resah

admin | sembang-sembang | September, 05 2010 | 26 Comments

Dari kabin Kapten Y,aku terus ke kafe – basahkan tekak.Berfikir-fikir tentang isi kandung setiap warkah sambil menghirup minuman kegemaran aku.Dewa Dapur bersama seorang pembantunya sedang sibuk  di ‘pejabat’nya,mungkin ada jamuan istimewa malam ini,aku sekadar meneka.

Berbaring di atas katil,sambil mata memerhati setiap perkataan yang terpampang di sampul surat.Aku kenal setiap tulisan tu,siapa penulisnya.Bertulis jawi sudah pasti dari Bang Hud.Tulisan yang penuh dengan kecomelan itu,sudah pasti dari Nai.Huruf yang seketul-ketul besar tu,dah tentu tangan Bang Muzi yang menulisnya.

Aku buka satu persatu bermula dengan warkah dari Bang Hud.Baca sehingga habis.Air mata aku menitik.Maaf  Bang Hud,aku terpaksa menghampakan harapanmu.Lipat warkah yang cuma sekeping itu tapi penuh makna kandungannya,masukkan kembali dalam sampulnya.

Baca warkah Bang Muzi.Kelam-kabut susunan ayatnya namun tetap sama seperti harapan Bang Hud agar aku kembali ke dunia tukang kasut.Dan kedua-dua warkah yang sudah ku baca menyatakan Nai kini terlantar di hospital tanpa diterangkan dengan lanjut.Aku termenung sambil duduk di bibir katil.Mengelamun seketika.

Awal hingga ke akhir noktah.Tiada pun Nai ceritakan tentang kesihatannya.Sekadar bercerita tentang Kak Pah,Gong dan Tok,bertanyakan tentang masakan tempohari samada memenuhi citarasa aku.Kalau ada pun yang sedikit gempar tentang sesuatu yang bakal berlaku dalam masa sebulan dua dari sekarang.Hati ku tertanya-tanya.

Aku seluk bawah bantal,capai sampul surat.Warkah Nai sebelum ini.Aku renung gambar terbaru Nai itu sambil berbaring.Akhirnya aku terlena,diulit mimpi.Bermimpi akan Nai.Berpesan pada aku agar jangan risaukan tentang dia.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

26 Comments

  • At 2010.09.05 18:31, mijie said:

    tak sabar pula nak tahu kesudahan cerita ini
    mijie´s last blog ..Rancang perjalanan pulang hari raya My ComLuv Profile

    • At 2010.09.06 05:11, admin said:

      kalau cerita ni tamat susah pulak gua nak update blog ni,mijie :)

      • At 2010.09.06 09:41, mijie said:

        maksud aku cerita pasal nai tu, heheeh
        mijie´s last blog ..SEO Contest HIDUP SEORANG BLOGGER meletihkan My ComLuv Profile

        • At 2010.09.08 02:25, admin said:

          maksud lu perkembangan Nai ye,mijie? :) …sebab cerita Nai ini,memang akan seiringan dengan perjalanan cerita yang disampaikan sehinggalah sampai satu tahap -ia selesai sudah :)

    • At 2010.09.05 23:25, uruchimaru@kf said:

      cerpen bersiri ke ni? bgusx2..

      • At 2010.09.06 05:12, admin said:

        kisah benar yang digarap secara merapu,KF :)

        terima kasih kerana sudi singgah di sini :)

      • At 2010.09.06 00:29, etomyam said:

        wah, syahdu bro..sampai terbawa2 ke dalam mimpi
        etomyam´s last blog ..Sejak Bila Pulak Raya Ada Macam Santa Claus Ni My ComLuv Profile

        • At 2010.09.06 05:13, admin said:

          hanya mimpi sahaja sebagai penghubung,bro :)

        • At 2010.09.06 02:39, ladfe amir said:

          zaman masa surat menyurat adalah masa yg best sebenarnya.
          surat yg dinanti2kan atau tidak dgn cite yg mengusarkan, gembira atau sedih pasti akan dibaca berulangkali.
          syahdu akan terasa dlm hati..betul tak broder joe?

