pintu rezeki mula terbuka

admin | sembang-sembang | May, 10 2010 | 48 Comments

satu petang ketika masih dalam latihan.

setelah siap segalanya aku kemaskan barangan kasut…..mahaguru kasut pun menghulurkan gaji aku…aku sengih…yelah dapat gaji mesti senyum walaupun dua ringgit ! lepas tu macam biasa….meneruskan rutin kerja aku…pergi ke sebuah kedai barangan kulit di sebuah mall….ambil kasut-kasut yang perlu disiapkan(kedai ni sub pada mahaguru untuk kerja-kerja baikpulih kasut).

sambil mencatit apa yang perlu dibaiki untuk setiap kasut beserta dengan pilihan alat alatganti yang diminta oleh pelanggan (selalunya tukar tapak)….aku masukkan dalam beg besar yang disediakan oleh kak pah(isteri kepada toke kedai)….”joe,makanlah karipap tu….dah tak de sape yang nak makan” pelawa kak pah.

aku senyum…hehehe ada jugak habuan aku…”nanti ko tolong buangkan sampah tu ye,ada dua beg plastik  kat belakang” kak pah bersuara lagi….aku makin senyum sebab dalam beg plastik sampah tu ada rezeki aku untuk malam ni…..aku selempangkan beg besar di bahu….sambil membimbit beg plastik sampah …..keluar dari kedai….berjalan pulang….(tanpa aku sedar,ada  seseorang memerhatikan segala pergerakan aku, bermula keluar dari kedai tersebut)

tiba di tong sampah besar….aku teruskan perjalanan…. di ‘bilik kotak’, aku memulakan operasi mencari… dilakukan dengan penuh teliti agar habuan perut tidak terlepas pandang….hah ! akhirnya aku berjaya mengumpulkan  3 bungkus nasi(dulu-dulu guna kertas suratkhabar yang dialas dengan plastik untuk bungkusan nasi campur),2 plastik bertali yang berisi kuah.

mandi dulu sambil basuh t shirt(sebenarnya celup-celup je tanpa guna sebarang sabun pun)….sekarang baru boleh makan…aku bukak bungkusan berisi nasi….ada nasi bersisakan telur asin….ada nasi bersama cebisan ikan goreng….ada yang sekadar nasi bertulangkan ayam goreng….aku cium…masih belum basi…hehehe…kuah terdapat dua pilihan ….satu kuah lemak ….satu lagi kuah kari….cium…masih selamat dan enak untuk dimakan…..hehehe

aku gabungkan dua bungkus nasi menjadi satu..nasi lagi satu tu untuk kucing-kucing angkat aku,di luar sana….aku pilih kuah kari untuk malam tu….kuah lemak untuk kucing aku,untuk digaul dengan nasi…sambil bukak simpulan tali,aku picit-picit plastik kuah kari tu dengan harapan ada sisa-sisa daging atau tetel yang masih tinggal ….korek-korek sisa telur asin….aku patah-patahkan karipap yang diberi oleh kak pah tadi…..sambil makan aku teringatkan ibu dan abah di kampung….moga mereka dimurahkan rezeki…..

tiba-tiba aku teringat seseorang yang pernah menyoal aku sambil berbual-bual “kita ni makan kerana apa ?”…”kita hidup kerana makan ?” …”atau bagaimana?” …..kini aku mula mengerti maksud tersirat persoalan yang pernah diajukan dulu itu….aku senyum ….meneruskan suapan dengan penuh berselera.

kini aku kenyang…. kucing pun dah kenyang…..sekarang sesi kira duit gaji !….sehelai demi sehelai duit seringgit itu aku kira(sebenar setiap malam aku mengiranya walaupun sudah tau akan jumlahnya)….setiap enam helai (6 ringgit) aku lipat jadikan satu bahagian….termasuk hari ni,sudah ada  4 bahagian….sambil genggam erat duit tu,aku berbisik padanya……aku selak suratkhabar lama yang menjadi alas tidurku,aku selitkan duit tu …aku baring…..perghh….”kaya jugak aku ni…..masa kan tidak………aku tidur atas duit ” hatiku berkata ……aku senyum……sambil melayan mata aku teringat kata-kata kak pah…..ermm….”pintu rezeki mula terbuka”aku berbisik sendirian….akhirnya aku lena…lena seorang jutawan….tidur atas duit tu beb !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

