pertemuan pertama
gambar (the.karimuddin.com)
pertemuan yang diaturNya…..suatu malam,aku menapak dari kedai kulit bang hud di mall lama menuju ke kedai kulit yang baru dibuka itu….di kedai kulit lama, aku mengambil segala kasut yang akan dihantar ke bang da…yang mana kasut – kasut itu akan aku tinggalkan di stor menyimpan barang.
malam itu,kak pah meminta jasa baik aku agar menyiapkan 6 pasang kasut – tukar tapak,yang mesti siap sebelum tengahari esok….kerja bertambah,upah bertambah….yang semakin kurang adalah waktu tidur ku !…..perjalanan aku dari kedai lama ke stor memakan masa lebih kurang 15 minit berjalan kaki – itu masa aku berjalan…orang lain berjalan pasti lebih dari itu….hahaha
kalau dah sampai stor memang lega sebab bebanan berat semakin kurang cuma tinggal satu beg sandang besar yang perlu aku bawa ….lagi satu beg aku letakkan di stor- beg yang paling berat !
dari stor aku akan menyusur di tepi- tepi bangunan sebelum sampai di mall baru tu….sambil berjalan kepala teringatkan kampung – dah lama aku tak balik ! ,sewaktu sudah sampai di tepi bangunan yang terletaknya mall baru itu…..aku nampak satu susuk tubuh perempuan sedang terbongkok-bongkok mengelilingi sebuah kereta.
bila sudah hampir dengan kereta itu barulah aku tau perempuan ini sedang terhendap-hendap,terjengah-jengah di bawah kereta….lalu aku menegurnya inginkan kepastian…..” amoi,lu apa bikin tengok bawah keleta ?” sapa aku pada perempuan berkulit cerah itu…putih melepak orangnya….”saya nak amek anak kucing bawah kereta ni” jawabnya tanpa pelat-pelat….sebijik macam melayu bertutur !
“alamak !,dia ni perempuan melayu ke perempuan cina ? ” soal aku dalam hati…..” awak boleh tolong saya tangkap anak kucing tu tak ? ” dia bertanya lembut sambil memandang tepat ke arah aku…..aku sekadar mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju….terus aku menjengah ke bawah kereta sambil memujuk si anak kucing itu datang ke tangan aku….akhirnya si anak kucing yang kempis perutnya,berbulu comot itu datang ke arah aku.
” tadi saya panggil,dia tak mau datang pun” perempuan berkulit cerah itu menerangkan bahawa hampir setengah jam dia cuba menangkap anak kucing itu namun gagal……tergambar di wajahnya sebuah kegembiraan….sebelum berjalan masuk ke mall,aku sempat berkempen pada perempuan berkulit cerah itu….” kalau mau baiki kasut datanglah ke lot 14 ,saya kerja situ sebelah malam “…..setelah berbalas-balas senyuman, aku pun menuju ke pintu besar mall ….tak jauh dari situ.
sampai di lot 14,aku letak beg sandang…..terus ke meja kerja…..ada timbunan helaian kulit yang sudah siap dipotong/di gunting…..acuan kasut berselerak bersama peralatan yang lain….”tu pacat punya stail kerja lah” bang muzi bersuara bila melihat aku mengemaskan meja kerja……bang muzi sebentar tadi sedang tekun menjahit menggunakan mesin jahit khas….sedang menyiapkan sehelai jaket kulit…..”joe,lu malam nanti boleh siapkan 3 pasang kasut,tukar tapak….tapi lu bikin kat bilik ” rayu bang muzi sambil menepuk-nepuk bahu aku.
aku dah terbayang…… kena berjaga sampai subuh untuk menyiapkan semua kasut-kasut itu ! tapi bila memikirkan perancangan aku suatu hari kelak,aku perlukan korbankan waktu tidurku….lagipun suatu masa kelak aku akan tidur sepuas-puasnya….hahaha
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



aha… FIRST (??) dah masuk bab yang berat dah ni.. dan part tak cukup tidur tu memang sama dengan berblogging!