          menanti akan kesudahan cite ini
          ladfe amir´s last blog ..Nostalgia Dan Memori Kad Raya My ComLuv Profile

          • At 2010.09.06 05:25, admin said:

            kaedah yang seiring peredaran zaman ketika itu,LA :) …kiriman surat adalah salah satu cara berhubung.

            dibaca berulang kali itu lumrah,LA :) ….biar pun sudah diketahui akan isi kandungannya namun tak pernah jemu….pulak-pulak kalau disertakan dengan gambar!

            sila ikuti entry berikut,ke udara tanpa waktu yang tetap :)

          • At 2010.09.06 03:11, tehr said:

            kalau le kisah ni berlaku sekarang…
            maknanya nai beraya di hospital

            …aku pulak terkesian kat dia
            tehr´s last blog ..Tanpa Iklan TV3 Kita Masih Boleh Beraya My ComLuv Profile

            • At 2010.09.06 05:27, admin said:

              ermm….kat aku ko tak kesian ke,tehr? :)

            • At 2010.09.06 10:09, Dila.13 said:

              feeling habis dah ni.. sedih banget.. kenapalah sad ending tu wujudkan.. :(
              Dila.13´s last blog ..WotD- Enfant Terrible My ComLuv Profile

              • At 2010.09.08 02:31, admin said:

                sedih? orang yang menanggung lagi le,dila :( ….itu lumrah kehidupan ini,suka lawannya sedih dan kita memang tidak dapat lari dari keadaan tersebut.

              • At 2010.09.06 16:46, Pencacai Alim said:

                nape tak wat smpai ending..
                Pencacai Alim´s last blog ..Pentingnya ada sahabat sejati My ComLuv Profile

                • At 2010.09.08 00:24, adamfaiz said:

                  Itulah tip paling power! Supaya pembaca datang lagi……dan lagi…..dan lagi…
                  adamfaiz´s last blog ..Selamat Hari Raya AidilFitri 2010 My ComLuv Profile

                  • At 2010.09.08 02:35, admin said:

                    kalau tips ni menjadi memang nasib baiklah blog ni,adam :) ….dibimbangi keadaan menjadi sebaliknya.

                  • At 2010.09.08 02:33, admin said:

                    kalau di ending kannya,alamatnya blog ini bertahan tak sampai satu bulan,PA :) ….sebenarnya memang corak penulisan entry blog ini sebegitu.

                  • At 2010.09.07 00:07, madlut said:

                    berat sungguh dugaaan yang dihadapi…memang menganggu emosi..aduh!!..kalau aku, tak tau la boleh hadapai ke x..

                    • At 2010.09.08 02:36, admin said:

                      mahu tak mahu,sanggup tak sanggup….tetap kena harungi jugak,madlut :)

                    • At 2010.09.07 00:08, zik said:

                      adakah bro akan jumpa nai…. wahhhh sedihnya
                      zik´s last blog ..HIDUP SEORANG BLOGGER edisi penutup My ComLuv Profile

                      • At 2010.09.08 02:37, admin said:

                        hehehe…..sama-sama ikuti entry seterusnya,zik :)

                      • At 2010.09.11 05:51, Samdaddycool said:

                        Sayu gua baca keadaan Nai yang sampai jadi terlantar..
                        Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya &amp seribu kemaafan ku pohon My ComLuv Profile

                        • At 2010.09.11 07:18, admin said:

                          lumrah kehidupan,sam :) ….ada masa sihat,ada masa sakit

                        • At 2010.09.18 13:17, sunglasses said:

                          masih tertanya2 lagi ni bro MV atau SS apa?
                          sunglasses´s last blog ..Used ray ban My ComLuv Profile

                          • At 2010.09.18 16:45, admin said:

                            MV tu merujuk pada nama kapal semasa aku bekerja kelasi suatu masa dulu,SG :)

                            ss ni jumpa dalam entry mana,SG?….kalau dalam entry lain ss tu singkatan kepada screenshot.

                          (Required)
                          (Required, will not be published)

                          CommentLuv Enabled
                          © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                          Design by: Yoshz Themes