48 Comments

  • At 2010.05.10 17:52, Nadri said:

    cerita yg membuatkan hati ini tersentuh..cerita ini berdasarkan pengalaman hidup sebenar ke bro???
    Nadri´s last blog ..Video Surveillance My ComLuv Profile

    • At 2010.05.10 18:50, admin said:

      yupp…pengalaman sebenar yang ditempuh semasa masih di dalam latihan membaiki kasut suatu ketika dulu…tiada unsur-unsur perisa tambahan :) …begitulah seadanya.

    • At 2010.05.10 18:05, samdaddycool said:

      Speechless….
      samdaddycool´s last blog ..Kaya Ball : simple business idea My ComLuv Profile

      • At 2010.05.10 18:52, admin said:

        laaa…kata itu hari suruh gua cerita “kisah si tukang kasut” :)

        • At 2010.05.10 19:50, samdaddycool said:

          erk… terkedu baca bab makan tu sebenarnya. Tapi betul , kadang-kadang bila jiwa kacau, kena redha sebenarnya. Jika nasib kita susah – ada orang lain yang lagi susah. Syukur dengan apa yang ada, redha dengan ujiannya.

          ‘bukan senang nak senang, tak susah nak susah’
          samdaddycool´s last blog ..Kaya Ball : simple business idea My ComLuv Profile

          • At 2010.05.10 20:56, admin said:

            itu dah kira rahmat lah tu,sam…pasal dapat sesuatu yang boleh dimakan :)

            kehidupan susah ni dah lali pada gua,sedari kecil sudah merasa akan kesusahan…bila gua kena berhadapan dengan keadaan sedemikian,kira selamba je :)

      • At 2010.05.10 20:52, etomyam said:

        semakin menarik dan begitu menyentuh perasaan….boleh compile jadi e-novel ni :D
        etomyam´s last blog ..15 Pictures Shot At Right Time And Right Place My ComLuv Profile

        • At 2010.05.10 21:00, admin said:

          hahaha….e-novel? cadangan yang bagus…tapi kena siapkan ebook repair kasut dulu…kihkihkih

          • At 2010.05.12 07:43, botak said:

            kalau compile jadi enovel, confirm meleleh air mata baca kisah ni
            botak´s last blog ..oversleeping My ComLuv Profile

            • At 2010.05.12 16:23, admin said:

              sebelum tu aku kena siapkan dulu ebook tu…sehingga hari ini baru siap tajuk je…hahaha

        • At 2010.05.10 22:28, zik said:

          kerja sendiri nie besar cabarannya berbanding kerja makan gaji… insyallah rezeki kerja sendiri lebih berkat.. :-)
          zik´s last blog ..Chelsea juara EPL musim 2009/10 My ComLuv Profile

          • At 2010.05.10 23:38, admin said:

            kerja sendiri memang mencabar,zik…tambah-tambah lagi kalau ko hanyalah seorang tukang kasut di kaki lima :)

          • At 2010.05.10 23:14, rohaizad said:

            Aku tak kira, aku rasa ada sesuatu yang aku boleh buat untuk menjadikan hasil karya cerita ini ke aras yang lebih tinggi. Insya Allah… :)
            rohaizad´s last blog ..Kelip Kelip Ku Sangka Api… My ComLuv Profile

            • At 2010.05.10 23:43, admin said:

              alamak !ijad,ko nak buat apa? ko sudah bikin aku berdebarlah!:)

              • At 2010.05.11 09:30, Dila.13 said:

                Bro Ijad, saya setuju!! kalau perlukan proofreader, saya sedia sumbangkan tenaga!!
                Dila.13´s last blog ..Hari Biru My ComLuv Profile

            • At 2010.05.11 09:17, madlut said:

              huhu..bro, x sangka sampai camtu sekali ko susah eh bro…sy igtkan susah yang biasa2 je…x sngka sampai cmtu sekali, kalau saya kena camtu..x tau la cmne…

