudah pasti ! sudah pasti  ‘bangkai bernyawa’  itu meminta-minta atau mengugut-ugut pada ibu/abah setiap hari demi memenuhi selera dunia khayalnya ! – macam celaka !

“bertemu kembali,mak dan abah moga sentiasa dirahmatiNya….secara ringkasnya,kehidupan senjo di sini bertambah baik….andai ada apa-apa yang ingin dikhabarkan dengan segera,bolehlah telepon ke kedai tempat senjo bekerja(______________)….bersama ini senjo sertakan kiriman wang sebanyak 1200 ringgit untuk perbelanjaan di kampung….maaf sebelum ni tak dapat kirim ke kampung….insyaallah mulai bulan ini senjo akan mula mengirim ke kampung……….sekian,mohon doa restu dari mak dan abah”

itulah sekeping warkah pengganti diri untuk ibu dan abah di kampung yang aku selitkan dalam surat berdaftar tu…..hari ni aku bercuti,bang hud menemankan aku ke pejabat pos….selepas tu bang hud mengajak aku ke kedai perabut untuk membeli tilam dan segala keperluan yang perlu ada dalam sebuah bilik…….tikar getah,kipas,cerek letrik,sebuah kerusi plastik dan sebuah meja.

ketika aku dan bang hud membeli segala keperluan…kak pah pula sibuk di bilik kotak membersihkan bilik yang bakal sempit dengan kehadiran barangan yang dibeli…..’bilik kotak’ bakal bertukar wajah ! dan di ‘bilik kotak’ inilah,aku akan menghasilkan duit ketika manusia lain sedang enak dilambung mimpi….(ada persamaan dengan dunia blogging….hahaha)

sebenarnya bang hud dan kak pah seboleh mungkin mau aku tinggal bersama mereka….namun aku tetap berkeras…..biasalah si kepala batu !…kepala batu bukan hujanbatu ye !….hahaha…mulai dari hari itu,mana -mana kasut sebelum ini, akan dihantar ke bang da untuk tujuan baikpulih(tukar tapak terutamanya) kini bertukar tangan……aku bukan ‘sapu’ semua ! kalau ada 9-10 pasang sehari,dapatlah kat aku 2 pasang untuk ditukar tapak….

kalau ikutkan bang hud memang dia suruh aku buat kesemuanya namun aku menolak sebab sebelum ni bang hud memang sub pada bang da….dan aku kalau boleh tak mau ambil bayaran  untuk proses tukar tapak ni…..antara sebabnya segala alat pertukangan,alat ganti dan yang berkaitan,bang hud yang sediakan, aku cuma buat sampai siap sahaja(aku lakukan kerja ini di ‘bilik kotak’)

namun bang hud berkeras untuk membayar 15 ringgit setiap sepasang kasut yang aku siapkan….betul-betul atas angin, aku untung 15 ringgit setiap sepasang kasut(tapi kena korbankan waktu tidur) ….bang hud kata ini kerja lebih masa aku….purata sehari sepasang kasut…siap je, bang hud/kak pah akan terus bayar cash…….rezeki aku !yupp…rezeki yang semakin murah.

aku mula mencongak-congak pendapatan aku….ermmm kalau aku habiskan pengajian,aku rasa gaji aku untuk permulaan pun lebih kurang ni jugak…..tapi dalam dunia tukang kasut aku lebih bebas…bebas berpakaian ke tempat kerja,bebas makan di mana atau aku bebas nak makan…makan apa saje…hehehe  …..tolak, campur,bahagi,darab…..aku lebih beruntung dalam dunia tukang kasut…..DIA memang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat aku !

“bilik dah ada rupa bilik”…”tuan bilik biarlah berupa sikit” kata kak pah setelah berpenat lelah membersihkan bilik,menyusunatur segala barangan yang dibeli oleh bang hud tadi.

“nanti lepas makan tengahari,kita bawak joe jalan-jalan ke kedai bundle kita” cadang kak pah pada bang hud…..seperti tadi aku sekadar menurut dengan perasaan serba salah sebab segalanya ditanggung oleh bang hud.

malam itu aku seperti berada di sebuah bilik lain…..sambil berbaring di atas tilam bujang berspring aku memerhatikan sesuatu di atas meja,ada cerek,bekas plastik berisi gula,lagi satu mungkin berisi serbuk kopi,tin biskut berwarna-warni,beberapa bungkus plastik kedap udara.

walau mata sudah mula kuyu,hati tetap ingin merasai apa yang jua yang terletak di atas meja tu….akhirnya aku bancuh kopi,layan sekeping dua biskut yang enak sebab bukan dari jenis 4 segi tu….sambil bukak plastik jajan….sambil hirup kopi sambil kunyah jajan sambil kepala memikir segala macam…..