Dila.13´s last blog ..Those Ignorant Cool Thirsty Teens
yupp…1 st…tapi tak de hadiah…hahaha
…sekarang ni pun mungkin dila dah rasa bila job nak kena siap cepat(tulis article)
bab berat?…berat lagi bahu yang memikul!….tapi saya jenis selamaba je
bukan setakat tak cukup tidur…malahan ada ketikanya,bersengkang mata 48 jam tanpa henti.
sama dengan berblogging?…nanti,dila lalui sendiri
…wahh… sudah mau singkap RAHSIA.. hehehee.. best, best..
samdaddycool´s last blog ..Baju blaus potongan kebaya nyonya
rahsia tetap akan rahsia,sam….kihkihkih
boleh cerita setakat kulitnya…isinya tak boleh maaa
..bak kata Siti Nurhalija.. Biarlah rahsia
hahaha ….tau tak pe
Aku tak kira… aku nak tahu dan nak baca juga rahsia tu… dah kasi aku geram, lepas tu mau simpan cerita… mana buleh! haha
rohaizad´s last blog ..Keluarga bukan satu liabiliti, tapi aset.
hahaha…boleh cerita tapi tak kan mau sampai detail,jad…kihkihkih
rahsia sudah semakin terbongkar…ketagih sudah semakin menular…
p/s: abg joe ni baik dgn kucing yer…sama ngan adik pompuan sy, minat sgt ngan kucing
rahsia semakin terbongkar?…hehehe
gua bukan setakat baik je dengan kucing ni….pernah gua kena heret ke balai sebab bertumbuk dengan satu mamat ni sebab dia sakiti kucing
Satu lagi cerita yang penuh strategi..Sekali lagi bro menamatkan cerita dengan penuh tanda tanya…Arrrggghhh…
P/s ; tak ambik nama amoi tu ker?
Shaffik´s last blog ..Masih Lagi Terpinga-Pinga Tentang Blogging?
terpaksa dibuat macam tu demi kekerapan update blog ni…kihkihkih
masa tu memang tak sempat amek nama amoi tu….lepas tu,bukan setakat nama amoi tu aku tau…nama papa dan mama amoi tu,aku dapat tau !
nak pikat anak…kena pikat orang tuanya dulu
aiyak.. tengah syok baca ..potong lagi.. hmm agak2 amoi tu datang tak tempat kasut ko huhu.. kofirm la.. tapi bila.. agaknya.. kejap lagi ke.. esok ke.. hmm amoi tu konfirm melayu.. awek bukan amoi.. aku rasa la.. tapi ye ke.. hmm siapa pulak awek tu.. hmm jodoh singalapi ke.. hmm ye kot.. cheis.. potong2…
boss´s last blog ..Monday Blues dan Malas update blog?
aku jawab kat sini tak de peluang lah nak update blog….kihkihkih
aku pun keliru dengan perempuan tu pada awalnya…amoi ke awek ke ?
lagipun suatu masa kelak aku akan tidur sepuas-puasnya….hahaha
lain mcm je maksud ayat ni..
hehe
hahaha….semua orang pasti akan melalui detik itu,botak.
adalah lebih baik kita sedar ketika ini(sekarang) dari kita sedar bila berada di alam itu
“manusia sekarang lebih banyak “tidur” semasa hayatnya dan mula sedar bila sudah berada di alam itu”
adakah cerita2 selepas ini akan bertukar dari kisah “tukang kasut” kepada “tukang ayat” anak dara orang..hahah…kami akan sabar menantikan, mcm tgk drma bersiri plak
hahaha….aku tetap sebagai tukang kasut……. madlut,itu amoi sudah ayat sama aku daaa….bukan aku yang ayat dia
Ha…kalau jumpa amoi/awek tu, ikut petua ni ;
bacalah ‘mentera’ ni kat dia….
ribu – ribu pohon mengkudu
cincin permata jatuh ke ruang
bila rindu sebutlah nama ku
air mata jangan di buang
Salam ceria selalu.
kisah yang sudah berlalu,kak nura
sekarang ni ko cukup tido tak?tido kena cukup bro,baru badan ada tenaga..
khairolghani´s last blog ..1st time makan KFC
sekarang ni syukur,kalau nak dibanding dulu….malahan kadang-kadang terlebih,biasalah ‘bayar hutang’ yang dulu-dulu !
[...] dan merapu Bhg 15 – Mata cengkung badan melengkung Bhg 16 – Cita-cita dan cinta Bhg 17 – Pertemuan pertama Bhg 18 – Rezeki semakin murah Bhg 19 – Dari kerana mata Bhg 20 – Dari mata turun [...]
terima kasih diucapkan,boss
blog dah ok ke? cantekk..aku dah add blog ni.. http://sufian.info/tukar-links/
vision utk tido dengan sepuas2nya..menarik tu..hehe
sufian´s last blog ..Kelebihan SATA Berbanding IDE (PATA)
sufian,terima kasih banyak pasal email aku hari tu:)
dan terima kasih jugak pasal link tu
kita tengok kasut kulit
amoi.awak mahu saya
basuh ke.
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended
erkk….aku tak faham apa yan ditulis ni,AR