              • At 2010.05.11 16:26, admin said:

                kesimpulannya…gunakan peluang yang ada :)
                baik dalam bidang pelajaran mau pun dunia blogging…segala kemudahan dan kelebihan tu gunakanlah sebaik mungkin.

                ketika itu,aku cuma ada ruang dan peluang yang itu sahaja…andai terlepas,memang mengundang padah!

                pepatah minang ada menyebut
                “waktu keluar merantau,sehelai pinggang,”
                “balik dari merantau,tanah sebidang”

                *aku bugis bukan minang*

              • At 2010.05.11 09:23, Dila.13 said:

                LAGI.. LAGI..!!! Bro Johari, cepat-cepat ye update sambungan kisah si tukang kasut ;)
                Dila.13´s last blog ..Hari Biru My ComLuv Profile

                • At 2010.05.11 16:29, admin said:

                  hahaha…ini barang kenangan puluhan tahun,nak cungkil dari benak bukan perkara mudah…terutama nak menyusun waktu kejadian,yang mana dulu,yang mana kemudian…kadang-kadang saya pun keliru…hahaha

                • At 2010.05.11 09:44, ain said:

                  hai nice story.. sungguh menyentuh perasaan… :)
                  ain´s last blog ..Sup Ikan Merah.. My ComLuv Profile

                  • At 2010.05.11 16:30, admin said:

                    terima kasih di atas kesudian singgah di sini :)

                  • At 2010.05.11 09:55, zainura66 said:

                    Assalamualaikum,

                    memang betul tu samdaddycool “bukan senang nak senang dan taklah susah nak jadi susah” dan saya menyokong etomyam ..boleh buat e-novelse lain e-book repair kasut dan benar cakap zik, kerana Rasullulah pun mengatakan bahawa 9/10 rezeki itu dari perniagaan..tapi biar genuine. Sungguhpun begitu saudara Jo,berat mata memandang (tapi di sini berat mata membaca, berat lagi bahu memikul).Salam ceria selalu.

                    • At 2010.05.11 16:34, admin said:

                      salam dijawab,

                      begitulah pendapat dan buah fikiran para pengunjung yang mana boleh diterimapakai :)

                      yupp…itu antara pengalaman yang harus saya tempuh seketika dulu sewaktu dalam latihan membaiki kasut :)

                    • At 2010.05.11 13:03, mijie said:

                      bro dengan rasminya aku subscribe blog bro, aku cukup tersentuh dengan pengalaman yg bro lalui, dulu aku igt aku lah manusia yg paling susah

                      yg mana hanya ada ibu yg bergaji 300 untuk menyara aku sehingga ke universiti

                      bekerja, belajar dan bekerja untuk teruskan kelangsungan hidup….

                      p/s: aku cukup yakin nama ko akan tercatat sebagai seorang jutawan dlm senarai jutawan di malaysia nanti
                      mijie´s last blog ..Sekitar Hari Aggota Bomba 2010 di Melaka My ComLuv Profile

                      • At 2010.05.11 17:06, admin said:

                        mijie,terima kasih di atas kesudian itu :)

                        pepatah lama ada menyebut
                        “berakit-rakit ke hulu”
                        “berenang-renang ke tepian”
                        “bersakit-sakit dahulu”
                        “bersenang-senang kemudian”

                        gua percaya,lu sekarang sudah mampu membuatkan ibu tersayang tersenyum,ibu yang telah berkorban untuk anak-anaknya :)

                        *andai seseorang itu akur dengan perjanjian bersama yang telah dibuat sebelum ini…dah lama title tu dalam genggaman* :)

                      • At 2010.05.11 14:13, suri said:

                        dari pengalaman ia boleh mendatangkan kehdupan seseorang ;)

                        • At 2010.05.11 17:08, admin said:

                          pengalaman adalah guru yang terbaik :)

                        • At 2010.05.11 15:49, boss said:

                          mak oi… sedihnya.. kisah hidup ko ni.. aku tak boleh bayangkan la.. respek2..!
                          boss´s last blog ..Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 1) My ComLuv Profile

                          • At 2010.05.11 17:25, admin said:

                            sambil-sambil berkongsi kisah dulu dapat jugak aku update blog ni :)

