perkembangan semasa

admin | sembang-sembang | November, 25 2010 | 38 Comments

Masuk bulan ke lima,segala urusan pengangkutan barang dari Singapura sudah menggunakan tongkang yang aku sewa dari pemiliknya.Tongkang bersaiz besar itu sudah dibaikpulih enjinnya,badan tongkang juga digala semula dan dicat baru.Segala urusan pembaikan diuruskan oleh Cu Rahim bersama beberapa orang pembantunya.Dibaikpulih di Telok Majlis.

Tongkang ini aku namakan Rumpana Boney sempena nama tempat asal usul keturunan aku di Pulau Sulawesi.Bersesuaian dengan rekabentuknya,ciri-ciri tongkang Bugis memang terserlah.Saiz tongkang ini membolehkan penjimatan dari segi masa dan jumlah trip.

Rumpana Boney dikemudikan oleh Rio,dibantu oleh beberapa orang pemuda dari Telok Majlis.Dalam pada itu,bekalan barangan terpakai tidak lagi bergantung pada tauke Singapura itu.Aku mula mencuba mendapatkan bekalan dari kapal yang secara sambilan membawa barangan terpakai dari luar negara.

Urusan di kedai pula,Benuk semakin cekap menguruskannya begitu jugak dengan pekerja yang lain,mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan tanpa perlu diarahkan.Aku sekadar menegur yang mana perlu sahaja.Bila kemahiran mereka bertambah baik wajarlah aku menaikkan gaji bulanan mereka :)

Ketika ini aku sudah mengupah seorang pekerja yang mahir membaiki peralatan elektrik.Taib berasal dari Telok Majlis tetapi lama bekerja di Bandung.Semua pekerja dipilih oleh Rio.Kehadiran Taib turut membantu kelancaran urusniaga di kedai.Pemilihan Rio memang tepat !

Perkembangan ini membuatkan aku tidak sabar untuk balik ke Telok Majlis demi memenuhi hajat aku :)

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

38 Comments

  • At 2010.11.25 17:06, ejoncb said:

    Hehe…dah berkembang… masa ni tahun berapa nih?

  • At 2010.11.25 17:18, Ladfe Amir said:

    bagus..semakin maju ke depan.

    • At 2010.11.25 18:22, admin said:

      setelah berhempas-pulas di awal-awal perniagaan,LA :)

    • At 2010.11.25 19:07, mijie said:

      dah jadi tokey besar ni
      mijie´s last blog ..Proton inspira idaman kalbu My ComLuv Profile

      • At 2010.11.25 20:06, admin said:

        bukanlah,hanya peniaga kecil yang cuba untuk berjiwa besar,mijie :)

    • At 2010.11.26 00:31, dnoBiz said:

      Berkat usaha, perangcangan, pengetahwan kesabaran dan rezeki…
      semuanya berkaitan betul tak bro
      dnoBiz´s last blog ..Lembab- Lembam dan Lemau My ComLuv Profile

      • At 2010.11.26 02:56, admin said:

        di samping itu kerjasama yang diberikan oleh pekerja amat-amat membantu aku,dB :)

    • At 2010.11.26 02:09, suzierahman said:

      alhamdulillah berkat usaha
      suzierahman´s last blog ..Special 4 Nuffnang &amp Nuffnanggers My ComLuv Profile

      • At 2010.11.26 02:58, admin said:

        dalam apa bidang jua yang diceburi memerlukan kesabaran untuk mendapatkan hasilnya,SR :)

      • At 2010.11.26 04:26, zik said:

        nampaknya sudah mula menampakkan hasilnya tuh …
        zik´s last blog ..Hoki sekadar perak- skuash berpasukan rangkul emas yang ke9! My ComLuv Profile

        • At 2010.11.26 19:08, admin said:

          yang pasti bukan semudah yang di tulis dalam blog ni,zik :) …..banyak ranjau yang perlu ditempuh.

        • At 2010.11.26 11:57, Abu said:

          nampaknya perniaggan bro dah semakin meningkat naik.. mula 2 barang terpakai nanti barang baru la pulak… hhuhuhuu anyway goodluck bro

          • At 2010.11.26 19:09, admin said:

            aku setakat berniaga barangan terpakai sahaja,abu :) [kurang risiko dan sambutannya cukup memberangsangkan].

