pertemuan kedua

admin | sembang-sembang | June, 01 2010 | 34 Comments

Tajuk je pertemuan kedua,sebenarnya bertemu dengan Nai ni sejak pertemuan pertama dah banyak kali.Tak kiralah  samada sekadar sekejap atau lama.Belum lagi dikira cara pertemuan dibuat,samada bertemu secara jaga atau dalam mimpi ! Pendek kata dah banyak kali.

Disebabkan malam tu,ada pertemuan lagi maka aku dan Acit dengan secepat mungkin menyiapkan segala kerja,sekurang-kurangnya kasut-kasut yang perlu dihantar ke kedua- dua kedai Bang Hud untuk esok harinya.Pukul 10 malam aku mula bersiap-siap untuk pertemuan itu.

Mandi sambil cuci pakaian.Acit yang tidak ikut serta,aku suruh kopek segala tapak kasut yang lama,ambil ukuran asal,tetas benang jahitan(proses ni aku panggil membaraikan) – itu sahaja.Buatlah selagi larat dan mata masih boleh bertahan.Aku balik nanti,aku sambung sehingga siap[ini untuk kasut-kasut untuk dihantar pada lusanya].

Sepanjang aku berkenalan dengan Nai,aku dapatkan merasakan sesuatu yang pelik  pada gadis yang berketurunan Cina  ini.Aku sering tertanya-tanya dan membuatkan aku rasa pelik bila memikirkannya.Samada ia suatu kebetulan atau memang begitu keadaannya – misteri !

Aku cuba ingatkan semula segala peristiwa sebelum aku berkenalan dengan Nai.Bila aku imbas kembali segalanya,mengikut turutan peristiwa, yang aku dapat cuma sebuah persoalan ! Tanda tanya ! Malahan melibatkan seorang lagi – Kak Pah !

Namun aku cuba cool and relax walaupun ketika itu aku cuma cobbler belum lagi bergelar blogger…..hehehe.Aku tengok jam.Tengok Acit yang sedang bersemangat membaraikan kasut,tengok Gong dan Tok sedang leka bergurau sesama sendiri.Aku senyum melihat  gelagat mereka berdua.

Aku merancang sesuatu bila Bang Hud,Kak Pah dan Nai datang nanti.Aku tersenyum,namun tidak bertahan lama bila teringatkan sesuatu.” Baiklah cuba buat seperti biasa” aku memujuk hati.Kemudian terdengar suara-suara orang berbual sambil menuju ke bilik.

“Joe,tolong Bang Hud angkat alatganti kasut ” kata Kak Pah bila sampai di muka pintu.Di belakangnya kelihatan Nai yang sedang tersenyum manis ke arah aku.Aku senyum kembali.”Masuklah dulu, Kak Pah ” aku mempelawa sambil menyarung sandal kulit buatan sendiri menuju ke kereta.

4-5 kali berulang alik dari kereta ke bilik,akhirnya selesai memunggah alatganti kasut tadi.Aku perhatikan wajah Bang Hud ada sedikit kelat.” Macam tension je,Bang Hud” aku meneka. ” Nanti,kita cerita kat kedai ” kata Bang Hud ringkas.Kemudian mata aku terarah pada Nai yang sedang meriba Tok.Gong di riba Kak Pah.

“Alangkah beruntungnya, kalau Tok itu adalah aku” aku berangan .”Dah boleh pergi kot ” Bang Hud bersuara, mematikan angan-angan aku.”Acit,yang ko masih layan kasut apa hal ?” tanya Kak Pah. ” Saya tak pergilah kak ” jawab Acit penuh hormat.” Boss,tolong belikan rokok ” Acit bersuara sambil mengayakan isyarat merokok ke arah aku .

Macam biasa kami semua makan di kedai nasi lemak berlauk kesukaan Bang Hud dan Kak Pah.Aku bersama Nai.Bang Hud bersama Kak Pah.Dalam kereta yang berasingan menuju ke tempat tujuan.” Joe,saya tengok Joe ni macam orang tak cukup tidur ” Nai memecah kesunyian,memulakan bicara.

