perubahan rancangan

admin | sembang-sembang | July, 20 2010 | 32 Comments

Suatu malam[hampir 20 tahun yang lalu]

Aku melayan perasaan sendirian.Berbaring sambil mengimbau perkara lalu.Kadang-kadang aku tersenyum,ada kala aku mengeluh.Namun kehidupan harus diteruskan walau perancangan terpaksa diubah.Tentang perniagaan membaiki kasut yang telah aku usahakan hampir 2 tahun itu berjalan dengan lancar.

Namun hati ini merasakan dunia tukang kasut itu pun bakal aku tinggalkan bila tiba masanya yang sesuai.Mungkin  kesudahannya tidak seperti diimpikan.Namun itu yang terbaik untuk aku.Memang diakui dunia kaki lima itu banyak membantu aku mengenal akan kehidupan ini dari sudut yang berbeza.

” Joe,dunia ini cuma pentas lakonan ” sehingga kini aku masih ingat akan kata seseorang itu.” Yang penting pelakon itu kena kenal akan dirinya terlebih dulu berbanding dengan wataknya dalam lakonan tersebut ” ketika itu memang aku sedikit gerun[keliru pun ada] dengan kenyataan yang dilontarkan.

Maka sudah tertulis watak aku sebagai tukang kasut berakhir pada 30.10.1991.Di atas adalah gambar helaian diari aku yang ditulis dalam sebuah buku berkulit keras.Dulu mana ada blog daaa ! Maka dalam buku itulah aku menulis setiap kenangan aku sebagai pencari rezeki di kaki lima[tukang kasut di Muar].

(Dairi aku yang lagi satu[sewaktu bekerja dengan Bang Da dan Bang Hud],aku serahkan pada Nai sebagai kenangan buatnya.Dairi itu sebenarnya hanya sebuah buku berkulit nipis yang berharga 35 sen setebal 80 mukasurat).

Untuk mengisi masa lapang semasa ketiadaan streamyx,aku gatal tangan menyelongkar sebuah beg lama maka terjumpalah aku dengan diari ini.

Drcobbler memegang watak apa selepas bersara ? Aku jadi kelasi kapal ! Bekerja di atas sebuah kapal mengangkut minyak.Bermulalah dunia aku sebagai seorang yang sewel…….kahkahkah !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

32 Comments

  • At 2010.07.20 09:55, etomyam said:

    nak tahu sebab utama berubahnya watak dari Dr. Cobbler kepada Sailorman…dua perkara yg berbeza tu..apa-apapun cerita atas kapal nanti pastinya lagi syok ni bro :D
    etomyam´s last blog ..Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2011 My ComLuv Profile

    • At 2010.07.20 15:34, admin said:

      sebabnya akan diceritakan semasa drcobbler bertukar menjadi sailorman :)

      kisah pelayaran itu mungkin singkat sebab banyak babak akan dipotong…kahkahkah

      • At 2010.07.20 15:42, boss said:

        ahh dah habis ke cerita tukang kasut… hmmm kenapa ko berhenti jadi drcobbler?..
        boss´s last blog ..Dapat offer iklan lagi My ComLuv Profile

        • At 2010.07.20 19:27, admin said:

          masih diceritakan kisah drcobbler cuma tukar ‘lokasi penggambaran’ – atas kapal pulak,boss :)

    • At 2010.07.20 10:39, cookdong said:

      ‘watak’ suami orang dah jadi ka belum?
      perg,,tulis diari pakai pen merah..dasat ni,,hehe

      • At 2010.07.20 15:36, admin said:

        teruskan menjengah blog ini kalau nak tau…..kahkahkah

        warna dakwat pen melambangkan keadaan semasa ia ditulis,CD :)

      • At 2010.07.20 13:41, Samdaddycool said:

        Dr. Cobbbler tukar jadi popeye the sailormoon.. opps sailorman. Berakhir sudah satu episod epilog cinta luka.. huk.. huk..
        Samdaddycool´s last blog ..SMS minta maaf tak semuanya terjawab My ComLuv Profile

        • At 2010.07.20 15:37, admin said:

          begitulah skripNya,sam….follow je lah :)

        • At 2010.07.20 16:20, zik said:

          lah dah tukar profession lah pulak??
          zik´s last blog ..Mengharap rezeki ramadhan My ComLuv Profile

          • At 2010.07.20 19:28, admin said:

            kalau aku tak tukar kerjaya mungkin blog ini pun tak wujud,zik :)

            • At 2010.07.21 03:02, zik said:

              owh yeke.. hurm kena tunggu episod akan datang nie..jeng2..
              zik´s last blog ..Google PR zikrihusainicom kembali ke 2! My ComLuv Profile

              • At 2010.07.21 05:43, admin said:

                seperti biasalah kena tunggu entry berikutnya,zik :)

                *mesti tersenyum bila dah dapat semula PR 2*

          • At 2010.07.21 02:57, TSPR said:

            Melalui fasa bertukar kerjaya membawa makna akan bertukarlah pula watak dalam episod cerita berikutnya…dan seperti biasa, Sangilapi tidak akan lari dari skrip yang ditentukan olehNya. Segala pengalaman pahit, manis, suka, duka adalah anekarasa yang tidak dapat tidak harus di tempuhi atau diredahi jua… =)
            TSPR´s last blog ..Santai Seketika- Halwa Telinga My ComLuv Profile