          • At 2010.11.26 12:35, tehr said:

            berniaga apa pun seronok bila kena dengan cara
            rasanya bro beruntung kerana berjumpa dan berjaya memilih orang2 yang tepat dan sesuai sebagai pembantu
            tehr´s last blog ..Pakistan Oh Pakistan My ComLuv Profile

            • At 2010.11.26 19:16, admin said:

              apa jua kita lakukan mesti dengan teknik yang betul dan tepat untuk mendapatkan hasil yang memuaskan,andai kecundang anggap itu sebagai pengalaman yang berharga :)

              manakala pihak pekerja pula,mereka cukup menghargai peluang yang di depan mata,oleh itu mereka bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan tersebut sebab mereka sedar senang aku,senanglah mereka :)

              • At 2010.11.27 17:29, tehr said:

                ada pekerja tipu tauke
                tak sedar mereka sedang tipu diri sendiri
                sedih menengoknya
                tehr´s last blog ..Confirm You Are NOT A Spammer My ComLuv Profile

                • At 2010.11.28 01:28, admin said:

                  antara dugaan yang dihadapi oleh para peniaga,tehr :)

                  sebab tu bila kita nak berniaga,sedikit sebanyak kita perlu ada pengalaman dalam bidang tersebut,dengan itu dapatlah kita mengesan perbuatan yang tidak bermoral itu :)

            • At 2010.11.26 13:17, mimie aiza said:

              berniaga perlu fikir masa depan kan

              • At 2010.11.26 19:18, admin said:

                ya betul tu,MA :)

              • At 2010.11.26 23:32, ardzham said:

                pengalaman berniaga disana itu tidakkah mahu di jadikan sumber pendapatan sekarang? mana tahu ada rezeki yang lebih besar di sini…
                ardzham´s last blog ..Hari Pertama Bekerja Di Snow Wash My ComLuv Profile

                • At 2010.11.27 00:03, samdaddycool said:

                  Kalau taknak niaga pun, curahkna ilmu kat kita ni pun takpe la kan.. hehehheee

                  • At 2010.11.27 03:38, admin said:

                    kehkehkeh…..tak kan gua nak ajar itik berenang,sam :)

                    berniaga tu bukan sekadar teori,kena ceburi baru faham selok-beloknya :)

                    • At 2010.11.27 13:26, samdaddycool said:

                      saya baru jadi telur itik je.. :-D
                      samdaddycool´s last blog ..My friend want to buy gym lockers My ComLuv Profile

                      • At 2010.11.27 14:58, admin said:

                        semuanya bermula dari bawah,sam :) …..yang penting telur tu jangan pecah atau tembelang.

                        • At 2010.12.04 15:30, samdaddycool said:

                          betul, betul jangan jadi telur tembelang
                          samdaddycool´s last blog ..Terima kasih Nuffnang My ComLuv Profile

                        • At 2010.12.04 16:34, admin said:

                          berusaha mencari rezeki biarlah menampakkan hasilnya,sam :) ….andai gagal anggap je itu suatu ujianNya.

                • At 2010.11.27 03:36, admin said:

                  mmmm…..buat masa ni saya nak berehat,bang :) ….masih ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan.

                • At 2010.11.27 01:41, zik said:

                  cabaranya pasti lain… bila berhadapan dengan keadaan yang betul2…
                  zik´s last blog ..Yahoo messenger 11 YM Offline Installer – Stand Alone beta version dah release! My ComLuv Profile

                  • At 2010.11.27 03:40, admin said:

                    cabaran yang datang insyaallah dihadapi dengan tenang,zik :) …..sebenarnya dah pun melepasinya ! [kalau ko maksudkan pasal perniaagaan lah]

                  • At 2010.12.02 21:20, Princess MOMOY said:

                    wow…sangat2 kagum
                    entry best. gaya bahasa lagi laa best
                    MY RECENT POST: KATAK PURU boleh dimakan ?
                    Princess MOMOY´s last blog ..Doa Akhir Tahun My ComLuv Profile

                    • At 2010.12.04 02:02, admin said:

                      terima kasih kerana sudi singgah di sini,PM :)

                    (Required)
                    (Required, will not be published)

                    CommentLuv Enabled
                    © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                    Design by: Yoshz Themes