Aku senyum.” Joe rehatlah bila letih,tidur biar cukup” tambah Nai lagi. Aku makin senyum bila ada orang ambil berat tentang aku….kihkihkih.Aku masih mendiamkan diri,aku mau dengar puas-puas suara amoi ni,aku mau tengok muka amoi ni sepuas hati biarpun ketika ini aku cuma dapat memandang dari sisi sahaja – cukup lah tu !

Dengan penghawa dingin yang terpasang,suasana yang sebegitu membuatkan aku terfikirkan sesuatu ! Nikmatnya kalau aku dapat…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

TIDUR DAAA

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

34 Comments

  • At 2010.06.01 09:51, Shukor said:

    Hohoho…kalau Tok itu adalah bro, maka tak jadilah kamu semua nak pergi makan :D
    Shukor´s last blog ..SBD: Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate My ComLuv Profile

    • At 2010.06.01 09:55, admin said:

      sekadar berangan je,shukor….tapi kalau betul,bagus jugak :)

      • At 2010.06.02 22:57, samdaddycool said:

        ok.. tak bole imagine lebey2.. ahaks
        samdaddycool´s last blog ..Selendang Shawl pelangi 2 tone My ComLuv Profile

        • At 2010.06.03 00:23, admin said:

          itu namanya belaian kasih sayang,sam…hahaha

          eeee…’geramnya’ gua bila Tok diriba dan dibelai Nai…kihkihkih

          • At 2010.06.03 05:03, samdaddycool said:

            hik.. hik.. hik.. tergelak gua sorang2 pepagi buta neh.. :D
            samdaddycool´s last blog ..Selendang Shawl pelangi 2 tone My ComLuv Profile

            • At 2010.06.03 05:34, admin said:

              tapi betul jadi Tok memang untung daaa :)

  • At 2010.06.01 11:23, wanmus said:

    wahh…makin selesa hidup bro..hehe..alhamdulillah..tak siapa tahu pilihan kita dulu yang dikutuk akhirnya memberi sinar bahagia untuk kita kan? Insyallah..Tuhan itu Maha Penyayang :)
    wanmus´s last blog ..Jangan Biarkan 777!!Bahaya! My ComLuv Profile

    • At 2010.06.01 19:41, admin said:

      buatlah apa yang kita minat,wanmus…nescaya bahagia walaupun ada cabaran yang menanti,kita lalui dengan penuh sabar demii sebuah cita-cita :)

      *terima kasih kerana sudi singgah di sini dan meninggalkan komen*

    • At 2010.06.01 15:06, madlut said:

      hahaha..citer ape daa nie…
      klu si nai nie baca…sy nak mt si nai nasihatkan bang joe…
      “joe, awk jgn la potong citer tgh jalan, sian pembaca awk tue…”..kihkihkih

      • At 2010.06.01 16:55, Dila.13 said:

        saya setuju dengan madlut!! kejap bancuh kopi la.. pastu ni tido la.. haih.. tak romantik! hehehehe :P
        Dila.13´s last blog ..3 Langkah Meningkatkan Penulisan Dengan Dramatik My ComLuv Profile

        • At 2010.06.01 19:46, admin said:

          hahaha….peristiwa itu saya lalui hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan seterusnya tahun demi tahun,dila :)

          oleh itu memang begitulah corak penulisannya :)

          • At 2010.06.02 23:40, Dila.13 said:

            ade kebaikan jugak tu.. pelaris blog rezekimurah kalau buat style macam tu.. ade part sedih, romantik, action pack (gilapan berapi!), etc2.. bravo!
            Dila.13´s last blog ..3 Langkah Meningkatkan Penulisan Dengan Dramatik My ComLuv Profile

            • At 2010.06.03 00:09, admin said:

              taip yang mana ingat,dila…bila penat jari dan otak ni,makanya disambung :)