“besar jasa mereka berdua terhadap aku” aku berkata perlahan-lahan…..”selama ni aku cuma merasa biskut 4 segi yang ditimbang kilo bukan dalam tin cantik ni”….”jajan -jajan comel berbagai bentuk ni,mana aku pernah merasa sebelum ni” aku berbual sendirian……”cuma apasal rasanya lain macam ni”   …..”mungkin makanan mahal memang begini rasanya”  pujuk hati ku….sambil memujuk mata agar lelap walaupun aku dah bantai kopi o!

“joe,nanti kalau bawak beg plastik  sampah tu….jangan sampai ke bilik pulak” kak pah bersuara ketika aku bersiap-siap ingin balik.

“ala kak,kalau bawak balik pun,saya cari nasi untuk kucing-kucing tu” aku memberi alasan….hehehe

“apa lagi yang joe nak kasi kucing tu makan nasi,kan akak dah beli kan biskut kucing tu”  kak pah mula pelik bila aku cakap nak bagi sisa nasi pada kucing.

“biskut yang mana ni kak pah……yang dalam tin ke?” aku pulak naik hairan bila dengar perkataan “biskut kucing”.

“yang dalam tin,joe makan….yang dalam plastik tu kucing makan”…..”yang kecik-kecik, macam-macam bentuk tu ” kata kak pah sambil menggayakan bentuk biskut kucing tu.

“ooo….saya ada perasan biskut tu” kata aku sambil melangkah keluar dari kedai….sambil berjalan pulang aku rasa berdosa…..berdosa  kerana merampas rezeki untuk kucing-kucing tu…….maafkan aku, kucing !……aku bukan sengaja nak makan biskut ko……aku ingatkan jajan!!!

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

32 Comments

  • At 2010.05.14 20:21, Dila.13 said:

    astagaa… sekali termakan biskot kucing daa.. part yang ‘tak sedap hati’ tu ye?? hikhikhik..
    Dila.13´s last blog ..Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah My ComLuv Profile

    • At 2010.05.14 21:34, admin said:

      yelah… rasa bersalah dengan kucing-kucing tu sebab kak pah belikan untuk kucing tu….saya pulak selamba buat jajan :)

      masa layan dengan kopi o tu memang dah terasa lain macam,tapi teruskan jugak….hahaha

    • At 2010.05.14 20:26, boss said:

      huk2.. terbatuk aku ade org sebut2.. astagfirullah.. ko makan biskut kucing joe..! gile ape.. camne rase dia sedap ke? he he.. :P
      boss´s last blog ..Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 2) My ComLuv Profile

      • At 2010.05.14 21:03, admin said:

        batuk? gi minum air tu.

        aku ingat jajan daaa….manalah aku tau masa tu,kucing pun dah ada biskut…rasa memang lain macam tapi aku ingat habis jugak segenggam :)

      • At 2010.05.14 22:03, khairolghani said:

        haha..boleh pulak mcm tu..aku dah la tgh mkn jajan masa baca entri ni..
        khairolghani´s last blog ..Warkah Untuk Emak My ComLuv Profile

        • At 2010.05.14 22:26, admin said:

          kay,ko tak pe lah….memang dah sah yang dimakan tu jajan.

          aku ingat kalau kak pah,tak bagi tau…sampai ke sudah,aku ingat benda tu jajan untuk aku :)

        • At 2010.05.14 22:05, suedanial said:

          saya suka baca blog awak ni…sedih,kelakars dan susunan ayat yang menark.

          • At 2010.05.14 22:28, admin said:

            terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen :)

        • At 2010.05.14 23:18, Aprikotmanis said:

          plot penceritaan yg menarik.. ada bakat terendam jadi penulis novel .. adakah anda sedar akan itu? hurmmm…

          • At 2010.05.15 00:40, admin said:

            terima kasih di atas kesudian singgah di sini dan komen tersebut :)

          • At 2010.05.14 23:20, TSPR said:

            Biskut kucing pelbagai bentuk dan warna di pasaran dah lebih kurang jajan-jajan yang jadi kudapan harian…mujur tak keracunan! =]

            • At 2010.05.15 00:48, admin said:

              hehehe….sedangkan makanan yang memang boleh dimakan pun saya dah pelik(ketika itu),inikan pula makanan khas untuk kucing!(kali pertama tau,kucing pun ada biskut!)

              keracunan?mungkin itulah kelebihan saya ketika itu :)

            • At 2010.05.15 02:35, zainura66 said:

              Assalamualaikum,

              Sebenarnya jajan kucing ini jika selepas makan, mesti rasa tersangat dahaga. Bukan saya makan buat experiment, tetapi bila saya tengok kucing saya yang lepas makan jajannya tu, pasti berlari cari air untuk minum. Salam ceria selalu.

