pilihan nai
Sepertimana permintaan Wan[tiada link ke blognya] maka aku pun menyambung kisah seterusnya.Terus je pada cerita tersebut.Setelah sebulan laluan M.V.JJJJ berubah[singgah di Sabah dan Sarawak],aku dapat sepucuk warkah dari Nai ketika kapal berlabuh di Pelabuhan Kelang.
Aku baca warkah itu di bilik enjin.’Posmen’ menghulurkannya ketika aku sedang duty.Bertenggek di atas tangga besi aku mula menatap isi kandung warkah itu.
Ucapan salam ditulis dalam tulisan jawi[ada sedikit kesilapan],
Joe,
Moga Joe dalam keadaan sihat.Sebelum itu,Nai mohon maaf andai warkah sebelum ini,Nai menyembunyikan keadaan kesihatan Nai – harap Joe tidak tersalah anggap.Kini Nai sudah pulih seperti sedia kala.Sepanjang Nai terlantar di katil hospital,Nai tidak pernah menyalahkan Joe kerana tidak menziarahi Nai.
Semasa Nai sakit,Nai banyak berfikir mengenai tindakan Joe sebaik sahaja belayar.Akhirnya Nai sedar,segala tindak-tanduk Nai selama itu,mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan Joe.Nai bagai lupa tentang pesanan Joe sebelum ini.Nai bagai terlupa perhubungan kita sudah lama tamat.
Selama Joe belayar,Nai banyak menemani Auntie Pah dan kami berdua banyak berbual pasal Joe,kadang-kadang Uncle Hud turut sama menyumbang cerita mengenai Joe.Nai betul-betul tersentak dari mimpi.Benar-benar Nai rasa bersalah.Hanya kerana mengikut rasa hati,Nai semakin kerap berkunjung ke Muar bertemu Joe sebaik keputusan papa enggan merestui perhubungan kita berdua.
Tanpa Nai sedar tindakan itu menambahkan kerumitan dan kepedihan pada Joe.Sehinggakan Joe sanggup meninggalkan segala usaha Joe dalam bidang pertukangan kasut – suatu dunia yang cukup sebati dan bermakna buat Joe.Nai begitu bodoh mempercayai alasan Joe untuk belayar.Sedikit pun Nai tidak sedar segalanya berpunca dari Nai.
Semakin panjang luahan ini ditulis semakin tebal rasa bersalah terhadap Joe.Bukan niat Nai mahu membuka lipatan sejarah yang lalu.
Di sini ingin Nai sampaikan suatu berita.Ketika warkah ini ditulis secara rasminya Nai sudah memeluk Islam.Sudah tentu Joe boleh menjangkakan nama yang digunakan.Nama yang mempunyai pengertian yang sama dengan nama Joe.
Isi kandung yang seterusnya aku malas nak baca.Aku lipat warkah tersebut.Melangkah ke kafe sambil dalam kepala memikirkan perkataan KALAULAH…..
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 


kalaulah??? sambung sambung abg joe,
em nama islam nai apa? aduh banyaknyer nak tanya, hari tu masa jumpa rasa segan dan sian lak kat bro nak tanya pasal nai,
teringin pula aku nak jumpa nai tu
mijie´s last blog ..Selamat Hari Lahir Sayang
lebih kurang macam luahan lu dulu tentang “kalau”,mijie
nama gua Johari=Jauhari=maknanya apa?
begitulah maksud nama baru Nai tu=Jauhari
gua dah tak de rasa apa-apa pun,mijie
….kalau persoalan ini dibangkitkan.
peluang nak terjumpa Nai tu cukup tipis
….tu yang malas nak sebut nama bandar berkenaan dalam blog ni….hahaha
Kalaulah aku tahu apa kesudahan citer ni…tak sanggup nak tunggu!!
adamfaiz´s last blog ..Moga Rezeki Murah Lebih Berjaya
kalau dah tau kesudahannya bermakna blog ni pun terhentilah updatenya,adam
ada unsur suspens di situ
dark_half´s last blog ..Ini Bukan Contest!
kena ada unsur2 mcm tu kalau tak story tak menarik..:D
aku main bedal je bila menulis,AK
hehehe….saje ditulIs sebegitu,DH
aku pun tak sabar2 je nak tunggu kisah selanjutnya
keluarga nai macam mana bro? bila nai memeluk islam?
kisah selanjutnya? sila ikuti entry berikutnya,tehr
dari segi undang-undang mereka tak boleh campur urusan tu dan lantaran Nai anak perempuan tunggal mereka,hubungan mereka masih seperti dulu
…tiada isu dipulaukan keluarga atau memulaukan keluarga.
kalaulah apa agaknya??? tungguew…
zik´s last blog ..Mahasiswa yang berfikiran jauh
“kalau” yang boleh jadi “macam-macam kalau”,zik
alahai.. mana boleh berhenti kat situ aje surat Nai tu, Bro Johari.. entri seterusnya jangan lupa sambung ye. teringin jugak nak tahu nama Islam Nai. jap, saya cari makna Johari tu. lepas tu kita semua boleh main teka-teka nama Nai