            • At 2010.07.21 05:50, admin said:

              bagi pengkaji-pengkaji pernomboran[metafizik] tentu mereka faham akan pemegang no 8 ini[sangilapi] :)

              macam biasa memang tak boleh nak bangkang dengan tuan empunya skrip – maka ikutkan je lah :)

            • At 2010.07.21 08:25, madlut said:

              dari tukang kasut ke pelayar…jauh berbeza tue…tapi rasannya, walaupun profession berubah, sangilapi tetap orang yang sama bukan?

              selain babak percintaan, saya suka babak bargaduh dalam cerita-cerita bro..kerana, pergaduhan org lama bebeza sekali dengan sekarang…adakah dalam kapal ada babak pergaduhan??haha

              • At 2010.07.21 20:20, admin said:

                drcobbler atau sailorman atau blogger,yang pasti sangilapi tetap SANGILAPI,madlut :) …cuma pentas lakonan yang berubah,pelakonnya tetap orang yang sama dan berperwatakan yang sama.

                bergaduh memang aku tak suka ! dalam kapal kalau nak bergaduh memang suatu kesilapan besar !

              • At 2010.07.21 14:44, tehr said:

                ni kira satu penghijrahan juga ni bro
                …atas kapal ada awek juga ke bro?
                tehr´s last blog ..Rezeki Raya Di Pasar Minggu My ComLuv Profile

                • At 2010.07.21 20:22, admin said:

                  berhijrah dalam kerjaya….betul jugak tu,tehr :)

                  awek?…antara topik yang aku malas nak sentuh….kahkahkah

                • At 2010.07.21 16:06, a loqman said:

                  salam ,ziarah sesi petang pula,,minta http mau rajin komen boleh ke..tolong email ye

                  • At 2010.07.21 20:24, admin said:

                    bro,aku sebenar tak faham ni….nak bertukar-tukar link ke ?…apapun nanti aku email :)

                  • At 2010.07.22 00:20, Dila said:

                    DrCobbler ke kelasi kapal.. kalau dah sang gila api berubah kerjaya, mau dapat gelaran popeye the sailorman :)
                    Dila´s last blog ..Cabang Baru My ComLuv Profile

                    • At 2010.07.22 03:39, admin said:

                      sebenar ketika ini saya mula menggunakan gelaran bonneyan13 sebab atas kapal tu semua nak jadi popeye ! :)

                    • At 2010.07.22 00:23, Dila said:

                      btw, cantik tulisan tangan tu.. memang melambangkan seorang DrCobbler ;) Tukar tema cerita ‘ke laut’ dan akan mula satu adventure baru untuk hiburan & iktibar pembaca novel ni :)
                      Dila´s last blog ..Cabang Baru My ComLuv Profile

                      • At 2010.07.22 03:43, admin said:

                        yupp,tulisan seorang doktor memang macam tu walaupun hanya seorang doktor kasut,dila :)

                        dalam babak-babak kehidupan saya,perjalanan kehidupan atas kapal lah, saya banyak yang tak ingat sebab malas untuk dikenang-kenang :)

                      • At 2010.07.22 22:02, bujang3 said:

                        lepas nie jadi tukang kasut kat atas kapal ????

                        • At 2010.07.23 00:00, admin said:

                          mana boleh,bujang…atas kapal kena jadi kelasi kapal lah :)

                          • At 2010.07.24 11:20, bujang3 said:

                            kah.kah.kah!!! Salah aku ler tu…aku ingat boleh ler, praktikkan skill di atas kapal tu…di waktu yang terluang !! (itu pun kalau ada waktu terluang la!!!)
                            bujang3´s last blog ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!! My ComLuv Profile

                            • At 2010.07.24 18:31, admin said:

                              boleh kata aku bekerja selama 16 jam setiap hari sepanjang aku bekerja atas kapal tu,bujang :)

                        • At 2010.07.24 11:21, bujang3 said:

                          oh yer !!! bila agaknya ko nak compilekan ceriter ko ni dalam satu buku bernama novel… aku rasa pasti laris hasil jualan buku tu nanti….he.he.he!!!
                          bujang3´s last blog ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!! My ComLuv Profile

                          • At 2010.07.24 18:33, admin said:

                            mungkin tidak sebab cerita aku ni sekadar membolehkan blog ini sentiasa diupdate sahaja,bujang :)

                          • At 2010.07.27 08:52, khairolghani said:

                            pergh..best juga kerja kelasi kapal..pernah ada cita2 nak jadi kelasi..hehe
                            khairolghani´s last blog ..Majlis Solat Hajat My ComLuv Profile

                            • At 2010.07.27 13:33, admin said:

                              dalam best ada jugak yang tak bestnya,kay…apapun semua kerjaya memang macam tu,ada best ada yang tak bestnya :)

                              kalau bujang memang sesuai kalau sudah anak-isteri ada susah sikit,kay.

                            (Required)
                            (Required, will not be published)

                            CommentLuv Enabled
                            © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                            Design by: Yoshz Themes