                          • At 2010.05.12 07:46, botak said:

                            boleh bukak franchise ni bro..mesti mantap ni
                            botak´s last blog ..oversleeping My ComLuv Profile

                            • At 2010.05.12 15:49, admin said:

                              idea yang bernas ! tapi tak perlu begini sebenarnya…yang penting menguasai kemahiran dan sesiapa pun boleh mengusahakannya :)

                            • At 2010.05.12 12:31, khairolghani said:

                              kagum dengan semangat ko meneruskan hidup..dulu aku lalui hidup yg susah juga,tapi tidaklah sesusah ko ni bro..memang aku respek habis kat ko..
                              khairolghani´s last blog ..Warkah Untuk Emak My ComLuv Profile

                              • At 2010.05.12 15:57, admin said:

                                aku hanya satu peluang ketika itu,andai aku menyerah kalah punahlah segalanya(rancangan mengubah nasib diri dan keluarga untuk keluar dari lingkungan kemiskinan).

                                setiap manusia di atas muka bumi ini,ada bahagiannya yang tersendiri :) DIA lebih mengetahui yang terbaik untuk makhlukNya :)

                              • At 2010.05.14 04:24, ejoncb said:

                                wow…speechless…kagum pun ada
                                ejoncb´s last blog ..Cerita Di Suatu Tengah Hari 2 My ComLuv Profile

                                • At 2010.05.14 05:37, admin said:

                                  itulah selingkar kisah sangilapi suatu masa dulu :)

                                • [...] pertama bermula Bhg 3 – Perjuangan itu Bhg 4 – Tempoh bertenang Bhg 5 – Gaji aku Bhg 6 – Pintu rezeki mula terbuka Bhg 7 – Rezeki tambahan Bhg 8 – Rezeki mula melimpah Bhg 9 – Kalau dah rezeki Bhg [...]

                                  • At 2010.05.26 20:00, admin said:

                                    terima kasih,boss :)

                                  • At 2010.07.16 23:54, abu said:

                                    assalamualaikum, time google saya taip pintu rezeki kat internet terjumpa blog ni secara tak sengaja. cerita kita lebih kurang sama, time tempat dan situasi mungkin berbeza. tapi pintu rezeki tu tuhan punya, kita cuma berdoa dan berusaha. kekayaan juga dalam berbagai bentuk, tak semestinya jadi jutawan… tapi tak salah kalau nak jadi pun. kena usaha kuat banyak la. kalau usaha sikit banyak tak jadik. anyway good luck.

                                    • At 2010.07.18 20:08, admin said:

                                      salam dijawab,

                                      setiap manusia itu memang ada ujian masing-masing samada mereka boleh menerima dengan sabar atau sebaliknya.

                                      yang penting kenalah berusaha setakat yang termampu,selebihnya serahkanNya :)

                                      terima kasih kerana sudi singgah dii sini,abu .

                                    • At 2010.12.13 15:08, Ali ridha said:

                                      pintu kayu tu
                                      belum siap lagi.
                                      Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended My ComLuv Profile

                                      • At 2010.12.13 15:08, Ali ridha said:

                                        tadah tapak tangan.
                                        tanda kita bersyukur
                                        nikmat rezeki.
                                        Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended My ComLuv Profile

                                        • At 2010.12.13 15:10, Ali ridha said:

                                          kita pinjam udara.
                                          segala kita miliki
                                          kita pinjam je.
                                          Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended My ComLuv Profile

                                          • At 2010.12.13 15:12, Ali ridha said:

                                            sabun cap harimau
                                            main celup le.
                                            Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended My ComLuv Profile

                                            • At 2010.12.13 15:13, Ali ridha said:

                                              kasi sekali kepada
                                              anak kucing angkat.
                                              Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended My ComLuv Profile

                                              • At 2010.12.13 15:14, Ali ridha said:

                                                tersilap kasut baiki.
                                                nanti pemilik kata.
                                                apa ni tak baiki ke.
                                                Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended My ComLuv Profile

                                                (Required)
                                                (Required, will not be published)

                                                CommentLuv Enabled
                                                © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                                                Design by: Yoshz Themes