rancangan bersara
Aku bakal jadi pesara di usia muda.Aku rancang dalam jangkamasa setahun lagi,aku akan bersara dari menjadi kelasi kapal.Tetapi pesaraan aku ni bukanlah bermakna aku akan menerima pencen bulanan pun.Kalau tiada perubahan rancangan,sebaik sahaja bersara,aku akan ke negara jiran – Indonesia.
Petang itu sebaik habis waktu pejabat,aku dan Kapten Y keluar minum.Sebelum keluar dari pejabat,aku serahkan beg kertas bersama 2 bekas lauk yang dimasak oleh Nai pada kerani pejabat.Walaupun aku begitu teringin menikmatinya namun adalah lebih baik jangan dimakan air tangan Nai itu.Kalau terkenang-kenang,aku jugak yang susah nanti.
Dalam perjalanan menuju ke Tanjung Gila[Tanjung Harapan].Kapten Y membuka satu rahsia tentang Nai.Kisah Nai yang akan menunggu aku turun dari kapal,di tiga pelabuhan.Nai akan memandu ke Butterworth kalau M.V.JJJJ akan berlabuh di situ.Nai akan berkunjung ke Port Dickson kalau M.V.JJJJ bakal singgah di situ.Nai akan setia menunggu di Port Kelang,menanti aku turun dari kapal.
Perbualan aku dengan Kapten Y semasa dalam kereta begitu mesra.Hilang jurang perbezaan antara kami berdua.Bukan lagi perbualan antara seorang kapten dengan kelasi bawahan.Bila bercakap pun dah guna lu gua,gua lu.Ketika itu baru aku sedar,semua cerita kelasi M.V.JJJJ dalam poketnya ! Aku tabik pada beliau yang sanggup mengambil berat hal anak-anak buahnya.
“Jerung,lu tau tak,itu amoi[Nai] cukup ambil berat pasal lu? ” ujar Kapten Y sambil menghembus asap Lucky Strike.
“Satu tahun,tunggu lu turun kapal” sambung Kapten Y sedikit emosi.
“Capt,itu story sudah lama gua tutup buku ” aku bersuara dengan hajat agar tidak diperpanjangkan akan hal tersebut dan beliau sedar akan reaksi aku.Selebihnya baki perjalanan diisi dengan kisah kelasi-kelasi M.V.JJJJ.
Di kedai makanan laut,Kapten Y beria-ia menceritakan langkah-langkah yang perlu aku ambil untuk terus berjaya dalam bidang kerjaya kelasi kapal.Tanpa beliau sedar bahawa aku sudah mempunyai rancangan sendiri ……kehkehkeh.Bersungguh -sungguh beliau memberi semangat pada aku.Aku tersenyum,beliau pun turut tersenyum.
Aku tersenyum kerana membayangkan impian aku,suatu hasrat yang aku rancang sejak aku keluar dari dunia tukang kasut.Sementara Kapten Y tersenyum kerana menyangka aku menerima cadangannya…..kehkehkeh.Ya ! Makna senyuman kami berdua memang berbeza ! Jangkaan beliau memang meleset sepertimana suatu ketika dulu beliau pernah menjangkakan aku akan bertukar kapal gara-gara tidak dapat menyesuaikan diri dengan kerenah kelasi lama M.V.JJJJ
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