Dila.13´s last blog ..WangCyber Kena Serang!
mungkin disambung di lain kali,dila
senang je nama Nai yang baru tu,cuba tanya CD mesti spontan je dia boleh jawab
mana pulak CD ni tak muncul2.. CD.. oh, CD…

Dila.13´s last blog ..WangCyber Kena Serang!
dia dah sibuk kuliah kot,dila
nama die Shafina Bazilah,,haha,,
kuliah lamat lagi..arab amek line telefon umah saya.abeh tenet xda..
tengah bz tumbuk tilam..tu je yang mampu..kah2
hahaha….walaupun aku tak tahu berbahasa arab,CD
….yang pasti kurang tepat jawapannya.
ko ni cuti berapa lama daaa…
report kat kedutaan malaysia….kehkehkeh
tilam yang bersalah tu jugak yang menjadi mangsa
wah.. sedapnye nama.. Bro Johari, hari tu CD kata nama Nai mungkin Jauharah.. betul ye? kalau salah, suruh CD balik Malaysia sambung belajar kat UIA aje. hehehe

Dila.13´s last blog ..Tips Untuk Anda Yang Tak Suka Menulis
Jauharah?….ni mesti malas nak fikir nama yang lain,namanya bermula dengan perkataan ‘S’,dila
nampak gaya CD kena buat permohonan pertukaran tempat belajar….kahkahkah
nai ni org mana? heheh
ponda_malam´s last blog ..Lee Ga Na
malaysia jugak tapi negerinya memang dirahsiakan.PM
kalaulah aku tak pegi belayar…hehe
ya…macam-macam kalau bermain di kepala aku,AK
uish, cerita tergantung!! kena sambung…kena sambung…tunggu nih.
AzketOm´s last blog ..EKSPEDISI RAYA
bukan tergantung tapi bersambung,AO
Kalaulah??
err..kalaulah tak jumpa Nai dulu..hehe
pertemuan itu suatu rezeki,ejon
….rugi kalau cakap macam tu.
Kalaulah itu wujud.
sememangnya manusia gemar “berkalau”,wan
1001 persoalan bermain dalam kepala..
Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon
kalau dalam kepala lu sendiri,apakah satu daripada 1001 macam persoalan itu,sam?
Sedih, terharu, dan pelbagai andaian ‘kalau’. Rasa terkilan, usah cakap. Memang pahit rasanya.
Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon
senang cakap,hindarkan permainan “kalau” ni sebab ia tiada kesudahan dan penghujungnya,sam
Betu2.. asyik fikir ‘kalau’, macam tak redha plak dengan ketentuanNya
Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
redha adalah jalan terbaik,sam
Nama dia Durrani
Kalau betul dapat hadiah tak..
hehehe…..bermula dengan huruf S,man
andai hati aku tergerak nak bagi…..mungkin ada hadiahnya
bagusnya nai dah masuk islam..sebenarnya, walaupun aku mengikuti cerita ini, aku pun tak sedar sebenarnya bro meninggalkan alam tukang kasut kerana nai..huhu…tabahnya ko bro…
itu yang aku lega,Nai jelas akan tujuannya memeluk Islam,madlut
sebab aku sedar,selagi Nai boleh berjumpa dengan aku,selagi itulah dia masih menyimpan impian [yang secara logiknya takkan tercapai]
tabah?sekadar untuk kebaikan kami berdua
kalaulah aku boleh tau setiap jalan cerita Nai dan bro Joe..alangkah bestnya.
hahaha….sudah pasti,ada yang tidak perlu diceritakan dalam blog ini,LA
singgah sini & tukar2 link ngan uu jom follow me
i follow uuu
terima kasih singgah di sini,AS
blog ni memang tiada button follow
Nama Islam Nai mula dengan huruf ‘S’? tak tau la siapa yang kena tukar tempat belajar.. CD atau jiran dia yang kasi info salah tu. huhu…
Dila.13´s last blog ..Tips Untuk Anda Yang Tak Suka Menulis
mungkin nama yang diberi tu ada betulnya,dila
….cuma nama Nai tu bermula dengan ‘S’ tetapi mempunyai maksud yang sama.
dah penat mencaari.. akhirnya saya angkat bendera putih.. huhuhu

Dila.13´s last blog ..Fakta Oktoberfest
kahkahkah….S _ _ Z _ _
apa nama Islam Nai?bro,kalaulah apa?
khairolghani´s last blog ..siapa kamu wahai “tak perlu tahu”
hahaha….cubalah agak,kay
kalau yang bermacam-macam kalau…
tabung duit syiling
mau kaya ?
mau rajin2 komen
mau komen?
jom renang
Tag
adsense BE berblogging blackberry blog blogger blogging blogwalking bold 9780 cari detik-detik diving domain duit gua hari raya hosting hutan ibu kapal kasut kasut-kasut kelasi kelasi kapal LOA masjid mau ME membaiki kasut mencari mencari rezeki murah niche blog nuffnang PR ramadhan rezeki rezekimurah rokok runtuh scuba diving smart blogging sundang syawal tukang kasut
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
mau langgan ?
yg dtg cari blog aku
kat sini pun boleh
singgah dan tersinggah
Design by: Yoshz Themes