        • At 2010.06.01 19:43, admin said:

          sekadar ingin membawa pembaca menyelami keadaan sebenar,madlut….hahaha

        • At 2010.06.01 15:54, hafizmd said:

          geram betul aku..tgh syiok bace..sekali nak tidoo pulak…hooho..
          hafizmd´s last blog ..5 sebab kenapa 45,000 kakitangan awam tipu sijil cuti sakit My ComLuv Profile

          • At 2010.06.01 19:47, admin said:

            sabar,hafizmd….sila ikuti entry seterusnya :)

          • At 2010.06.01 21:41, mijie said:

            hadus…abg joe ni, potong stim betul

            apa2pun abg joe, hati itu sudah berbunga dan makin mekar la nampaknya
            mijie´s last blog ..Mat Salleh komen blog saya My ComLuv Profile

            • At 2010.06.01 22:14, admin said:

              apa nak buat bila duduk dalam kereta yang berhawa dingin,badan letih maka gua pun tidurlah,mijie :)

              perasaan itu mula hadir secara perlahan-perlahan- agaknya lah….kihkihkih

            • At 2010.06.01 21:45, mijie said:

              lagi satu abg joe, terima kasih link tersebut
              mijie´s last blog ..Mat Salleh komen blog saya My ComLuv Profile

              • At 2010.06.01 22:15, admin said:

                sama-sama,mijie :)

                • At 2010.06.02 02:19, boss said:

                  yeah terima kasih pasal linkkan blog aku jugak.. ! boss belikan rokok!
                  boss´s last blog ..Siapa 5 orang kawan kamu? My ComLuv Profile

                  • At 2010.06.02 04:03, admin said:

                    sama-sama,boss :)

              • At 2010.06.02 00:15, etomyam said:

                tidur memang sesuatu yang paling nikmat
                etomyam´s last blog ..First Ever Ramadan Promotion For This 2010 My ComLuv Profile

                • At 2010.06.02 00:19, admin said:

                  hahaha….setuju tu,bro :)

                • At 2010.06.02 00:17, bujang3 said:

                  bahagianye…!!!! ada orang ambil berat…..
                  bujang3´s last blog ..Monitor Desktop Dah Merajuk !!! My ComLuv Profile

                  • At 2010.06.02 00:20, admin said:

                    memang bahagia,bujang3 :)

                  • At 2010.06.02 02:17, boss said:

                    potong lagi dan aku stuck.. tak boleh baca lagi.. esok sambung baca.. konfirm! update awal2 pagi tau.. he he…
                    boss´s last blog ..Siapa 5 orang kawan kamu? My ComLuv Profile

                    • At 2010.06.02 04:02, admin said:

                      bukan potong daaa….disambung untuk entry berikutnya :)

                    • At 2010.06.02 13:08, titan said:

                      hehe..hampeh..
                      titan´s last blog ..Komisen ke 29 dari Text Link Ads My ComLuv Profile

                      • At 2010.06.02 19:05, admin said:

                        hahaha….relax,ada sambungannya,titan :)

                      • At 2010.06.02 22:58, samdaddycool said:

                        gambo luv kat atas tu mmg cun!
                        samdaddycool´s last blog ..Selendang Shawl pelangi 2 tone My ComLuv Profile

                        • At 2010.06.03 00:19, admin said:

                          itu maknanya,sedang merenung akan halatuju perhubungan kami berdua :)

                        • At 2010.06.03 17:21, zik said:

                          lah… last2 sekli tertido… potong stim tul..
                          zik´s last blog ..Imam muda, bukan populariti semata-mata. My ComLuv Profile

                          • At 2010.06.03 20:07, admin said:

                            yelah badan sedang keletihan,zik…maka tertidurlah aku :)

                          (Required)
                          (Required, will not be published)

                          CommentLuv Enabled
                          © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                          Design by: Yoshz Themes