              • At 2010.05.15 04:08, admin said:

                salam dijawab,

                mungkin ada benarnya jugak sebab kemasinannya itu….saya makan ‘jajan’tu sambil hirup kopi o :)

                salam ceria buat puan jugak.

              • At 2010.05.15 04:00, samdaddycool said:

                :D … semua orang kat sini mengomen pasal jajan kucing.. Tapi part yang terharu, kemuliaan hati Kak pah dan abang Hud..

                Zaman sekarang bukan senang nak cari insan yang mulia dan ikhlas macam tu..

                • At 2010.05.15 04:25, admin said:

                  sam,kucing memang rapat dengan kehidupan manusia,nabi sendiri kasihkan kucing :)

                  tentang jajan kucing,sememangnya ketika itu,gua kalau sebut bab makanan ni memang kolot apatah lagi di kampung bela kucing biasa…tak tau pulak kucing pun ada biskut…hahaha

                  budi mereka berdua memang gua tak terbalas ! mereka melayan pekerja-pekerja macam adik-beradik…bagai saudara kandung.

                • At 2010.05.15 07:54, mijie said:

                  bro buat gua terbahak lah kat sini…tp kisah hidup bro semakin menarik untuk di explore…

                  • At 2010.05.15 15:09, admin said:

                    terima kasih kerana masih terus membaca :)

                  • At 2010.05.15 15:52, ejoncb said:

                    haha…lawak pun ada bila part rasa tak sedap ati tu.. rupanya, makan biskut kucing..hihi..gelak sorang-sorang pulak.

                    • At 2010.05.15 15:57, admin said:

                      hehehe….sangilapi sangkakan biskut kucing tu jajan daaa…:)

                    • At 2010.05.16 02:45, zik said:

                      sedap tak biskut kucing tuh?? nak buat macam ne tak perasan…
                      zik´s last blog ..Malaysia kecundang, gagal mara ke peringkat akhir piala thomas 2010 Malaysia VS China My ComLuv Profile

                      • At 2010.05.16 03:54, admin said:

                        sedap tak sedap,segenggam jugaklah masuk perut :)

                      • At 2010.05.16 11:49, ardzham said:

                        kalau ceritanya berlaku sekarang, memang “sengal” orang yang makan biskut kucing tu, tapi cerita ini berlaku 20 tahun dulu, ketika itu aku pun tak pernah tau ada biskut untuk kucing. masa tu beli biskut kat kedai pun main timbang, biskut paket pun susah jumpa kat kampung.

                        tapi sekurang-kurangnya kau dapat merasa “keenakkan” biskut kucing, orang lain tak pernah merasa pun…..
                        ardzham´s last blog ..Mahkota Dewa – Herba Penawar My ComLuv Profile

                        • At 2010.05.16 15:22, admin said:

                          hahaha….budak kampung yang miskin, masuk bandar besar…gitulah jadinya :)

                          bila bukak plastik tu,kepala dah tak ingat benda lain dah…ni mesti jajan-terus bedal !…hahaha

                        • At 2010.05.17 15:36, botak said:

                          baik betul ye kak pah..terfikir jugak dia nak belikan makanan utk kucing2 tu skali..kalau sy, beli biskut utk org je..tak beli pun utk kucing
                          botak´s last blog ..movie of the year My ComLuv Profile

                          • At 2010.05.17 16:59, admin said:

                            kak pah memang seorang insan berhati mulia…berbuat baik pada semua makhluk sebab tu rezeki mereka berdua melimpah-limpah :)

                          • [...] Bhg 7 – Rezeki tambahan Bhg 8 – Rezeki mula melimpah Bhg 9 – Kalau dah rezeki Bhg 10 – Rezeki aku Bhg 11 – Gelaran rezeki Bhg 12 – Impian aku Bhg 13 – Semangat semakin membara Bhg [...]

                            • At 2010.05.26 19:54, admin said:

                              boss,terima kasih :)

                            • At 2010.09.18 19:30, anuarkarimz said:

                              salam bro joe, first time landing kat blog ni, story yg menyayat hati kalo membacanya :D

                              • At 2010.09.19 03:16, admin said:

                                salam dijawab,
                                secebis kisah silam aku,AK :)

                              (Required)
                              (Required, will not be published)

                              CommentLuv Enabled
                              © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                              Design by: Yoshz Themes