perkhabaran

admin | sembang-sembang | September, 03 2010 | 24 Comments

Begitu meriah sekali sambutan yang diberikan kepada Kapten Y,sorakan dan jeritan bagai dalam stadium! Aku jugak yang terkial-kial nak memanjat tangga bertali sambil menyandang beg Kapten Y yang entah apa isinya – berat sungguh! 4 kali aku turun naik baru selesai.

Lepas tu pulak,aku kena kemaskan kabin beliau pulak,kemaskan katil,bersihkan bilik air,sapu sampah,lap meja kerja – akhirnya selesai.Tugas Kapten Y akan bermula dalam beberapa jam lagi.Mana-mana kelasi yang tidak terlibat dalam operasi semasa kapal berlabuh di pelabuhan,berlonggok di kafe,mendengar celoteh dari Kapten Y.

Dari apa yang disampaikan oleh jurutera 3 kepada aku ketika sama-sama minum di kafe,laluan kapal akan lebih banyak ke Sarawak dan Sabah selepas ini.Ini cukup menggembirakan para kelasi M.V.JJJJ,gaji bulanan akan bertambah dengan mengingkatnya elaun perjalanan.

Di satu sudut kafe,berkumpul kelasi-kelasi yang kaki ‘layan barang’ dengan muka yang terkilan ! Sebab? Tindakan terburu-buru mereka menghumbankan ‘barangan kesayangan’ mereka ketika kapal sedang berlabuh di tengah laut tadi.Namun jangkaan mereka meleset bila melihat Kapten Y yang muncul…..kahkahkah!

Ketika aku sedang asyik menghabiskan sisa minuman,Kapten Y bangun menuju ke meja aku.Mukanya yang ceria sebentar tadi bertukar muram.Perlahan-lahan beliau menyampaikan sebuah perkhabaran.Belum pun habis apa yang disampaikan,aku dah bangun meninggalkan beliau.

Seperti mana,M.V.JJJJ bakal menempoh cabaran baru,begitulah jugak aku,kalau kelasi ‘layan barang’ bakal mengharungi detik-detik sukar,begitulah jugak aku ! Cukup sukar !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

24 Comments

  • At 2010.09.04 03:51, tehr said:

    memang menyesal tak sudah sapa2 yang dah buang ‘barang’ mereka tu
    padan muka!
    hehehe
    tehr´s last blog ..Joget Salah Langkah My ComLuv Profile

    • At 2010.09.05 00:40, admin said:

      mereka tersilap jangkaan,tehr :) ….kahkahkah

    • At 2010.09.04 07:11, LadyBird said:

      awak keje kapal ke?
      barang ape yg kne buang dlm laut?
      LadyBird´s last blog ..Lailatul Qadar Lebih Baik Daripada Seribu Bulan My ComLuv Profile

      • At 2010.09.05 00:41, admin said:

        suatu ketika dulu sekarang sudah berhenti,LB :)

        bekalan dadah untuk kegunaan peribadi :(

      • At 2010.09.04 10:04, Dila.13 said:

        perkabaran sedih dari Kapten Y? berkaitan dengan Kak Pah tempoh hari ke Bro Johari?
        Dila.13´s last blog ..Dari Freelance Writer ke Blogger- 3 Cara Meningkatkan Asas Penulisan Blog My ComLuv Profile

        • At 2010.09.05 00:42, admin said:

          bukan itu sahaja,dila :(

          • At 2010.09.05 09:37, Dila.13 said:

            dah baca entri terbaru pasal Bang Hud nak Bro Johari ambil alih kat kedai kasut tu.. banyak betul cabaran..
            Dila.13´s last blog ..Hasilkan Salesletter Dengan Pakej Software Newbie My ComLuv Profile

            • At 2010.09.06 04:40, admin said:

              walaupun Bang Hud tidak sama sekali memaksa saya namun ia tetap membuatkan saya dalam keadaan serba salah,dila :(

              • At 2010.09.07 22:23, Dila.13 said:

                mungkin tak ada rezeki Bang Hud nak galaskan tanggungjawabnya kepada Bro Johari..
                Dila.13´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidilfitri My ComLuv Profile

                • At 2010.09.08 02:06, admin said:

                  dan memang Bang Hud sedar akan hal ini,dila :) …walaupun begitu sehingga kini selagi kedai barangan kulit itu wujud,saya dihadiahkan ‘pencen bulanan’.

                • At 2010.09.11 05:43, Samdaddycool said:

                  Ditelan mati mak, diluah mati bapak.. memang tersepit..
                  Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya &amp seribu kemaafan ku pohon My ComLuv Profile

                • At 2010.09.11 07:13, admin said:

                  sememangnya gua sukar buat satu keputusan pada mulanya,sam :(

      • At 2010.09.04 11:32, sofian said:

        halamak..macam tergantung la cerita tu bro..kenapa blah centu je tak tau kenapa muram..hehe
        sofian´s last blog ..Reset BIOS password dari Windows dengan CMOS De-animator My ComLuv Profile

        • At 2010.09.05 00:44, admin said:

          bukan tergantung,sofian :) …tapi bersambung.

          sebab aku dah boleh agak apa beritanya,yang pasti bukan berita yang boleh membuatkan aku tersenyum.

        • At 2010.09.04 12:05, ibu_batrisya said:

          tinggal jejak di sini

          • At 2010.09.05 00:44, admin said:

            terima kasih kerana sudi singgah di sini,IB :)

          • At 2010.09.04 12:12, etomyam said:

            apa perkhabaran tu samapi berubah mood bro joe ni
            etomyam´s last blog ..Rombakan Kursus Pegawai Tadbir Diplomatik PTD My ComLuv Profile

            • At 2010.09.05 00:45, admin said:

              berita yang kurang menyenangkan dan menyerabutkan kepala,bro :(

            • At 2010.09.04 14:42, cikgunormah@klcitizen said:

              perkabaran apa tu ya? menyedihkan ke?
              cikgunormah@klcitizen´s last blog ..Pertama kali My ComLuv Profile

              • At 2010.09.05 00:46, admin said:

                begitulah kisahnya,KLC :(

              • At 2010.09.04 18:23, zik said:

                tidak dilayannya kapten Y tuh,,, kenapa ek??
                zik´s last blog ..Hikmah menyertai kontest hidup seorang blogger My ComLuv Profile

                • At 2010.09.05 00:47, admin said:

                  bukan begitu,zik :) ….sekadar mengambil melapangkan fikiran.

                • At 2010.09.05 00:37, mijie said:

                  adakah hati telah terluka dengan kapten Y tu
                  mijie´s last blog ..Rancang perjalanan pulang hari raya My ComLuv Profile

                  • At 2010.09.05 07:07, admin said:

                    hehehe….bukan macam tu,mijie :) ….sebenarnya berita yang disampaikan tu,gua dah malas nak dengar.

                  (Required)
                  (Required, will not be published)

                  CommentLuv Enabled
                  © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                  Design by: Yoshz Themes