berfikir dengan pantas samapi tak dapat yang sorang lagi nak menafsir ape yang dipikirkan. =)
sorang ke barat,sorang ke timur,HA
…itulah kesimpulannya
kesian kat nai abg joe, sungguh setia dia menunggu
tapi itulah kehidupan satu keputusan perlu dibuat dan jangan cuba untuk berpatah balik
mijie´s last blog ..Malware pada blog dan penyelesaiannya
apa nak buat,mijie
….dah itu yang gua janjikan pada papanya dan seboleh mungkin gua berpegang pada janji tersebut.
kahkahkahakah…bro memang susah nk ditafsirkan…mesti lari dari track.
p/s: bila nk turun jb makan satay kat UDA ni bang? hehehe
hehehe…..mungkin kalau aku ada kembar,dia pun susah nak menjangka akan aku,boy
*aku sedang menunggu janji seseorang kemudian barulah aku boleh bergerak bebas
*
wah..rezeki ditolak..
yelah CD.. first time Bro Johari tolak rezeki.. dua hingga tiga rezeki dalam satu masa(?)
Dila.13´s last blog ..Update EzineArticles Submission
hidup ni memerlukan kita memandang dari sudut tersurat dan tersirat,dila
….agaknyalah…kehkehkeh
mana aku ada tolak rezeki,CD
…sekadar memberi rezeki itu pada orang lain.
…uishh.. sanggup drive tunggu kat 3 pelabuhan.. selam satu tahun.. mak aiiii… mmg salute kekasih awal dan akhir tu
Samdaddycool´s last blog ..Akhirnya mimpi ngeri menjadi nyata
sejati ! sam
…hayatilah dendangan lagu wings yang berjudul sejati itu!
Memang sedey juga kisah ni..
Samdaddycool´s last blog ..Panduan untuk mengelakkan sikap takbur
rencah kehidupan,sam:)
hehe..bro, lu penah pesan sama wa…cari orang yang sayang kita, bukan kita sayang dia…
tapi itu amoi byk syg lama lu,….hehe
aku dengan Nai memang tak de sebarang masalah,madlut
…cuma ada tembok penghalang je.
wahh..si nai mmg setia dan sayang betul kat bro joe yer..tapi keputusan dahpun dibuat..hidup dan impian mesti ditunaikan..moge terus sukses bro

hafizmd´s last blog ..Nasi ayam penyet kini di Gombak
sekali lagi jawapannya yang aku berikan – sejati!,hafizmd
wah, orang tua2 ada kata, tidur sebantal tapi mimpi lain2
macam tu ke bro?
tehr´s last blog ..Gelak Dan Sedih Bersama Kamu
ermm…kalau kes aku dengan Nai,mimpi kami sama tapi belum pernah tidur sebantal,tehr
dah terjawab ke persoalan ko,tehr? sorrylah kepala aku sedikit serabut kebelakangan ini.
Nak bersara jangan kosong-kosong bro, maksud bersara tu tak kerja duit jalan dan makin bertambah-tambah… takkan nak campak duit bro kat Indonesia pulak hehehe.
hyprobulksms´s last blog ..Maksud program affiliate HyprobulkSMS No1 di Malaysia!
ermmm…aku memang sekarang dalam persaraan dan sepatutnya aku dari segi kewangan aku dah merdeka namun ada sedikit ujian yang datang menimpa.
kisah yang ditulis ini berlaku pada 1992,aku dah duduk di indonesia dan kini aku berada di malaysia,HBS
hihi…nai tu cina ker br0? best nya der yg setia smpi cm tu sekali.hik3.. pencen awal wat per kt indon br0?
suzierahman´s last blog ..c0ret ptg jumAat
yupp,Nai seorang gadis cina,SR
…sejati! itulah perkataan yang paling sesuai untuk digunakan.
untuk mengetahui tentang itu sudi-sudikanlah terus membaca entry berikutnya
Hehe…tak taw nak cakap ape plak..Kesian kat Nai sebenarnya…
hehehe…berdasarkan apa yang berlaku sebenarnya Nai lebih kesiankan saya,ejon
alamak nak bersara awal… cepatnya
zik´s last blog ..Merdekakah kita
ada urusan peribadi yang sedang menanti,zik
pemikiran manusia sungguh subjektif sekali…sorang cerita pasal A sorang fikir pasal B..hehehe, memang unik

etomyam´s last blog ..Blogger Goes Nuts
hehehe….unik dan ajaib,bro